sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 2 Januari 2013

Tahun Baru 2013 @ KLCC

Malam semalam ramai warga Selangor dan Kuala Lumpur serta sekitar keluar untuk menyambut dan menyertai sambutan Tahun Baru 2013... Banyak lokasi-lokasi disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menganjurkan acara countdown kedatangan tahun baru 2013..

Dimana dan apa pun acara yang diadakan pastikan kita tidak menyambutnya secara keterlaluan sehingga membelakangkan aqidah dan kesucian Islam.Namun kebanyakan acara yang dianjurkan di negara kita ini lebih cenderung dengan unsur-unsur hiburan.Al maklumlah majoriti yang hadir adalah belia dan remaja yang memang sedia maklum lebih minat hadir untuk berhibur...

Malam ambang tahun baru kali ini ana turut pergi ke KLCC untuk membawa famili melihat dengan lebih dekat pertunjukan bunga api.Kami tak masuk pun kawasan KLCC hanya berada di kawasan berhampiran di hadapan KLCC kerana tujuannya memang nak tengok pertunjukan bunga api sahaja.Kami pakir di bahu jalan berhadapan The Oval KL dan lepak menanti kedatangan tahun baru.Disini sahaja dah penuh dengan orang ramai dan pelancong asing pelbagai kaum untuk melihat pertunjukkan bunga api.

Menanti detik 2013
Ana dapati di sini kebanyakan yang hadir terdiri dari mereka yang sudah berkeluarga dengan membawa anak-anak untuk melihat pertunjukan bunga api.. kami duduk disekitar kawasan ini dan jalan-jalan disekeliling mulai dipenuhi dengan kenderaan. Terdapat beberapa keluarga pelancong dari Timur Tengah turut duduk di atas rumput sementara menunggu detik 12 tengah malam... Inilah kenikmatan dan kesejahteraan di tanahair kita yang selamat untuk sesiapa sahaja datang berkunjung.. Ana sentiasa berdoa agar kemakmuran dan keamanan ini akan kekal selamanya untuk diwarisi oleh anak-anak kita di masa hadapan.

Orang ramai pelbagai kaum dan kenderaan mulai memenuhi kawasan sekitar KLCC
Walaupun kami tidak mendengar sebarang konsert atau acara countdown di sini namun tepat jam 12 tengah malam pancaran dan dentuman bunga api mulai berkumandang di langit menara KLCC... Kelihatan wajah-wajah ceria dikalangan pengunjung dan kanak-kanak disini.Bersama-samalah kita menyambut kedatangan tahun baru 2013 ini penuh rasa kesyukuran dan berdoa agar tahun 2013 ini bakal disinari dengan seribu satu kejayaan dan kesejahteraan buat semua umat dunia.

Beberapa foto pertunjukan bunga api dari KLCC
Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua kaum keluarga,rakan-rakan follower yang di sayangi dan pengujung yang sudi singgah di anajingga.blogspot.com ini.Semoga kita semua akan menjadi yang lebih baik dan cemerlang didalam apa jua yang dilakukan dan menikmati kemakmuran dan rahmat dariNya setiap ketika....

3 ulasan:

  1. bestnya dapat tengok bunga api depan mata. yup setuju.kalau nak berhibur pun ada batasannya. ;)

    BalasPadam
  2. ramainyer org..
    tp miss x prnh pgi tgk pn stiap kli new year..
    hehee

    BalasPadam
  3. betul2 sambut new year ni...

    BalasPadam