Serawa buah kuinin
Selalu orang makan serawa buah durian , kan.. kali ini kak ana nak kongsikan satu lagi serawa yang kak ana suka makan. Resepi ni arwah mak kak ana yang buat waktu kami kecil-kecil dahulu ketika di kampung halaman kak ana di Teluk Intan.
Di kampung kami sekitar rumah arwah tok Saidin, ada pokok bachang atau ada setengah orang panggil buah macang dan juga pokok kuinin. Memang sekali pandang macam sama sahaja buah bachang dan buah kuinin, tapi hakikatnya ia adalah dua jenis variasi yang berbeza.
Kalau nak tahu perbezaan antara buah bachang dan kuinin, ampa boleh baca di entri lama kak ana nih di SINI . Entri ni antara yang hits juga lah di carian internet dari blog picisan ni. Penilaian adalah dari pengalaman kak ana sendiri sahaja bukanlah dari mana-mana sumber yang sahih.
![]() |
| Serawa buah kuinin |
Serawa buah kuinin
Jom sambung kisah serawa buah kuinin yang kak ana buat baru-baru ini. Buah kuinin ni pemberian kakak dan juga jiran kak ana , Kak Ani. Kak ana ke rumah nya untuk ziarah selepas dia keluar wad hari tu kerana terhiris 4 jari sendiri selepas mengasah pisau. Ngeri dengar ceritanya, tapi alhamdulillah dah beransur baik dah jari-jarinya.
![]() |
| buah kuinin |
Cara buat serawa buah kuinin
Bahan-bahan serawa buah kuinin![]() |
| serawa buah kuinin |



6 Comments
sakit tu terpotong jari moga jiran ana dh sembuh sedapnya serawa kuini harum n manis
ReplyDeleteSyafahallah utk jiran Kak Ana 🤲🏻
DeleteNampak sedap tu Kak Ana... Tapi Sy tak pernah makan serawa kuinin, wpun penggemar buah ni. Biasa buat sambal kuinin je, tak pun makan mentah macam mangga tu je. Skrg musim kuinin agaknya Kak Ana kan, Sy 2x dah dapat buah ni dari jiran & jemaah surau
adoyai, ngeri plak kisah terpotong jari tu!. anyway, tgk gmbr.. terliur serawa laaaa
ReplyDeleteOwhh boleh buat serawa buah kuini ni erk
ReplyDeletePertama kali tau ada serawa kuinin. Menarik!
ReplyDeleteSeriau baca terhiris jari masa asah pisau tu.
wah pertama kali dengar serawa buah kuinin... mesti ada bau2 kuinin nya tu kan :D
ReplyDelete