Selalunya kalau dulu-dulu, waktu kak ana masih kanak-kanak membesar di kampung, Teluk Intan, arwah mak suka masakkan bubur sum sum ni sebagai menu buka puasa. Cuma waktu tu, kami tak dapat makan yang sejuk macam sekarang kerana awal dahulu rumah arwah tok tidak ada bekalan letrik lagi. 

Sekitar tahun awal tahun 1980-an baru lah ada bekalan letrik di rumah dan boleh lah ada peti sejuk dah. Kak ana bersyukur sangat dapat melalui dalam era yang berbeza sejak dari kecil hingga ke saat entri ini di terbitkan. Pelbagai pengalaman telah di lalui dalam perjalanan pinjaman usia yang berbaki.. 


resepi bubur sum sum gula melaka


Kalau dulu, arwah mak ajar kak ana masak bubur sum sum ni hanyalah dengan kuah kan sirap gula putih dalam pewarna merah. Cantik sangat bubur sum sum putih berkuah merah sirap. Tapi sekarang ni, kak ana dah mula cuba makan bubur sum sum dengan sirap gula melaka pula.

Itupun selepas sepupu kak ana, Intan bersuamikan orang Jawa, dia lah yang ajar kak ana buat kuah bubur sum sum sirap gula melaka macam ni. Kak ana suka juga , tak kurang sedapnya dengan kuah sirap merah tu. Yang penting di makan sejuk, memang wallaaahhh!! 

Resepi bubur sum sum gula melaka

Jom kak ana share kan sekali lagi resepi bubur sum sum gula melaka bagi yang nak mencubanya. 

Bahan untuk bubur sum sum : 
1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
2 cawan santan pekat
4 cawan air
secubit garam

Cara masak bubur sum sum 

Satukan semua bahan dalam periuk, kacau atau whisk hingga sebati, kemudian barulah hidup kan api perlahan. Kacau perlahan tanpa henti supaya tak hangit hingga masak  pekat dan berkilat. Sejukkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum simpan dalam peti sejuk. 


Cara masak bubur sum sum

Kemudian kita buatkan pula sirap atau kuahnya. 

Bahan sirap gula melaka : 

1 buku gula melaka

3 sudu gula putih ( ikut manis masing2) 

3 cawan air

Sehelai daun pandan simpulkan.. 

Cara penyediaan sirap gula melaka ni sangat mudah. Satukan semua bahan dan didih di atas api hingga mendidih. Kemudian sejukkan dan bolehlah di hidangkan bersama potongan tepung bubur sum sum tadi. 

Satu lagi sajian nostalgia zaman silam yang sedap untuk di nikmati sebagai menu pencuci mulut. Untuk resepi bubur sum sum sirap merah korang boleh lihat resepinya di entri INI  Alhamdulillah... dan semoga bermanfaat..