Daytrip makan angin ke Genting Highlands
Tak boleh nak kata percutian sebab kak ana duk pii Genting ni tanpa plan apa-apa. Pagi tu, saja lah ajak suami, jom naik Genting, hari Ahad dua minggu sebelum puasa. Tapi macam tak serius sangat pun, kak ana masih masak-masak lah untuk sarapan dan selalunya kami brunch hari-hari hujung minggu ni.
Dah solat Zohor, suami kata, jom lah kita pi Genting. Haa... bayangkan dah nak pukul 2 baru nak comfirmkan. Apa lagi berdesup lah pakai baju dan terus drive ke Genting Highlands, kami bertiga beranak.
Tips percutian ke Genting Highlands
Kalau sebelum nih kami ke Genting Highlands atau balik kampung suami di Kuala Lipis dari Rawang paling mudah mengunakan laluan Batang Kali . Tapi selepas tragedi tanah runtuh tu, laluan Batang Kali ke Genting Highlands masih di tutup kepada orang awam. Jadi nak tak nak terpaksa juga lah lalu ikut Lebuhraya Karak.
Kami sampai ke Awana Skyway yang juga Genting Premium Outlet dalam jam 3 lebih. Tips pertama kak ana nak share ialah pastikan korang snap gambar tiang parkir kereta dan ingat masuk ikut pintu mana serta outlet pertama yang korang jumpa bila masuk ke GPO ni. Bukan apa, ia sangat luas dan besar , kalau tak ingat jenuh nanti balik duk cari kereta parked kat mana. Boleh sesat larat kata orang utara.
Harga tiket Awana SkyWay Genting Highlands
Dah masuk ke Kompleks Genting Premium Outlet, korang carilah signage tulisan Awana Skyway , ikut signage sampailah nanti ke kaunter tiket. Kat sini tiket dijual di mesin sahaja dan korang kena queue kalau ramai pelancung.
Waktu kami sampai tu tak lah ramai yang queuing di mesin tiket, kejap je dah boleh dapat kan tiket. Harga tiket mengikut beberapa kategori. Korang boleh pilih gondola yang premium atau standard. Tiket sehala atau returns. Harga warganegara beza lah dengan tourist.
Untuk tiket , Adik Ika beli tiket Returns berharga RM18 sahaja untuk seorang. Kalau tiket sehala berharga RM10 , itu untuk gondola standard.
Kat sini lah bermulanya cabaran kami petang tu, berbaris panjang untuk dapatkan giliran menaiki gondola Awana SkyWay. Tapi ia jadi happening sebab kami beratur sambil bergerak lah. Bukan queue duk tunggu macam tu. Ia bergerak cuma ambil masa kerana ramai.
Dari tempat pertama kami queue di laluan gondola standard tu untuk sampai ke unit gondola yang di naiki lebih kurang 20 minit juga. Macam ular menjalar je kalau tengok pergerakan manusia di situ bergerak dalam lingkaran laluan. Pengalaman lah kan dah pii hari Ahad.
Gondola Awana SkyWay Genting Highlands
Bila dah sampai giliran masuk ke gondola , korang kena cepat-cepat melangkah dan ia akan muatkan ikut kesesuaian. Sebab ramai dan tiket gondola standard, jadi kita akan naik dengan orang lain juga dalam gondola yang sama.
Kalau korang beli tiket chartered gondola baru boleh naik dengan keluarga atau kawan-kawan korang sahaja, harga lain lah. Ada juga tiket untuk express gondola, hat ni rasanya tak perlu queue dan boleh terus ke laluan express untuk sampai ke gondola.
Cuak juga lah bila kak ana menaiki gondola walaupun bukanlah kali pertama. Kak ana dah beberapa kali naik ke Genting Highlands , dari zaman bujang remaja dulu lagi dah pernah naik dengan mak saudara dan kawan-kawan sekerja. Masa tu kami panggil cable car Genting. Hat yang memang antik dulu sekitar tahun 90-an ke 2000.
Lepas tu kalau ke Genting, suami lebih suka drive terus naik ke atas tanpa naik skyway. Dan yang last naik Skyway hat lama sebelum hat baru glass gondola ni dari laluan Goh Tong Raya tu. Lama dah beberapa tahun yang lepas. Dan ini pula yang terbaharu lah dengan gondola Awana SkyWay.
Sepanjang perjalanan di dalam gondola kaca ni, korang akan di hidangkan dengan pemandangan yang sangat indah. Gunung ganang yang memukau pandangan, betapa besarnya kebesaran Allah swt. Ada juga hentian untuk ke sebuah monumen pagoda , tokong cina kalau yang nak berhenti dan singgah.
Tapi tricks dia, kalau ampa singgah kat terminal ni, nak dapatkan semula gondola kosong untuk teruskan perjalanan ke Genting Resorts tu agak payah lah sebab gondola dah penuh dari bawah, melainkan ada penumpang yang nak turun ke stesen tu baru lah korang dapat naik semula untuk ke puncak.
Semakin dekat dengan stesen di Awana Genting Skyway ni, kita dah boleh lihat pemandangan di bawah taman tema outdoor dan sekitarnya Resorts World Genting. Dan sampai sahaja keluar dari gondola boleh lah korang explore indoor themes park serta kompleks membeli belah di dalam Resort World tu.
Sebab kak ana mai dah petang dan tak plan pun nak main apa-apa games, kami ronda-ronda sahaja sekitar mall dan indoor themes park. Banyak dah berbeza dari yang last kak ana mai sini beberapa tahun yang lalu. Beza dah.
Okay nak cerita part yang tak berapa best kat dalam Genting Resorts World ni. Yang pertamanya, korang nak cari tempat makan halal memang susah. Kebanyakannya Muslim Friendly sahaja. Puas pusing-pusing akhirnya jumpalah ruang food court dengan tertera loga Halal Jakim yang besar di luar , Alhamdulillah.. ada pun.
Ianya sebuah medan selera dan ada lah pilihan beberapa menu kiosk makanan. Berkonsepkan order, bayar dan ambil makanan. Harga makanan di Genting ni memang agak mahal dari tempat lain kerana lokasinya lah kan. Dari dahulu lagi harga makanan memang tinggi di atas Genting Highlands. Air mineral pun RM5 kalau tak silap kak ana , lupa dah.
Petang tu, kami makan nasi kandar dengan ayam goreng tu harga sekitar RM22 sepinggan kalau tak silap kak ana dan laksa Johor tu pula sekitar RM20 juga kalau tak silap. Tapi portion dia besar lah kan. Kenyang alhamdulillah.. Kak ana memang bawa air dalam tumbler sendiri kalau pi mana pun tapi beli juga lah air mineral untuk suami dan Adik Ika.
Lepas makan kami cari surau. Hat ni pun nak review sikit lah.. surau ada di level yang sama dengan Medan Selera Halal ni, dekat-dekat dengan Family Mart ada lorong dan signage tulis surau. Cuma surau pun agak menyedihkan. Tidak lah seindah kompleks yang tersergam dan sekitarnya.
Jadilah dapat tunaikan solat Asar di sini dari tak ada surau kan. Faham-faham lah kan, kat mana kita berada nih. Dan satu lagi ada sesetengah tandas kat sini tak ada bidet. Adoi.. Ada yang ada bidet dan ada juga yang memang tak ada bidet. Dah macam duk luar negara naa...
Lepas tu kami sambung ronda-ronda out door pula petang tu, Outdoor thamespark dah tutup tak boleh masuk dah sebab masa tu dah lebih kurang pukul 6 petang. Jadi lah ronda-ronda luar pula ada beberapa galeri jualan. Sempat Adik Ika belikan Harraz soft pillow Genting Resorts World.
Cuaca petang tu masih sejuk dan berangin. Tak pasti suhu tapi sekitar bawah 20'c juga rasanya. Sejuk. Ambil gambar dan dari sini boleh nampak gondola-gondola lalu lalang di atas. Menarik sangat view di luar ni.
Lepas tu kami pun cari semula laluan untuk ke pintu masuk Awana Skyway untuk gondola turun semula ke GPO. Carilah signage yang ada dan sampai, sekali lagi kena queue untuk sampai ke gondola. Queue yang bergerak cepat juga dalam 30 minit dah sampai giliran untuk kami naik gondola.
Perjalanan turun waktu ni dah senja dah. Dalam jam 7.30 lebih macam tu. Satu view yang berlainan pula kami lihat panorama senja dari atas gunung menurun hingga ke GPO stesen Awana Skyway. Subhanaallah.. memang amat indah.
Cuma dah hampir gelap tu lagi lah ada rasa cuak dalam hati kak ana, suami dan Adik dah mula nampak kak ana lain macam, ermm depa duk rakam lah muka cuak ibu dan gelakkan..nasib la kan.. Alhamdulillah selamat sampai semula ke stesen di GPO dan kami cari surau untuk Maghrib.
Surau di GPO jauh lebih baik dari di puncak Genting Resort World tu. Lebih luas dan selesa. Selesai solat Adik duk ajak pusing GPO dan shopping la barang-barang dia. Singgah minum sat kemudian kami cari semula outlet mana kami masuk tadi untuk kembali ke parkir kereta.
Dan caj parkir dari sekitar pukul 3 petang hingga 8 lebih malam tu adalah RM25 . Wink! Wink! Pastikan TnG korang ada baki yang cukup naa kalau nak day trip macam kak ana nih. Terus kami turun semula ke Lebihraya Karak hadap pula jemmed sejam lebih juga dari simpang Genting nak ke Tol Gombak. Bertabahlah....
Syukur Alhamdulillah perjalanan tak di rancang kami bertiga dan semua yang kak ana kongsikan di sini semoga ada manfaatnya buat korang.. In Syaa Allah...
3 Comments
dah agak sangat lama sungguh kami tak jejak kaki ke genting.. genting jauh lebih sejuk dr cameron...
ReplyDeletepernah naik genting pusing2 n turun xmampu nk coti2 di situ
ReplyDeleteNanti june saya memang nak ajak anak2' main ke genting. Dah beli pun tiket secara online utk tgl 27 june. Sengaja pilih weekday. Biar tak ramai. Hopefully lah 😅
ReplyDeleteTerkahir ke genting saat saya masih kuliah di Penang. Dah lama sangat. Apalagi sudah di renovasi kan pasti jadi baguuus skr.
Tak sabar naik main kesana. Tujuan saya memang nak main semua wahana dia yg ekstreme. Saya paliiiing suka extreme rides. ❤️❤️