Asyik cerita pasal makan je kan, kali ini kak ana nak share satu lagi hobi kak ana, selain dari masak, makan, menulis dan video atau photography, aktiviti yang paling kak ana minat sangat adalah gardening atau berkebun. Sebelum ni banyak kak ana menulis kisah kebun belakang rumah dan pokok bunga di laman hadapan dalam entri-entri lama dahulu.
Kemudian niche blog lebih kepada makanan, terhenti pula perkongsian tanaman walaupun ada juga terselit sikit-sikit. Berkebun ni memang minat dari dulu lagi lah. Masa kak ana tinggal di unit apartment di Ukay Perdana dahulu lagi, kak ana dah bertanam pokok.
Cuma masa tu tempat amat terbatas hanya di ruang balkoni depan dan belakang. Tanaman pun di dalam pasu sahaja, namun dari jauh dah tahu itu unit rumah kak ana sebab ada banyak pokok-pokok hijau. Di balkoni memang pokok berdaun sahaja yang sesuai kerana pokok bunga perlukan cahaya matahari yang direct.
Taman bunga ala-ala English Cottage Garden
Bila direzekikanNya kak ana tinggal di unit landed property walaupun lokasinya agak jauh dari Kuala Lumpur, syukur sangat, kak ana manfaatkan ruang bertanah ni dengan hobi bertanam pokok. Mula pindah dah excited nak berkebun, Waktu tu kak ana tanam pokok bird of paradise sahaja, bercirikan laman tropika.
Masa tu tak ada Instagram lagi nak upload dan gambar-gambar pun hilang dah. Waktu pindah belum lagi naik pagar batu, masih pagar wayar hijau jadi tak lah cantik lagi laman.
Dan di bahagian belakang rumah pula ada tanah reserved majlis kak ana jadikan kebun tanaman pokok sementara yang tak besar. Seperti pokok pandan, daun kari, pokok belimbing buloh, limau kasturi , limau purut, lengkuas, serai dan sebagainya. Tanaman masakan dan herba hingga ke hari ini.
In syaa Allah kak ana akan kongsikan dalam entri yang akan datang, naa... Agak semak dah ruang kebun belakang rumah tu, atas faktor kesihatan ni, kurang dah mampu nak merumput selalu macam dulu, bila musim hujan cepat naik rumput dan semak .
Hari ini, kak ana kongsikan dua ruang tanaman ciptaan kak ana bertema kan ala-ala Inggeris di ruang hadapan rumah. Satu di ruang hadapan dalam pagar suami tinggalkan ruang kecil yang masih bertanah untuk projek gardening kak ana, kerana selebihnya dah bersimen dan tiles ruang letak kereta.
Kalau unit rumah jiran, kebanyakannya bersimen tiles terus dah, rumah kak ana ni je kengkonon rumah semi-D ada ruang tanah walaupun unit rumah ni rumah teres unit tengah sahaja, hehe :) Walaupun ruangnya kecil tetap kak ana gapai impian jadikannya taman ala-ala English Cottage.
Di ruang terbuka dengan cahaya matahari bersinar terus , kak ana tanamkan dalam pasu-pasu beraneka saiz tanaman berbunga seperti bunga raya, bunga ros, tecoma, zinnia, angelona , alamanda, japanesse roses, YTT dan sebagainya.
Sebenarnya ikut musim juga, ada yang pokok masih kekal bertahun dan ada yang jenis sekali tanam kemudian pupus dengan sendiri bila dah habis berbunga.
Bunga raya, tecoma aneka warna. alamanda kuning dan maroon, YTT dan bunga ros alhamdulillah kekal lama dah pokoknya bertahun masih berbunga. Cuma bunga jenis renek ni selalunya kak ana beli di nursery kusta Sungai Buloh, yang berharga RM5 satu, ia tidak mampu bertahan lama atau menbiak.
Bunga ros pink di bawah ni misalnya dah hampir sepuluh tahun di laman dan masih berbunga. Benih pokok ni pemberian arwah mak kak ana , waktu dia masih sihat dan berkebun lagi, mak semaikan dan syukur masih berbunga secantik mak.
Bunga ros kampung sahaja tetapi wangi... Masyaa Allah... Dan ia adalah pokok yang paling kak ana sayang dan cepat-cepat trimmed selepas habis bunganya. Kemudian ia akan bertunas dan naiklah bunga-bunga baru, In Syaa Allah...
Memang pokok-pokok bunga lain ni akan silih berganti di laman kak ana. Kadang-kadang tahan lama, kadang-kadang ada yang tewas. Hidup begitu lah kan, tiada yang kekal dan abadi selain Dia.
Namun cukup menghiburkan hati kak ana kerana setiap hari kak ana habiskan sisa usia ni di rumah. Dan pokok-pokok serta kucinglah peneman setia saban hari bila suami dan anak keluar bekerja mencari rezeki. Sedihnya ayat huhu... :)
Gambar-gambar di bawah ni pula adalah satu lagi sudut English Cottage Garden kak ana yang berada di bahagian berbumbung. Ruang ni kira macam ruang rehat keluarga di luar rumah dan kereta pun tak boleh parkir di sini sebab kak ana dah letakkan meja minum petang. Kereta di hadapan ruang ni lah kiranya, masih dalam pagar, gituew.
Ruang ini ada satu set meja bulat dan empat biji kerusi besi di tengahnya. Di bahagian belakang sebagai base background adalah pintu slidding. Rumah kak ana ni rumah designed lama, begitulah slidding door nya. Cadang nak cat putih tapi suami malas nak layan kak ana hehe .
Kak ana tempah rak kayu pallet bertingkat tu dengan sepupu. Kat situ kak ana letakkan pokok-pokok pakis atau ferns hijau , English Ivy dan beberapa pokok hijau kecil-kecil berjuntai untuk menampakkan nilai Englishnya.
Kak ana juga banyak beli rak bunga besi berwarna putih di Shopee dan pemberian adik ipar kak ana, Julia Alisya beberapa rak besi seperti basikal dan rak besi kaca putih tu yang berciri Inggeris Garden.
Kak ana tambahkan juga beberapa aksesories garden yang lain yang bertema kan Inggeris di dinding dan juga rak kayu . Kak ana beli di Shopee dan juga kalau jenjalan tu terjumpa terus lah beli bawa balik kalau sesuai dengan tema. Kadang-kadang kak ana beli di Romantika juga kerana Romantika banyak menjual dekorasi gaya Inggeris.
Semua ni ambil masa yang lama juga nak lengkap sepenuhnya dan hingga hari ini masih ada ruang rasanya nak di dekorasi kan. Pelan-pelan lah kan, kerana ada yang perlu di dahulukan daripada mendeko ruang.
Ruang sini kebanyakkannya pokok hijau seperti pakis, keladi, pokok rama-rama purple dan sebagainya kak ana jadikan warnai ruang. Pokok berbunga ada di rak di hadapan porch yang terkena cahaya matahari seperti vinca, plumbago biru dan putih dan yang terbaharu kak anan beli pokok kalancheo berbunga atau pun sejenis pokok setawar.
Banyak lagi gambar yang tak sempat kak ana nak masukkan dalam entri kali ini, In Syaa Allah nanti kak ana kongsikan di lain entri. Ada sebuah lagi kerusi kayu di sebelah tepi pintu masuk dan di situ juga kak ana letakkan rak kayu di dinding dan susun dekorasi gaya Inggeris serta juntaian pokok money plants penyeri ruang.
Untuk bertanam nih perlu ada minat yang utama, kemudian kerajinan lah kerana ia perlu di maintain sepanjang masa agar nampak cantik dan kemas. Bila rumah banyak pokok kita risau ada binatang yang tak sepatutnya pula hadir kan. Jadi kerajinan itu perlu lah walaupun terpaksa.
Trim daun-daun kering, merumput, jirus, baja dan bersihkan ruang sebaiknya. Ini lah kebahagian salah satunya nikmat Allah swt yang kak ana syukuri . Hidupa bersama keindahan ciptaanNya yang Maha Indah dan Sempurna, mendekatkan diri dan rohani kepadaNya.
Sambil berkebun kita berzikir, selawat dan pokok-pokok ini juga mengingatkan kita kepadaNya. Kadang-kadang tenang bila melihat burung-burung dan rerama hinggap menghisap madu bunga-bunga di sini. Semoga menjadi pahala sedekah yang berpanjangan hingga ke alam abadi.
Bila kita lihat keindahan bunga ni, pasti kita ingin sangat menjadi penghuni syurgaNya kerana di syurga di janjikan yang lebih indah berganda-ganda dari keindahan dunia. Jom sama-sama kita mencari jalan untuk kekal di syurga abadi, aamiin...
10 Comments
Wahhh..Mmg seronok ni sis..Sy mase di kg dulu mmg jadi tukang siram pokok bunga yg arwah mak tanam...=D
ReplyDeleteMesti sejuk tangan kak ana. Sy jealous betul tengok rumah orang bertaman² ni tau.
ReplyDeletecantiknya kak ana.....
ReplyDeletesejuk mata memandang bunga-bunga kak ana..rumah saya togel betul xada bunga,jenis tangan panas tolong siram pokok yang tengah segar pun tunggu 2-3hari tengok dah mati
ReplyDeleteSaluuut sangat dengan kak ana. Memang dingin tangan kakak. Pokok dan bunga tumbuh subur dan cantik begini ❤️❤️❤️.
ReplyDeleteSaya pernah road trip ke salah satu daerah di sumatera. Lalu ga sengaja melewati rumah, keciiil. Tapi bagian depan dihiasi dengan banyak bunga dan tanaman. Sampai dinding pun ada yg pakai tanaman merambat . Cantiiik sungguh. Langsung teringin pula rumah saya seperti itu.
Tak perlu besar tapi kalo ada banyak tanaman tersusun langsung cantik terlihat
waaa cantiknya taman kak ana...i love all the colourful flowers!!!
ReplyDeletecantiknya lanskap sarat flora bunga-bungaan
ReplyDeletewahhhh ni kompem berseri3 halaman rumah👍👍👍
ReplyDeleteCantik sangat semuanya. Tenang senang jiwa dengan landscape ni.
ReplyDeleteBetul tu kak.. kena ada minat dan kerajinan baru lah menjadi.
ReplyDeleteCantik sangat garden akak ni.
Walau tanah sedikit tapi bila dimanfaatkan sangat besar impaknya.