Mek Siti Nasi Kerabu , best nasi kerabu ayam bakar di Sungai Buloh
Pagi minggu lepas suami ajak kak ana sarapan nasi kerabu , ada dua pilihan yang sedap kak ana cadangkan sama ada di Warung Che Bunga di Kampung Melayu Sungai Buloh atau ke Gerai Mee Kuoh Udey di Batu 16 , Rawang.
Dua-dua kedai nasi kerabu ni memang sedap original pantai timur yang pernah kak ana makan setakad ni. Dua-dua pun pernah kak ana review di pautan di atas. Memang awesome nasi kerabu ayam bakar atau daging bakar depa.
Mek Siti Nasi Kerabu, Kampung Melayu Sungai Buloh
Kalau tanya kak ana pasti lah kak ana nak ke Sungai Buloh sebab sambil menyelam minum air la singgah cari pokok bunga di nurseri belakang hospital tu. Warung Che Bunga terletak tak jauh dari Hospital Sungai Buloh tempat favourite kak ana shopping pokok bunga.
Macam biasa suami ikut kan ajer, kami pun ke Sungai Buloh dan bila sampai di Warung Che Bunga, dapat dah parkir depan gerai tapi Masyaa Allah panjangnya queue nak ke kaunter menu. Kak ana dah laa tak larat nak berdiri lama, sejak kena semula slipped disc ni. Suami pun ajak ke tempat lain,
Kami drive masuk ke dalam laluan hingga lah nampak signboard Mek Siti Nasi Kerabu sebelah kiri jalan sebelum sampai ke Warung Kita. Nampak tak ramai orang berbaris dan ada di sediakan parkir di bahagian dalam, kami pun masuk.
Kat sini pun rupanya syurga nasi kerabu. Ada pelbagai lauk dan kambing bakar pun ada nak makan dengan nasi kerabu. Nasi kerabu original atau pun nasi kerabu Golok ada di jual disini. Queue juga lah tapi tak ramai sangat kerana di bahagikan kepada dua line, satu untuk yang nak makan di sini dan satu lagi untuk yang nak bungkus. Kan senang..
Kak ana pi cari tempat duduk dulu suami yang queue. Kak ana pesan nak makan nasi kerabu ayam bakar sebab nampak kat bahagian depan tadi orang tengah bakar ayam panas-panas. Nampak pun sedap benar rupanya.
Suami dapatkan dua pinggan nasi kerabu ayam bakar, bawa ke kaunter untuk bayar dan pesan air kopi o dan nescafe o untuk kami berdua. Air depa akan hantar ke meja nanti. Bukan ada menu nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk sahaja, ada juga gerai untuk roti titab, roti bakar dan sebagainya.
Kami makan berdua jadi tak order pun cuma makan nasi kerabu ayam bakar. Okay serius.. nasi kerabu ayam bakar di Mek Siti Nasi Kerabu ni memang padu. Sedap, ulam banyak, banyak jenis pula tu. Tumis dia sedap dan ada serunding kelapa. Original Pantai Timur.
Sedap sangat bila kak ana gaul sebati semua dalam pinggan dan makan. Ayam dibakar panas-panas dan perapan sedap. Ermm.. Alhamdulillah ada dah tiga pilihan nasi kerabu best untuk kak ana sekeluarga pii makan pas ni. Pasti masukkan list Mek Siti Nasi Kerabu.
Harga biasa RM8 sepinggan kalau tak silap kak ana . Kemudian kak ana berbaris semula untuk bungkuskan Kak Long dan Adik di rumah. Depa berdua pun suka, sedap sangat dan boleh lah repeat nanti, In Syaa Allah..
Jadi yang tak viral tak semestinya tak sedap kan. Kak ana ni jenis yang tak larat nak berebut atau beratur panjang untuk makan port-port viral. Kalau nak pi try kak ana suka pii time weekdays, waktu orang bekerja kami pi tempat port viral ni nak mencuba. Kalau weekend atau cuti umum, faham-faham lah kan.
Biarlah orang-orang muda nak beratur depa kuat lagi, kak ana dan suami ni dah malas nak queue panjang, faktor usia lah katakan. Jadi kalau korang nak makan nasi kerabu original Pantai Timur, pii laa try pula ke Mek Siti Nasi Kerabu, di Kampung Melayu Sungai Buloh tak jauh dari lokasi Warung Che Bunga yang viral tu. Kalau sana penuh dan ramai boleh try ke Mek Siti Nasi Kerabu pula kan.. Sedap pada selera kak ana sekeluarga, try naa.. Lepas tu boleh singgah nursery beli pokok bunga huhu 😍😍Semoga bermanfaat..
4 Comments
suka lauk daging bakar
ReplyDeleteLagi banyak ulam lagi PC suka ni nasi kerabu. Aduh. Ngences.
ReplyDeleteDekat dengan rumah adik saya ni. Ok kena suruh dia belikan kalau kami nak datang. Thanks share
ReplyDeleteMemang nampak sedap dan meriah nasi kerabu tu.
ReplyDelete