Sekali sekala sambal sardin pun sedap dah ...
Kak ana memang peminat makan sardin dalam tin. Tapi tak lah selalu jemu jelak juga lah. Selalunya sardin ni jadi lauk emergency buat stok di rumah. Kalau tetiba tak ada stok lauk segar atau malas nak keluar beli lauk, inilah penyelamatnya.
Mesti ramai macam gini, kan... Tapi kak ana tak berapa ngam sikit jenama sardin yang lain selain dari Ayam Brand, King Cup atau Pertima sahaja setakad ni. Hat lain tu tak berapa nak kena dengan selera atau kak ana tak pernah nak cuba lagi.
Tapi kalau makan roti sardin kat luar tu, bukan kita tahu pun depa guna jenama apa kan. Namun , ada beza juga dari rasa ikan sardin dan sos nya ,boleh agak dah kalau jenama selain dari tiga yang biasa kak ana masak dan makan tu.
Sambal sardin
Setakad ni , kak ana pernah masak sardin dalam tin ni sebagai menu sambal sardin. kari sardin, kerabu sardin dan juga sardin masak kicap. Agak rare kan sardin masak kicap, nanti ada rezeki kak ana kongsikan resepinya. Untuk sambal sardin, kak ana rasa sama je resepi nya di kalangan kita semua.
Macam masak sambal biasa lah kan, cuma cara kak ana, kak ana masukkan semula sos nya. Ada orang depa buang sos sardin tu, ada orang depa goreng dulu ikan sardin tu, terpulang pada selera masing-masing, tak ada yang salah dan tak ada yang betul .
Sambal sardin kak ana suka masukkan cili hijau hiris besar-besar dan tomato. Paling sedap tomato ceri, kak ana suka guna tomato ceri dalam masakan yang ada tomato sebab ia manis tak terlalu masam. Masukkan juga asam keping. Ada orang guna air asam jawa, terpulang lah kan..
15 Comments
Lama pula tak masak sardin ni Kak Ana. Nak kena cari sardinnya dulu.
ReplyDeleteSardin? Uncle la hantu sardin!
ReplyDeleteSy suka sardin tp tak brp ada geng di rumah ni. Arwah mak ada dulu rajin juga masak sardin. Cukup lauk ni pun takpa dah kami dua.
ReplyDeleteJenama Adabi pun okay Kak Ana.
Sardin memang sedap Kak Ana.
ReplyDeleteSerupalah kita.
ReplyDeleteHari ni wak pun ngadap sambal sardin ayam brand.
Pn is3 wak sebuk tanya nak masak apa, semua dah jemu katanya,
Wak suggest cer masak sardin sambal.
Saya peminat sardin. Adabi pun ok juga. Ayam brand jangan cakap memang best
ReplyDeletesaya peminat sardin! (opposite dgn mr hubby)
ReplyDeleteMkn dgn telur dadar & nasi panas mmg bertambah nasi ni sis =)
ReplyDeleteSekali-sekala masak sambal sardin boleh bocor periuk nasi, Kak Ana.
ReplyDeletehujan hujan nie, sardin pon sodappp ;)
ReplyDeletesedapnya lama xbuat sambal sardin
ReplyDeleteRumah kami seminggu sekali tu wajib makan sardin dlam tin ni.. tapi akan dimasak terlbih dahulu la.. perah limau potong bawang.. makan dgn nasi dan kicap :D
ReplyDeletefeveret ni.. dari dulu kini dn selamanya mungkin.. hihihihi..
ReplyDeletememang ngam sgt tambah2 kalau mkn dgn telur dadar! sedappppp hehehe
ReplyDeleteSA setuju..sesekali sedap buat sambal sardin..sambal sardin ni Fav SA suami isteri, gandingkan dengan telur dadar memang x sedar menambah nasi
ReplyDelete