Adik Ika ada belikan kak ana 500g beras pulut hitam sewaktu dia ada urusan kerja di Kedah beberapa bulan lepas. Dia beli di Pekan Rabu, Alor Setar dengan kawan-kawannya. Memang cantik sangat beras pulut hitam yang di bawa balik nih. 


Bubur pulut hitam
bubur pulut hitam 


Punya lama simpan, baru-baru ni kak ana teringin pula nak makan, baru lah nak masakkan bubur pulut hitam. Rasa nya lah kan, selain dari di buat bubur, ada tak menu lain yang boleh di masak dari pulut hitam nih. Tak tahu pula kak ana ... 


Bubur pulut hitam 



pulut hitam
beras pulut hitam 

Kak ana ambil lah separuh dari 500g tu anggaran sahaja dalam 250g tak timbang pun, kak ana buatkannya bubur pulut hitam. Jenis beras pulut ni, memang muai, sedikit sahaja bila dah rendam dan rebus empuk, pasti akan kembang dan dapat banyak untuk di makan. 

Sebab tu kak ana masakkan sedikit dah cukup untuk kami bertiga di rumah dan dapat juga berkongsi sebekas tapau dengan jiran sebelah. Alhamdulillah.. 



Bubur pulut hitam


Kak ana nak kongsikan dengan korang semua, cara nak masak bubur pulut hitam, cara dan versi kak ana lah.. Rasanya sama sahaja sebab nak masak bubur kan, lebih kurang sahaja tekniknya.. 

Resepi bubur pulut hitam 


Bahan-bahan 

Pulut hitam - anggaran 250g 
2 senduk gula 
satu kotak santan 
secubit garam
sehelai daun pandan
air secukupnya


resepi bubur pulut hitam


Cara masak bubur pulut hitam 


1. Rendam beras pulut hitam di dalam air paras tenggelam dalam 2 jam sebelum nak masak bubur, atau ada orang rendam semalaman juga. 

2. Bila dah siap, basuh dan bilas di sinki. Kadang-kadang ada beras pulut hitam yang berantah atau ada kulit padi lagi serta berhabuk padi. Jadi basuh bilas bersih dan tos sekejap.

3. Masukkan dalam periuk, tuang air hingga paras tenggelam dan rebus hingga empuk. Bagaimana nak tahu dah empuk ialah apabila beras dah mengembang dan terbuka nampak lembut pulutnya. Tempoh masa kak ana masak dalam sejam juga sehingga empuk. 

4. Masukkan gula, ikut kemanisan sendiri. Masak lagi dan masukkan santan. Semasa merebus kena selalu tambah air bila kurang. 

5. Masukkan secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak santan. Masukkan juga sehelai daun pandan untuk aroma tradisional nya. 

6. Kacau selalu dan matikan api bila dah rasa cukup masak. 

Masa hidang, tuang dalam mangkuk atau piring dan titiskan santan pekat di tengahnya untuk memberikan rasa lebih lemak manis pada bubur pulut hitam kita. Selamat mencuba naa... 

6 Comments

  1. Sedapnya... Tapi, linda tak reti nak masak sendiri...

    ReplyDelete
  2. Dan saya baru teringat msh ada sisa ketan hitam di rumah. Dah lama sangat, sampai saya tak tahu masih bagus ke tak 🤣. Tapi nak coba resep Kaka ini.

    Saya sukaaa bubur ketan hitam. Biasanya kalo di sini campur juga dengan bubur kacang hijau.

    ReplyDelete
  3. Favourite saya ni kak Ana.. Kelmarin LZ ada training, during lunch ada dessert seperti bubur pulut hitam dalam periuk.. so excited laa ambil semangkuk, rupanya bubur kacang merah, hampa.

    Thanks Kak Ana for sharing the recipe, LZ akan cuba..

    ReplyDelete
  4. sedapnya!! ari tu masa my office ada jamuan, memang ada this menu as one of the dessert. memang sedap laa

    ReplyDelete
  5. Masak bubur hitam ni senang tapi dah lama tak buat.

    ReplyDelete
  6. just tanya... kalau kat sana, santan putih tu org panggil apa?
    kat tmpt sy diorg panggil tahi burung
    hahahahahahahaha

    ReplyDelete