sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 6 Januari 2014

Aeon - Rawang Anggun

Aeon Anggun Rawang

Aeon Anggun Rawang
Selepas hampir dua tahun dibuka , baru kali ini ana teringat nak update satu-satunya pusat membeli belah yang besar di Bandar Rawang ni..terletak di Kota Emerald,Bandar Country Homes,Rawang..dibuka secara rasmi pada 19hb Disember 2011..

Kiranya penduduk di sekitar Rawang,Bandar Tasik Puteri,Kuang,Kundang,Kuala Kubu dan ada yang dari Tanjung Malim sering kali datang membeli belah disini memandangkan ianya cawangan Aeon yang terhampir dengan kawasan Hulu Selangor ni..Banyak kedai-kedai shop lot produk berjenama yang terdapat disini hampir sama dengan mana-mana pusat beli belah yang lain di serata tanahair...sebut sahaja dari jenama jam,kasut,pakaian dan keperluan rumah ada disini...

Manakala untuk menjamu selera pula ,pelbagai outlet makanan boleh di nikmati disini seperti Kenny Rogers,Sushi King,Orkid Bistro dan sebagainya...juga terdapat sebuah food court untuk sajian lain ..

Antara cawangan makanan segera yang terdapat di Aeon Anggun,Rawang

TGV-Aeon Rawang

Antara tarikan utama ke sini khasnya untuk golongan remaja dan peminat filem pastinya TGV Cinema yang terletak di aras 1 ,Aeon Anggun Rawang ini..yang mempunyai 8 mini pawagam di dalamnya...menayangkan filem-filem terkini..

TGV Cinema di aras 1 Aeon Anggun ,Rawang

Pejabat Pos Malaysia di Aeon Anggun Rawang

Dan yang terkini ialah beroperasinya Pejabat Pos Malaysia yang dahulunya terletak di Bandar County Homes telah berpindah ke sini mulai Disember 2013 yang lalu...pastinya lebih selesa untuk melakukan sebarang urusan pembayaran bil dengan ruang yang lebih luas dan tambahan kaunter urusan..

Pejabat Pos Malaysia di Aeon Anggun,Rawang
Inilah serba sedikit info mengenai Aeon Anggun,Rawang ...semoga dapat memberi gambaran ringkas untuk yang ingin ke sini buat pertama kali...

~Selamat Membeli-belah~



12 ulasan:

  1. Assalam.. tempat ni dah dekat dgn rumah saya, mmg suka ke sini sbb jarang ada waktu yg penuh sgt dgn org bershopping.. Nice sharing.
    Saya follow sini ye.. Salam ukhwah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm boleh berjiran lah ye...salam ukhwah dan terima kasih follow...akan ana jejaki kembali nanti..In syaa Allah..: khir khalid.

      Padam
  2. anggun tue memang nama aeon tue ek? ingatkan awak sesaja gurau hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang namanya Aeon Anggun terletak di Anggun City ,Kota Emarald,Rawang my dear kira sakura.. :)

      Padam
  3. salam perkenalan anajingga.. terima kasih datang blog queen yer..

    BalasPadam
  4. assalam..kak zu datang membuat kunjungan balas..

    salam perkenalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak zu:zulaikha megat..salam kenal jua

      Padam
  5. pernah datang sekali kat sini, ngan anak saudara, makan kat pizza tu

    BalasPadam
  6. hihi.. dah membangun dah tanah tempat besar lilynn.. hihi.. byk kali jugak ke aeon kak.. tp sebb jln nk masuk ke dalam dari bandar rawang ke sana makan mase, lg2 jem kat kuala garing tu .. jd selalu ke tesco jer.. hihi

    BalasPadam