Resepi donut kampung
Tiba-tiba rasa teringin nak makan donut kampung plain untuk menu petang. Sebelum tu lama dah kak ana siap beli yis kering di rumah. Tapi belum ada kejadian sebarang hasilnya lagi. Tapi kali ni memang nekad lah nak buat juga dan Alhamdulillah menjadi dengan lembut dan gebu.
Resepi ini kak ana dapat dari tiktok. Kak ana malas nak video kan nya tapi kak ana ambil gambar dan terbitkannya di blog untuk rujukan masa depan kelak. Memang mudah dan sedap di makan panas lepas goreng. Jom lah kak ana cuba kongsikan semula di sini step by step, In Syaa Allah..
Resepi donut kampung
![]() |
| adunan yis |
Bahan kering :
1 cawan penuh membukit tepung gandum
secubit serbuk penaik
secubit garam
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan majerin
Adunkan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti . Adun guna tangan sahaja naa.. seperti dalam foto di bawah.
Masukkan bahan basah adunan yis yang telah kembang tadi ke dalam adunan bahan kering tepung. Uli sebati sehingga tidak melekat pada jari. Jika terlalu kering tambah marjerin sedikit demi sedikit dan jika terlalu basah tambah sahaja tepung sedikit demi sedikit.
Bila dan dapat adunan sebati doh, perap adunan doh sampai naik dua kali ganda dari saiz asal doh. Bila dah cukup naik, tumbuk-tumbuk manja adunan doh untuk keluarkan angin dan perap semula sekitar 1-3 minit lagi.
Lepas tu boleh lah mulakan proses membentuk donut. Kak ana guna teknik tangan sahaja dan hasilnya bentuk tak lah terlalu cantik dan licin. Kalau ada acuan donut boleh lah gunakannya supaya saiz donut sama dan cantik lah kan..
Untuk pengetahuan semua adunan resepi ni adalah untuk sekali makan sahaja dan boleh dapat lebih kurang 10-12 ketul bergantung kepada saiz donut yang korang buat. Perap donut dalam 15 minit sebelum di goreng.
Goreng donut dalam api perlahan dan balik-balikkan supaya garing dan masak sekata. Bila dah garing boleh angkat dan tos kan. Sadurkan dalam gula icing atau boleh juga gunakan gula custer atau gula pasir yang di blend halus.








0 Comments