sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 14 April 2013

Nasi Lemak Haji Din,Tanjung Malim ,Perak.

Nasi lemak oh nasi lemak..memang inilah menu popular orang Malaysia...nampak macam sama je walau kat mana-manapun ana singgah makan...Kali ni ana kongsikan nasi lemak istimewa di food court Tanjung Malim,bersebelahan UPSI depan masjid tu....Nasi Lemak Haji Din...

Nampak biasa kan..tapi yang istimewanya nasi lemak Haji Din ni pada sambalnya..tak pedas dan banyak bawang besar cukup lazat dan lain dari yang lain yang pernah ana rasa...Anak-anak dan suami ana kalau balik Teluk Intan sebelah pagi pasti nak singgah sarapan disini...sangat simple tapi sedap!!

Gerai ini dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk menikmati sarapan pagi dan memang menunya hanya nasi lemak set seperti diatas sahaja tanpa pilihan beraneka sambal seperti yang terdapat di lain-lain gerai..sekali lagi ana katakan istimewanya pada sambalnya dan cuma di hidang dengan telur goreng,timun dan kacang panjang...

kredit foto dari:http://tanjungmalimperak.blogspot.com/2011/01/senarai-tempat-makanan.html
Kalau lalu atau berada dekat-dekat UPSI tu bolehlah singgah mencuba nasi lemak Haji Din di Tanjung Malim....

14 ulasan:

  1. Kawan2 upsi dulu suka sgt mkn nasi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelah UPSI je kan food court ni...tq NinaAz:

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul tu faqrul:macam versi ada...tq faqrul:

      Padam
  3. Kena datang cepat, selalunya x sampai pukul 10.00 dah abis licin.. Kalau habis, pekena pula Gado2 gerai sebelahnya...pun terbaik!

    p/s: Terima kasih berkunjung ke Relaks Minda. Kehadiran anda amat saya hargai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm betul juga ye,ana tak pernah cuba lagi gado2 tu..will try nnt...:tq Bin Muhammad balas kunjugan ana..

      Padam
  4. whhoaaa!!Nasi lemak!!..sepinggan tuh berapa harganya?

    BalasPadam
  5. sue bee :ana tak berapa pasti sebab selalu kira sekali dgn airnya...tq singgah dan follow ana:

    BalasPadam
  6. wah taruk kacang panjang? tak pernah jumpa lagi...hehe kalau sampai ke sana nanti boleh try ni....huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq hatimi tahiruddin singgah & follow ana: ana rezeki bolehlah try kalau lalu tanjung malim...

      Padam
  7. Bolehlah try nanti Ana kalau gi Tanjung Malim nanti!
    Yelah nasi lemak ni kena sambalnya yg sedapkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hainom OKje: terima kasih singgah....kadang2 kalau kena sambalnya dengan citarasa kita mmg ngam...

      Padam
  8. wah dekat je tmpat oyye blaja...
    nak try jgakla,,memng likelah nasi lemak nie...

    BalasPadam