Kali ni ana nak share cara-cara nak buat bunga crepe.Ilham dari beberapa blog yang beri idea untuk menyiapkan hantaran cousin ana ni.Kali ni lain sikit dari yang biasa ana buat dulu....jadi mari kita sama-sama buat hiasan bunga crepe....

Inilah dia bunga crepe...cantikkan...

Sekarang mari kita pelajari cara-cara nak membuatnya..... dari jari jemari anak bongsu ana...


 1. Sediakan kertas crepe yang boleh didapati dari kedai-kedai buku atau kedai bunga.



2. Mula-mula potong kepada 2 bahagian sama besar,kemudian bahagikan lagi kepada 4 bahagian.Setiap satu set mesti mempunyai sekurang-kurangnya 4 lapisan certas crepe ikut saiz yang dikehendaki.

3. Gunakan dawai pengikat bunga dan selitkan manik di bahagian tengah-tengah dan lipat dua.Ini sebagai pengikat lapisan kertas crepe tadi.


4.Lipatkan kertas crepe seperti bentuk kipas dan ikat dengan dawai bunga yang diselitkan manik tadi.


5.Trimkan di kedua-dua hujung lipatan dan gunting bentuk bersegi atau separuh bulatan pada hujung lipatan kipas tadi.Kemudian kembangkan semua lipatan. 


 6. Dengan perlahan-lahan tarik lapisan demi lapisan ke atas hingga membentuk sekuntum bunga.



7.Ta Da...Inilah hasilnya sekuntum bunga crepe dari kerja tangan anak bongsu ana....


Kat bawah ni ana sertakan pelbagai contoh yang telah kami siapkan untuk hiasan di bilik anak-anak ana...










Selamat Mencuba....