sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 29 Jun 2012

DIY: Bunga Crepe

Kali ni ana nak share cara-cara nak buat bunga crepe.Ilham dari beberapa blog yang beri idea untuk menyiapkan hantaran cousin ana ni.Kali ni lain sikit dari yang biasa ana buat dulu....jadi mari kita sama-sama buat hiasan bunga crepe....

Inilah dia bunga crepe...cantikkan...

Sekarang mari kita pelajari cara-cara nak membuatnya..... dari jari jemari anak bongsu ana...


 1. Sediakan kertas crepe yang boleh didapati dari kedai-kedai buku atau kedai bunga.



2. Mula-mula potong kepada 2 bahagian sama besar,kemudian bahagikan lagi kepada 4 bahagian.Setiap satu set mesti mempunyai sekurang-kurangnya 4 lapisan certas crepe ikut saiz yang dikehendaki.

3. Gunakan dawai pengikat bunga dan selitkan manik di bahagian tengah-tengah dan lipat dua.Ini sebagai pengikat lapisan kertas crepe tadi.


4.Lipatkan kertas crepe seperti bentuk kipas dan ikat dengan dawai bunga yang diselitkan manik tadi.


5.Trimkan di kedua-dua hujung lipatan dan gunting bentuk bersegi atau separuh bulatan pada hujung lipatan kipas tadi.Kemudian kembangkan semua lipatan. 


 6. Dengan perlahan-lahan tarik lapisan demi lapisan ke atas hingga membentuk sekuntum bunga.



7.Ta Da...Inilah hasilnya sekuntum bunga crepe dari kerja tangan anak bongsu ana....


Kat bawah ni ana sertakan pelbagai contoh yang telah kami siapkan untuk hiasan di bilik anak-anak ana...










Selamat Mencuba....


9 ulasan:

  1. Wah pandai buat bunga..cantik!

    BalasPadam
  2. tq eyna...rajin singgah kat ana jingga ye... saja-saja mencari idea and kongsi semula...

    BalasPadam
  3. ni lain dr yg lain,sangat kreatif awak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm iris bibi henna:bunga crepe ni era 80-90an dah ada orang buat cuma guna kertas tisu....kita kongsi2 idea disini..

      Padam
  4. Salam ana...kertas crepe ni mcm kertas biasa eh? kalau tanya kat kedai, org tau ke kertas tu? mcm nak cuba buat pulak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zana Fahmi: kertas untuk buat bunga pelbagai warna cuba dapatkan di kedai2 buku dan stationary atau kedai hantaran...Maybe mereka tahu...cubalah zana..

      Padam
  5. wah!! kretifnyer.. :) nak bt jugak.. nak nak.. :)

    BalasPadam
  6. Lilynn sayang: buat ye nanti update kat Si Ratu Di Hati Si Dia...

    BalasPadam
  7. eh cantik la....kena cuba ni

    BalasPadam