Masyaa Allah.... sejak dua menjak ni cuaca panas lit lit ya amat kan sehingga ada sesetengah kawasan dah cecah 37' suhu nya. Semoga kita semua di jauhkanNya jua dari segala keburukan dan di berikan kesihatan yang baik. Aamiin.. 

Bila cuaca panas-panas macam sekarang ni yang paling nikmat ialah bila dapat menikmati aiskrim. Dan sekarang ni bukan setakad aiskrim popular di kedai tu sahaja yang sedap-sedap, aiskrim Malaysia pun dah di moden kan dengan pelbagai gabungan perisa dan resepi yang sedap-sedap semuanya. Cakap sahaja nak aiskrim apa semua dah boleh di olah sebagai aiskrim Malaysia. 


resepi aiskrim Malaysia viral


10 resepi aiskrim Malaysia viral 

Ana nak berkongsi dengan ibu-ibu sekalian 10 resepi aiskrim Malaysia yang viral yang sedap untuk korang cuba sendiri di rumah bersama anak-anak. Cara pembuatan aiskrim Malaysia ni sama sahaja lebih kurang tekniknya cuma berbeza bahan . Dan kebanyakan resepi yang ana dapat dari perkongsian FB ni bahan asasnya adalah susu cair. Jom kita tengok satu persatu, ada yang berkenan boleh lah cuba naa..


1. Aiskrim Sumi Jelly & Aiskrim Oreo 


cara buat aiskrim sumi jelly


Ini adalah dari entri ana sendiri dan di buat oleh Kak Long dan Adik Ika di rumah. Bahan-bahan buat aiskrim Sumi  : 

Plastik aiskrim Malaysia 
Susu Cair 1 tin
Susu pekat manis - ikut manis yang korang nak kami guna 1/2 tin 
2 tin susu Air masak  - cukup-cukup nanti aiskrim lemak manis jangan terlebih air cair tak sedap. 
2 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air ) - untuk memekatkan susu dan lemakkan rasa aiskrim 
1 pek biskut Oreo - pecah-pecahkan atau pun 1 pek Sumi Jelly 

Cara buat aiskrim Malaysia Oreo / Sumi Jelly





1. Bancuhkan tepung jagung bersama air . 

2. Di dalam periuk masukkan 1 tin susu cair dan campurkan dengan 2 tin air masak. Gunakan sukatan tin susu cair tu sahaja. 

3. Masukkan pula 1/2 tin susu pekat manis. Kalau nak manis tambahlah ikut selera masing-masing sebab ana gunakan setengah tin ni dah cukup lemak manis dah. 

4. Masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Jangan tinggalkan nanti susu membuak . Sentiasa kacau . 

5. Didihan pertama masukkan banduhan tepung jagung tadi dan terus kacau lagi hingga didih kali kedua. Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik. 

6. Jangan pek aiskrim ketika panas kerana ia akan melarutkan biskut oreo atau sumi jelly kita. Dah sejuk baharulah isikan plastik aiskrim dengan pecahan biskut Oreo atau Sumi Jelly. 

7. Gunakan corong untuk menuangkan bancuhan susu kita tadi ke dalam plastik aiskrim supaya mudah. Carilah apa yang boleh di guna pakai di dapur korang tu. 

8. Tuang kan susu dan tinggalkanlah sedikit ruang untuk mengikatnya di hujung, simpulkan kuat-kuat agar tak keluar susu kita tuang tu kan. 

9. Simpan dalam frezer semalaman dan dah keras tu boleh di makan. Senang kan. Selamat mencuba. 


2. Aiskrim Solero 

Ini juga dari entri ana sendiri di mana Kak Long berjaya hasilkan aiskrim solero Malaysia yang sedap lemak masam manis . 



cara buat aiskrim solero


Bahan-bahan buat aiskrim Solero 


Plastik aiskrim Malaysia 
Susu Cair 1 tin
Susu pekat manis - ikut manis yang korang nak kami guna 1/2 tin 
1 cawan air masak  
2 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air ) - untuk memekatkan susu dan lemakkan rasa aiskrim 
Untuk lapisan Solero 
2 cawan air 
1 cawan gula
5 biji limau nipis - perahankan jusnya 
Pewarna hijau 

Cara buat aiskrim solero 

1. Bancuhkan tepung jagung bersama air . 

2. Di dalam periuk masukkan 1 tin susu cair dan campurkan dengan 1 cawan air masak. Gunakan sukatan tin susu cair tu sahaja. 

3. Masukkan pula 1/2 tin susu pekat manis. Kalau nak manis tambahlah ikut selera masing-masing sebab ana gunakan setengah tin ni dah cukup lemak manis dah. 

4. Masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Jangan tinggalkan nanti susu membuak . Sentiasa kacau . 

5. Didihan pertama masukkan banduhan tepung jagung tadi dan terus kacau lagi hingga didih kali kedua. Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik. 

6. Untuk bahagian Solero , didihkan 2 cawan air.

7. Masukkan 1 cawan gula.

8. Dapatkan perahan jus limau nipis dan masukkan dalam didihan air gula tadi.

9. Masukkan pewarna hijau. Sejukkan pada suhu bilik sebelum memasukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia.




10. Tuangkan dengan menggunakan corong adunan aiskrim susu dan pusingkan plastik aiskrim sekali baharulah tuang kan pula adunan Solero ke dalam bahagian atasnya. Boleh tonton di Youtube di atas untuk lebih jelas visual caranya. 

11. Buka pusingan di bahagian tengah dan biarkan kedua bahagian bercampur dengan corak yang cantik seperti marble gituew. Adjust lah dengan tangan kan. Simpulkan di bahagian atas pek aiskrim dan beku kan semalaman. 

Sedap aiskrim ni ada rasa lemak, manis dan masam. Cuba lah kay, bersama anak-anak di rumah. Selamat mencuba. 

3. Aiskrim pelangi 

Perkongsian resepi-resepi aiskrim Malaysia di bawah adalah dari sumber terbitan dan foto di Facebook. Kredit buat pemilik foto dan resepi. 


cara buat aiskrim pelangi


Bahan-bahan & cara buat aiskrim pelangi


2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan creamer
1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
1 1/4 cawan gula2
4 L air
Sedikit esen vanilla

Cara buat aiskrim pelangi 

Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis.

Kemudia tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.

Sejukkan seketika dan masukkan dalam plastik aiskrim.

Bekukan dan sedia untuk dimakan.


4. Resepi aiskrim gula apong /nise 


Resepi aiskrim gula apong /nise

Bahan-bahan dan cara buat aiskrim Gula apong / Nise

3 Liter air
1 kg kelapa (buat santan)
700g Gula apong ori @gula nira
Daun pandan 2 helai

Masak air sehingga mengelegak kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan.

Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim. 

5. Aiskrim Kacang Hijau 


cara buat aiskrim kacang hijau

Bahan-bahan Aiskrim Kacang Hijau

Kacang hijau (rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cawan
Gula merah
1-3cubit garam

Cara buat aiskrim kacang hijau 

1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai empuk/kembang
2. Air gula merah masak berasingan dan tapis
3. Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan santan. masak macam buat bubur kacang.
4. Tutup api. Bila suam baru isi dalam plastik ais krim.

 

6.  Aiskrim Lemon Susu Chocolate Rise


Aiskrim Lemon Susu chocolate rice

Bahan-bahan & cara buat aiskrim lemon susu chocolate rise


Air
Susu segar
Susu pekat
Lemon
Sebuk coklat

Buat air susu mcm biasa, perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dalam plastik dan letak chocolate rice. 

7. Aiskrim strawberry 


cara buat aiskrim strawberry

Bahan dan cara buat aiskrim Strawberry 

Bahan-bahan 
Strawberry 30 biji
Sumi Jelly  
Gula (ikut suka)
Air secukupnya

Cara buat aiskrim strawberry

1) Blend strawberry..Kemudian campur semua bahan kecuali sumi jelly .

2) Masak sampai mendidih..sejukkan , kemudian masuk dalam plastik bersama sumi jelly ..bekukan

8. Aiskrim choki-choki atau nutella 


cara buat aiskrim choki-choki


Bahan dan cara buat aiskrim choki-choki /nutella 

1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
beberapa pek choki-choki atau nak guna Nutella pun boleh 
Sedikit garam

Caranya : 
~ masak air atas api kecik bersama susu pekat, susu cair dan tepung jagung serta esen vanila hinga didih. 
~ picitkan 1 batang choki-choki atai masukkan nutella ke dalam plastik aiskrim.
~ sejukkan dahulu adunan susu baru tuang ke dalam plastik aiskrim dan bekukan.


9. Aiskrim jagung cincau 



cara buat aiskrim jagung cincau


Bahan dan cara buat aiskrim jagung cincau 

Bahan-Bahan :
Air
Sirap jagung
Susu cair
Susu pekat
Garam sedikit
Cincau

Masakkan air jagung dengan mencampurkan kesemua bahan di atas kecuali cincau. Bila dah sejuk masukkan cincau yang di parut ke dalam plastik dan tuangkan adunan air jagung. Bekukan dalam peti sejuk.

10. Aiskrim asam boi 


cara buat aiskrim asam boi

Bahan dan cara buat aiskrim asam boi 

Asam boi
Gula
kordial asam boi
air secukupnya

Cara buat aiskrim asam boi

Masakkan air bersama gula dan kordial asam boi hingga didih. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan sebiji asam boi ke dalam plastik aiskrim Malaysia, tuang kan bancuhan asam boi dan bekukan.

Selesailah sudah 10 resepi dan cara buat aiskrim Malaysia viral masa kini. Mesti korang perasan kan ke semua resepi memerlukan kita memasak air dan terlebih dahulu. Ini adalah kerana selain daripada mengelakkan sakit perut minum air tak masak, air masak juga menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan tidak jadi air batu bila dibekukan. Sila lah mencuba naa... Semoga bermanfaat buat semua.

14 Comments

  1. Nikmat nya dapat makan eskrem time panas2 ni...
    terliur sungguh tgk list eskrem tu...
    tapi nak buat malas hahaha...

    ReplyDelete
  2. auskrim malaysia cantik pelbagai citarasa n cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni lagi di permoden kan kak PI pelbagai citarasa ada kan :)

      Delete
  3. okeh bookmark terus page ni..tak sabar nk try

    ReplyDelete
  4. waduhhh sedapnya kak... memacam perisa ada yek, cuma kalau dana aiskrim asam boi dengan yang plain tanpa susu selalu layan, kalau bersusu sikit-sikit ok hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim dulu2 tak banyak yang bersusu kan Dana :)

      Delete
  5. air krim malaysia ni juga yg pgl sedapppppp

    ReplyDelete
  6. pewarna untuk ais krim solero tu boleh guna yg pandan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi seeloknya guna pewarna hijau pekat untuk dapatkan warna yang cantik bila bercampur susu nanti,kalau warna pandan iaagak cair kan dan nanti perisa pandan pula :) Solera tak ada perisa pandan ia akan rasa lemak masam-masam gitu ... :)

      Delete