Ikutkan selera anak, beriya dah beberapa kali Adik Ika ajak ibu dengan ayahnya makan buffet di Restoran Jepun, Samurai Yakiniku nih. Hampir tiap kali ke KL pasti dia bebel nak bawa kami makan di sini. 


Samurai Yakiniku


Sampailah sebelum raya haji hari tu, ayahnya ikutkan juga. Kami waze sahaja ke Restoran Samurai Yakiniku, lokasinya di KL Traders Square ( KLTS ) , Setapak . Kawasan ni biasa juga lah pada kami dan pernah stay sini bersama famili sepupu di salah sebuah unit kondo nya. Cuma sekarang ia agak sesak dan parking pun penuh. 


Buffet di Samurai Yakiniku , Setapak

Waktu kami sampai, di kaunter reception tu, bagitau kami di minta tunggu dalam 30 minit kerana meja penuh. Ada tempat menunggu kat depan tu , kira okay je nak tunggu. Sebenarnya boleh buat reservation tapi kami ni mai walk-in sahaja. 

Buffet di Samurai Yakiniku , Setapak 


Alhamdulillah tak sampai 15 minit kami pun di jemput ke meja oleh staff yang sangat peramah. Erm.. Macam ni rupa dalam restoran Jepun yang viral nih. Ada set meja dengan alatan memasak gril di tengah meja. Lain lah dengan restoran makanan Jepun yang biasa di mall tu kan. 


Buffet di Samurai Yakiniku


Unik dan menarik interior dalamannya. Tapi tak ambil gambar pula sebab penuh pelanggan tengah makan. Gambar atas tu kak ana ambil dari FB depa. Ia bukan outlet Setapak tak pasti outlet kat mana. 

Kak ana nih sebaik mungkin cuba nak elakkan ambil gambar orang tanpa izin dan terbit di mana-mana media. Kalau kita pun kan orang ambil gambar dan post mesti tak suka, ye dak . Kalau korang nak tengok cari lah di laman sosial depa naa.. 


Buffet di Samurai Yakiniku

Tengahari tu adik order menu Buffet untuk kami makan bertiga. Satu pax cuma RM35 dan ia adalah unlimited refill buffet. Di mana korang boleh tambah pinggan-pinggan menu yang ada dalam set buffet tu tanpa limit. Cuma kata Adik Ika, satu meja di berikan tempoh masa 1jam setengah kalau tak silap kak ana  untuk makan di situ. 

Kak ana tak pasti tentang peraturan tu sahih atau tidak. Kami makan pun tak lah sampai 1 jam lebih dah kenyang gerak lah balik.. Tapi bagus juga kalau benar kerana dapatlah beri tempat kepada pelanggan lain pula untuk dine in. Ermm... menarik kan. 


Buffet di Samurai Yakiniku


Dalam menu buffet atas tu lah yang korang boleh tambah tanpa had untuk makan. Ianya set grill dan shabushabu sup. Setiap satu pax korang boleh pilih nak makan dan refill dalam menu yang di tawarkan iaitu Yasai ( salad ) , Shabushabu, Japanesse Rice , Lamb, Yakitori dan Yakiniku.

Diberikan sup untuk shabushabu dan hat lain kena grill sendiri. Memang banyak portion setiap piring tu. Kami mula dengan set penuh setiap seorang, kemudian tambah mana yang nak sahaja, macam lamb tu dekat 4-5 kali top up sebab memang sedap. Shabushabu juga kami top up banyak kali dan juga Yakiniku tu. 


Buffet di Samurai Yakiniku


Untuk sos kita boleh buat sendiri sos di kaunter sos di hadapan sebelah pintu masuk. Pepandai lah ampa nak olahkan sos nya mengikut citarasa sendiri. Kak ana pilih sos teriyaki sahaja, senang kan . Adik pandai lah buat sos apa entah tapi sedap. 

Adik ni selalu makan makanan Jepun dengan boss serta kawan-kawan office nya. Sebab tu dia nak sangat merasakan ibu ayah makan menu Jepun macam gini. Alhamdulillah.. terima kasih anak.. 


Buffet di Samurai Yakiniku


Ianya lebih kurang kita makan steamboat lah pendek kata kan. Cuma di sini lebih kepada grill daging-daging dan shabushabu celup dalam sup. Sedap kak ana suka dah makan gini. Dan dari perkongsian di internet di laman web Samurai Yakiniku, restoran makanan Jepun ni menyajikan hidangan Halal. Korang boleh cari di https://samuraiyakiniku.com/



Buffet di Samurai Yakiniku , Setapak


Samurai Yakiniku ni ada beberapa buah outlet iaitu di  KLTS Setapak, Bangi Gateaway, Selangor dan satu lagi di Kota Bahru, Kelantan. Di sini juga ada menu-menu ala-carte dan bukan lah buffet sahaja. 

Harga menu pun kak ana tengok masih tidak over price sangat mampu makan lah standard harga makanan di restoran mall sahaja kecuali untuk premium menu macam wagyu dan seangkatannya :) 


Buffet di Samurai Yakiniku , Setapak


Antara kategori menu yang kak ana baca di laman web depa adalah Hambuga & Meatball, Snack, Ramen, Donburi, Minuman, Karaage, Fried Rice, BBQ & Shabushabu dan Wagyu Yakiniku . Mana rupa menu-menu tu korang cari lah sendiri naa, kak ana makan buffet tu sahaja dan minuman. 



Samurai Yakiniku


Set buffet ni di berikan sekali satu jug air kosong. Kami order juga minuman . Adik biasa lah dengan green tea ice dan kak ana pula lemon tea ice. Suami suka air kosong jer, senang bawa dia makan jimat kos air huhu :) 

Satu pengalaman baru bagi kak ana makan di restoran makanan Jepun sebegini. Menarik dan sedap. Syukur adanya restoran yang Halal begini untuk kita makan menu dari luar negara. Kalau korang suka makanan Jepun boleh lah datang ke mana-mana outlet Samurai Yakiniku yang berdekatan. 

Buat masa ni dari laman web depa hanya ada 3 outlet sahaja dan satu nun di Kelantan. Adakah founder dia orang Kelate' ?? Kalau tak kenapa ada kat sana ye dak .. haha! Suka hati je kan.. 










4 Comments

  1. Wah btul2 dkt ngan rumah ni.. tp x pasan plak kedai ni.. orait nnt lps ni boleh cuba

    ReplyDelete
  2. nampak sangat menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap kak ana.. siap terbayang bunyi dia sedang masak...

    ReplyDelete