Lama dah viral orang makan nasi kerabu lemak bakar, kak ana dan suami baru nih laa nak mencuba. Itu pun tak pii yang hat viral sekitar Kuala Lumpur tu, kami makan di gerai Mek Siti Nasi Kerabu kat Kampung Melayu Sungai Buloh sahaja, port makan nasi kerabu yang selalu kak ana dan suami kunjungi selain dari Warung Che Bunga. Dua-dua ni tak jauh antara satu sama lain. 


Nasi kerabu lemak bakar


Kiranya menu makan nasi kerabu dengan lemak bakar nih menu baru juga lah dan menjadi viral pula. Banyak dah kedai jual nasi kerabu jual, mudah lah kan kalau nak merasa makan. Sebelum ni kalau ke Mek Siti Nasi Kerabu, kak ana suka makan dengan ayam bakar , kali ni kita try pulalah makan bersama lemak bakar. 

Nasi Kerabu Lemak Bakar 

Pada kak ana sedap juga lah kalau penggemar makan lemak ketul-ketul yang di bakar dan ada rasa perapan garam kunyit bersamanya. Ia macam kita makan satay yang ada bahagian lemak, haa sama lah lebih kurang rasanya. 

Bila di gaul dengan tumis nasi kerabu, sayuran dan sambal tu memberikan kelainan pada rasa nasi kerabu yang selalu kita makan sebelum ni. Beza dengan daging bakar yang ada isi nipis hirisannya, hat lemak bakar yang kak ana makan ni, di potong ketul-ketul dadu dalam saiz 1 -2 inci . Lemak daging lembu tu.. 


Nasi Kerabu Lemak Bakar


Kami ambil juga nasi kerabu ayam kerutup, kut kut lah tak boleh terima lemak bakar ada lah ayam kerutup sebagai ganti. Lagi pun nak rasa kali pertama kan kena ada back up planned hehe :) Alhamdulillah sedap dan masih kena dengan selera kami, makan rasa-rasa sikit sorang bersama suami. 


Nasi Kerabu Lemak Bakar

Mek Siti Nasi Kerabu di Kampung Melayu Sungai Buloh ni memang sedap sajian pilihan nasi kerabu dan lauk pauknya. Pernah juga kak ana terbitkannya di SINI , lauk ayam bakar yang di bakar panas-panas di gerainya. Memang padu pada selera kami dan selalu sangat repeat bila teringin nak makan nasi kerabu sedap. 

Ada pelbagai menu pantai timur antaranya air asam perut, nasi berlauk, nasi dagang, kuih akok yang di bakar panas-panas dan sebagainya. Boleh lah try makan sini kalau korang berada di sekitar Hospital Sungai Buloh, sambil singgah nursery pokok bunga.. huhu ( Itu memang kerja kak ana lah kalau ke sini wajib singgah nurseri kusta Sungai Buloh beli pokok ).. 


7 Comments

  1. Sedapnyaaaa...SA dh pernah makan..sesekali boleh la kan kak..selalu cannot....tinggi kolesterol SA nanti

    ReplyDelete
  2. dapp nyer nasi kerabu ;) selalu jugak beli ... laa nie mahai laaa... ambik ayam , solok lada, ikan masin dah sepuluh hinggit ....

    ReplyDelete
  3. Teringin nak mencuba kalau jumpa. Saya suka jugak makan part lemak pada sate.

    ReplyDelete
  4. Sy dah makan dah Kak Ana, di SG ni ada kedai jual NKLB ni. Sekali sekala makan boleh la kot, takut pulak nak makan selalu² :)

    ReplyDelete
  5. First time rasanya dengar Nasi Kerabu Lemak Bakar ni, nampak sedapnya Kak Ana.

    ReplyDelete
  6. Sama la dengan aunty. Kalau pegi spital sg buloh... maknanya beli pokok bunga la tu!

    ReplyDelete
  7. Viral ye kak nasi kerabu lemak bakar tu. Cie selalu taktau yang viral2 ni. Hihi

    ReplyDelete