Masak lemak ikan siakap
Ikan siakap ni paling mudah nak di jadikan lauk. Ia lebih kurang ikan kembung atau pelaling lah kan, masak apa pun sedap di makan, In Syaa Allah. Kak ana selalunya masak ikan siakap kukus, tak kira lah ala thai atau biasa dengan halia, ikan siakap bakar sambal pun sedap, ikan siakap 3 rasa, sweet sour, asam pedas dan pelbagai lagi lah. Semua pun macam kena dengan selera.
Kali ini kak ana masak ikan siakap masak lemak cili api bersama dengan bunga kantan. Cuma kali ini, kak ana goreng dahulu ikan siakap kemudian baru kak ana kuah kannya dengan lemak santan dan cili api. Menu mudah tapi ngam lah dengan selera kami.
![]() |
| gulai lemak ikan siakap |
Ikan siakap masak lemak kuning
Lebih syok lagi bahan-bahan masak lemak ikan siakap ni kak ana kutip dari kebun belakang rumah ni sahaja. Ada cili api kampung, serai dan musim bunga kantan yang banyak tumbuh di kebun belakang rumah kak ana. Santan dan bawang je lah beli di kedai selain dari ikan siakap. Belum ada kolam ternak ikan lagi haha! :)
Pokok cili api kampung
![]() |
| cili api kampung |
Rasanya tak perlu kut kak ana nak kongsikan resepi ikan siakap masak lemak ni, mudah dan sama sahaja kaedahnya dengan masak lemak yang lain. Satukan bawang merah , cili api dan serbuk kunyit, blend dan kak ana tumiskan sekejap dalam kuali dengan minyak yang sedikit supaya tak rasa cili mentah pada kuahnya.
Kemudian masukkan santan cair, serai dan ikan siakap yang dah di goreng. Kak ana goreng supaya ikan tak hancur bila di kuah kannya. Masukkan santan pekat bila dah sekali didih dan aromakannya dengan bunga kantan dan garam secukup rasa. Mudah sahaja , kan..
Bunga kantan
![]() |
| bunga kantan |
Bila banyak bunga kantan di belakang rumah ni, kadang-kadang rasa kasihan sangat sampai terbiar layu kering jadinya. Tak tahu dah nak masak apa dah dengan bunga kantan yang banyak. Akhirnya terbiar kering lah dia. Kalau masak pun kak ana seorang juga yang makannya nanti, kadang-kadang kak ana jadikan kerabu atau masak asam pedas.



3 Comments
Owhh..Masak lemak ikan siakap kena masuk daun kantan ye?? Sy x pernah lagi masak lemak ikan siakap...Nnt bleh try =)
ReplyDeleteLawanya bunga kantan tuh. Sekali pandang dah macam bunga ros. Sedapnya masak lemak ikan siakap. Langsung lapar
ReplyDeleteCantik cili api kampung tu, merah menyala. Bunga kantan kalau dah banyak memang sayang terbiar. Itu pasal sampai saya masak sambal sardin bubuh hirisan bunga kantan. Tumis sayur pun boleh campur bunga kantan.
ReplyDelete