Cuti-cuti Pulau Pangkor - Island tour dengan teksi pink
14hb - 15hb Disember 2024 yang lepas, Alhamdulillah dengan izinNya kak ana bersama keluarga bercuti ke Pulau Pangkor, Perak. Adik dan adik ipar kak ana, Lan dan Julia Alisya yang planned percutian ni. Kami pilih Pulau Pangkor kerana depa bekerja dan tinggal di Lumut, Perak dan depa memang dah biasa sangat dengan Pulau Pangkor.
Tempat menarik di Pulau Pangkor |
Tak jauh pun dari kampung kak ana di Teluk Intan, Perak. Sampai hari yang di rancang, 13hb Disember 2024, lepas Maghrib kak ana, suami dan Adik Ika bertolak dari kediaman kami. Kak long, Aiman dan Dak Chimi dah gerak lebih awal lepas asar depa dah gerak ke Teluk Intan dan singgah ambil abah kak ana, Tok Nan menuju ke rumah adik di Lumut.
Kami ni konon nak ikut jalan WCE laa ingatkan cepat, tup tup! Jemmed dari Kuala Selangor sampai lah ke Sekinchan sebab banyak kereta dan lampu trafik punyalah banyak huhu. Sudahnya kami paling lewat sampai hampir jam 10 malam baru sampai ke rumah adik, Alhamdulillah..
tiket feri Pulau Pangkor |
Tiket feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor
Pagi 14hb Disember 2024, kami singgah sarapan pagi pekan Lumut kemudian terus ke Jeti Lumut untuk mulakan perjalanan ke Pulau Pangkor. Sampai jeti Lumut, beli tiket feri ke Pulau Pangkor. Harga tiket feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor RM20 seorang untuk warga negara.
Kena bawa IC dan tunjuk di kaunter tiket. Tiket ada nombor seat dan harga tiket tersebut adalah untuk perjalanan dua hala, pergi dan balik. Pastikan simpan tiket untuk perjalanan balik, naa.. Tiket pun ada jam berlepas jadi kalau orang ramai dah tiket jam terdekat dah habis kenalah tunggu jam berikutnya.
Nanti bila nak balik dari Pulau Pangkor, kena tukar tiket di kaunter dan dapatkan jadual perjalanan yang kosong pula. Sebab tu kena simpan tiket elok-elok, kay. Kereta pula kami parkir di parkir bertingkat di hadapan jeti. Dropped dahulu beg dan penumpang kemudian pii laa parkir kereta. Harga parkir di sini lagi murah berbanding jeti Marina Island.
teksi Pulau Pangkor |
Sampai sahaja di jeti Pulau Pangkor dalam perjalanan lebih kurang 30-40 minit macam tu, memang berderet teksi pink menanti pelancung. Ada yang datang cari sampai jeti dan offer perkhidmatan mereka dan ada yang duk relaxs je tunggu pelancung di hadapan teksi masing-masing.
Island tour dengan teksi di Pulau Pangkor
Adik dapatkan sebuah teksi dan kami pun naik sembilan orang dengan luggage dan barang-barang semua, elok lah pula muat sumbat dalam teksi van pink nih. Memang pandai depa susun beg bahagian belakang tu.
Hentian pertama adik minta hantar ke kedai jualan ikan dan seafood segar untuk bbq malam ni. Adik, suami kak ana, adik ipar dan Aiman turun pi cari lauk. Depa beli udang harimau sekilo lebih dan sotong sekilo . Isi dalam bonet dan sambung perjalanan.
Masjid Al-Khairiyah , masjid seribu doa Pulau Pangkor |
Dari sana kami terperangkap sekejap dalam jemmed kerana ada perarakan kematian kaum cina . Jalan di Pulau Pangkor ni agak sempit jadi kalau ada halangan memang sangkutlah , tapi kejap sahaja. Kami pun sampai ke satu lagi masjid cantik di Pulau Pangkor iaitu Masjid Cina.
Masjid Al-Khairiyah atau di kenali juga dengan nama Masjid Seribu Doa. Unik sangat dan indah senibina ala oriental atau senibina bangunan cina berwarna merah. Di dalamnya juga sangat cantik dan terukir tulisan seribu doa di sekeliling bangunan masjid. Di setiap masjid yang kami singgah ada sahaja di letakkan tabung dan serta QR code untuk kita memberi sumbangan.
9 Comments
Bestnya jalan² kat Pulau Pangkor. Sy pernah datang PP sekali jer masa muda remaja, hehehe.
ReplyDeleteCie pi tahun lepas duk Coral Bay. PP ni kecik sangat. Pusing2 situ jugak. Best la sebab bebas cukai shopping pinggan dan coklat.
ReplyDeleteseronoknya die berjalan-jalan..
ReplyDeleteDah lama sungguh tak ke PP ni. Kena datang lagi ni sebab dah banyak sangat perubahannya.
ReplyDeleteLama tak pergi Pangkor...
ReplyDeleteMacam nak kena plan ni, bawa anak⁴ mesti best ni
MasyaAllah cantik unik masjid dengan seni bina Cina tu.
ReplyDeleteMudah ya, sampai sana kita boleh jalan-jalan dengan van teksi ni.
linda walaupun pernah kerja kat lumut selama 2tahun lebih, belum sempat lagi nak tour pulau pangkor betul2...nanti nak bawak anak2 lah...
ReplyDeletejalan kuala selangor memang jammed...dulu2 tak jem pun.. hahhaa
cantiknya pulau pangkor kak pernah sampai sekali bel ikan bilis borong
ReplyDeleteCantiknya Pulau Pangkor. Belum sampai lagi.
ReplyDelete