Waktu kak ana dan suami sarapan pagi di Kedai Atok Legasi , Kampung Melayu Pekan Rawang hari tu, depan sahaja kedai ni adalah kak ana nampak macam nurseri jualan pokok-pokok. Lepas sarapan, kak ana ajak suami singgah sat nak tengok pokok apa yang ada di jual kat situ. 

Tepi jalan jer lepas pintu gerbang tu ada lah nampak deretan pokok-pokok dalam polybag hitam. Kami pun pi laa tengok-tengok, Masyaa Allah subur-subur nampak pokok yang di tanam. Tak banyak jenis tapi banyak bilangan setiap jenisnya. 


kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

 Kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang 


Ada kelihatan beberapa orang sedang bekerja menyiram dan membersihkan sekitar kawasan. Antara pokok yang kak ana nampak seperti pokok terung, cili api, cili besar, limau kasturi, limau purut dan paling buat kak ana teruja adalah beberapa beg hitam pokok kobis. 





Ada juga sebuah rumah kedai menjual aneka kerepek di bahagian depannya. Tak singgah pun sebab dah kenyang kan makan sarapan di Kedai Atok Legasi. Menarik juga projek tanaman seperti ini. Kak ana tak pasti pokok tanaman ni di tanam untuk jual benih pokok atau akan di tuai hasilnya untuk jualan atau bagaimana.. 



Kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang


Pencinta pokok macam kak ana suka sangat lah kalau tengok nurseri jualan begini. Kak ana tanya kat salah seorang pekerja depa, harga pokok-pokok nih, Antara RM15 - RM20 tengok pada saiz pokok katanya. Maknanya ada juga di jual benih pokok. 


Kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang


Terdapat juga pokok bunga kertas menghiasi ruang tanaman. Dan pagi tu suami kak ana beli juga sepokok cili api kampung berharga RM15. Saiznya agak besar dan dah mula berbunga. Waktu entri ni di terbitkan dah ada pun buah cili kampung yang sudah boleh di petik buat sambal, Alhamdulillah.. 


Kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

Kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang


Hasil dari carian di internet , menjelaskan * kebun komuniti merupakan antara aktiviti yang pesat berkembang di seluruh dunia lebih daripada tiga dekad lalu. Secara amnya, tujuan komuniti terlibat dalam aktiviti perkebunan terutamanya di kawasan bandar adalah untuk kesihatan, rekreasi dan memperluaskan jaringan sosial.



Kebun komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggerakkan program kebun komuniti sejak tahun 1997 menerusi Program Semai Indah yang telah dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada ketika itu. 

Ia disusuli dengan pelancaran kebun tanaman makanan (Edible Garden) oleh isteri Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 di Festival Antarabangsa Landskap dan Taman (LAMAN) padatahun 2008. * sumber : https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/MENGENAI%20KPKT/DASAR/DKKB.pdf

Itulah maknanya projek kebun komuniti di sesetangah kawasan. Menarik inisiatif ini kan, boleh juga jana pendapatan untuk mereka yang terlibat di samping mengusahakannya untuk kesihatan dan hobi yang bermanfaat.. 

11 Comments

  1. Menarik!
    Bagus juga utk silaturrahim sesama penduduk di samping dapat jana pendapatan dan kurangkan kos sara hidup...

    ReplyDelete
  2. geram tengok pokok limau tu. kalau beli nanti mesti tak berbuah. dorg jual tu elok je berbuah.

    ReplyDelete
  3. Wah Kak Ana, S pun suka pi nursery, tengah mencari anak pokok terung, cili besa dan cili kampung..cari jugak anak pokok limau purut nak tanam depan rumah..tanah x besar tapi boleh la dari takde kan..tanam dalam polybag aje pun dah ok rasanya

    ReplyDelete
  4. Bagusnya inisiatif kebun komuniti mcm ni. Boleh jana pendapatan tambahan. Org2 yg tinggal sekitar situ pun untung juga hari2 makan hasil dari tanaman sendiri je

    ReplyDelete
  5. menarik betul kebun gini! i nak kena singgah mana2 nursery laaa nak tanam pokok2 baru dlm pasu2 yg kosong tu

    ReplyDelete
  6. huiishhhh geramnyaaaa tengok pokok limau tuuuuu

    ReplyDelete
  7. subur tanamannya dh lama xronda rawang

    ReplyDelete
  8. Kebun community begini kalo di Indonesia biasanya di daerah yg berhawa sejuk. Krn di sana bagus untuk tumbuhan. Paling banyak daerah Lembang, bandung Krn lokasi daerahnya dingin.

    Nursery begini sukaa sangat lihatnya, aneka tanaman memang selalu bisa menyejukkan mata kan . Tapi saya sebatas suka melihat saja kak, untuk memelihara nanti dulu 😁

    ReplyDelete
  9. nak kata mahal pun tapi harga dia dah tu, kalau tanam menjadi berbaloi la dengan hasilnya kan. meriah tengok

    ReplyDelete