Bubur Sum Sum penambat selera ketika demam
Beberapa tahun lepas ana dah pernah terbitkan entri resepi bubur sum sum ni. Bila ana kongsikan semula di page baru-baru ni, ramai juga yang bertanyakan resepi nak buat bubur sum-sum. Walaupun nampak mudah tapi kena betul juga sukatannya kalau tak kuih sum sum ni akan jadi lembik dan tak best nak makan.
Bubur sum sum ni ada orang buat dengan kuihnya berwarna hijau dari daun pandan, dan berkuah manisan gula merah atau gula melaka. Kalau di Pantai Timur ia nya lebih kurang kuih lompat tikam, cuma tanpa pulut. Apa yang ana kongsikan disini ialah resepi bubur sum sum warisan keluarga kami di Teluk Intan, Perak. Kuihnya berwarna putih dengan rasa lemak santan dan kuahnya pula berwarna merah sirap.
Sajian pencuci mulut ni amat sesuai untuk yang kurang selera makan, inilah yang ana masakkan untuk anak-anak baru-baru ni bila kami sekeluarga demam, batuk dan selsema. Bila ana jadikan sajian pencuci mulut, kenyang juga walaupun tak berapa selera nak jamah makanan lain. Ianya di buat dari tepung beras dan santan, pasti mengenyangkan , In Shaa Allah. Jom ana kongsikan semula resepinya di sini. Mudah kerana ana menggunakan sukatan cawan sahaja.
Resepi bubur sum sum
Bahan untuk kuih sumsum:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan kelapa pekat
secubit garam
Satukan semua bahan dan gaul rata terlebih dahulu.Bila sebati, panaskan diatas api perlahan dan teruskan mengacau sehingga putih berkilat dan pekat.Masukkan dalam loyang dan sejukkan.
Bahan untuk kuah sirap:
1 cawan gula pasir
1 cawan air
pewarna merah
Didihkan semua bahan dan sejukkan.
Potong kecil kuih sumsum dan tuangkan kuah sirap yang sejuk untuk disajikan.
12 Comments
Saya belum pernah makan lagi bubur sum2 ni.
ReplyDeletecubalah kak mala, sedap gak ni hehe :)
Deletefirst time tgk resepi bubur sum suum..sdap ni..:)
ReplyDeletesedap manis lemak je rasanya NN :)
DeleteSedapnya.. suka makan sejuk sejuk.. lega je lalu tekak..
ReplyDeletekan Sha menu tradisi orang perak kita ni kan :)
Deletefirst time dengar tapi rasa macam pernah makan. tapi tak pasti hahah..
ReplyDeletehehe ada je CT ni kan :)
DeleteTentu sedap nih
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap WP :)
Deletefeveret ni dari kecil
ReplyDeletekan orang Perak mesti kenal ni kan Eyda :)
Delete