Kat rumah ni memang sentiasa ada sahaja stok telur ayam . Satu papan tu wajib beli tiap bulan. Kadang-kadang habis, kadang tak juga. Telur ni jadi lauk emergency atau pun buat tambah-tambah. Memang normal la kan gitu gaya nya..

Kak ana suka masak telur dadar ni garing-garing. Baru sedap nak makan, ala-ala telur dadar kedai tomyam. Pernah cuba beberapa tips nak dapatkan telur dadar yang garing dan crispy tapi lembut tengahnya. 


telur dadar garing


Tips masak telur dadar garing & sedap


Hari ini kak ana nak share dengan ampa semua tip dan resepi telur dadar garing dan sedap. Kiranya macam buat omelette tapi ni versi Melayu garing dan sedap. Boleh makan dengan nasi dan boleh juga jadikan sarapan pagi. Omelette ler kata kan... 


Tips masak telur dadar garing

Bahan-bahan :

2 biji telur - hentam lah gred apa sekali pun asalkan telur. Basuh dulu naa , biar suci tangan kita yang memegangnya ..

1/2 biji bawang holland - kalau tak dak bawang besar pun boleh lagi sedap 

1 biji cili api atau cili merah 

1 biji tomato - dadu kecil

garam secukup rasa

minyak secukupnya 


Cara masak telur dadar crispy sedap 

1. Dadar telur ayam kuat-kuat biar banyak buih naik.

2. Masukkan hirisan bawang, cili dan tomato.

3. Rasakan dengan garam secukupnya. 

4. Panas kan minyak dan dalam kuantiti yang agak banyak juga. 

5. Test dulu dengan titikkan adunan telur dah betul-betul panas baru masukkan semua bahan dadar telur tadi.

6. Masak hingga garing dan balik-balikkan kedua bahagian. Cara nak angkat telur jangan pecah ialah masukkan sudip sampai separuh saiz telur dan balikkan . In Syaa Allah tak pecah.

7. Angkat dan siap dah telur dadar sedap dan crispy untuk hidangan.

Kalau nak jadikan omelette, makan dengan sos cili Thai bersama mayo. Kena makan panas-panas, memang sedap, tak caya ampa try laa naa.. 

15 Comments

  1. Linda tengok penggunaan.. Kdg2 sampai 2 karet sebulan... Sebab selalu buat nasi goreng.. Lepas tu buat cucur tepung.. Malas nk masak lauk.. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Terus sy lapar ni tengok kegaringan telur dadar Kak Ana. Sy pun suka yg crispy macam ni.

    ReplyDelete
  3. telor dadar la ni serba maknenek campur kan

    ReplyDelete
  4. kalau ammi telur dadar suka yang masih basah2 gitu...nampak gaya anak-anak pun gitu. yelah dah itu je yg dorang makan dari kecik...suami ammi, dia apa2 pun ok je. rasa kan kak AJ, mana-mana rumah pun stok telur mesti tak pernah putus.

    ReplyDelete
  5. tengok telur dadar kak ana ni terus rasa macam lapar

    ReplyDelete
  6. sedap macam ni...kalau aish syakir dapat ni , dia makan bertambah

    ReplyDelete
  7. Saya dulu selalu compare kenapa telur dadar buat kat rumah tak sesedap di kedai? Rupa2nya kat kedai pakai minyak yg banyak 😄 Saya pulak goreng guna minyak sikit mcm kita tengok chef goreng omelette dekat hotel hehe.

    ReplyDelete
  8. Sama lah. Sepapan telur wajib ada. Nak tahan lama kalau tak habis, simpan dalam peti sejuk.

    ReplyDelete
  9. Dapnya! Kedai tahi banyak buat cam ni!

    ReplyDelete
  10. Ini sodap ni... selalunya xde lauk goreng telur pastu nasik panas tuang kicap... telur cicah sos... fuh.. stok telur x boleh putus kat rumah kan?

    ReplyDelete
  11. Menu sepanjang zaman. Kalau orang N9, kalau tak ada telur dadar macam tak kena. Ada yang bagi tips supaya dia gebu boleh tambah air sedikit.

    ReplyDelete
  12. Sy pun suka telur dadar crispy camni 😋

    ReplyDelete
  13. Ohh kena guna minyak yang banyak, memang sedap telur dadar crispy ni.

    ReplyDelete
  14. Saya pun sesekali masak telur begini kak. Kalo di sini sebutnya telur barendo 😄. Sedaap memang kan.

    Kalo di rumah saya, telur itu bisa 2 kg utk seminggu saja

    . Krn memang kami penyuka telur semuanya. Apalagi saya rutin gym. Jadi LBH suka konsumsi telur utk asupan protein.

    ReplyDelete
  15. knp tngk telur dadar kak ana nmpak terliur eh. hehe..

    ReplyDelete