sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 12 Januari 2013

Jualan Pokok Bunga Sungai Buluh

Anajingga ni kalau entrinya kebanyakannya mesti hal bunga-bungaan... Dah memang ana ni memang minat dengan ciptaan Allah yang indah ini.. begitu kagum dan unik sungguh berjuta-juta jenis bunga didunia ini yang berlainan bentuk,warna dan rupa membuktikan kekuasaanNya yang tiada tandingan..Subhanallah..

Hari tu ana ada bawa mak saudara singgah ke pusat jualan  pokok-pokok bunga,hiasan lanskap dan tanam-tanaman hiasan di Sungai Buluh,Selangor..Ia terletak di sepanjang jalan dari Simpang Sungai Buluh menghala ke Shah Alam atau dekat-dekat area Kampung Subang tu..

Disepanjang jalan ni memang terdapat puluhan deretan tapak-tapak semaian pokok-pokok hiasan dan bunga-bungaan lebih kurang sama dengan yang terdapat di belakang Hospital Sungai Buluh tu lah..memang rambang mata..cakap saja nak pokok apa semuanya ada..Harga macam biasalah kena tawar menawar dengan si penjualnya..

Antara tapak jualan bunga yang kami singgah..
Di sini ana kongsikan beberapa keping foto bunga-bunga yang sempat ana rakamkan disekitar pusat jualan ini..memang banyak dan bermacam-macam cuma sedikit sahaja yang sempat di ambil.....

 Jadi bagi yang gemar membuat lanskap atau menanam bunga di sekitar rumah dan tinggal berdekatan Selangor ni bolehlah shoping kat sini... Terima kasih sudi baca entri ana kali ni...

7 ulasan:

  1. wann follow sini

    http://wannserious.blogspot.com

    BalasPadam
  2. masih ada yer jualan pokok bunga kat sini..dah lama sgt tak pegi..

    BalasPadam
  3. waaa...saya pun memang minat dengan pokok2 bunga ni. huhu tengo je lah blog saya penuh dengan gambar bunga2.

    BalasPadam
  4. terima kasih Saya Wann,kak nora dan murni atas kunjugan kalian.. semoga akan ada perkongsian yg lain pula nnt...

    BalasPadam
  5. Lawanya bunga2 tu. kalau tnjuk kat mak mesti mak suka.hehe.paling lawa bunga warna ungu gambar atas kanan tu

    BalasPadam
  6. suka bunga tp lately ni susah skit nak jaga kesihatan bunga

    BalasPadam