Cendawan tiram & cendawan enoki goreng tepung

Rumah ni kalau ada Adik Ika, suka sangatlah makan menu-menu bercendawan ni. Sebab tu bila dia balik cuti ada sahaja cendawan segar yang akan ana beli dan masak untuknya. Kadang-kadang jadi kan sayur macam masak sup ke, tumis dengan sos tiram ke atau pun buh dalam tomyam. Tapi kali ni beli ana buat kudapan sahaja. Kami goreng tepung dua jenis cendawan ni sebagai kudapan minum petang. Cendawan enoki dan juga cendawan tiram. Cuma teknik goreng cendawan kedua-dua ni berbeza , satu kena goreng kering baru rangup macam snack dan cendawan tiram tu ana buatkan cendawan celup tepung. 

Kedua-dua bahan celup dan sadurnya ana buat sendiri bukan dengan tepung segera ni. Ianya tanpa MSG 100% , menu sihat gitu. Sedap dan rangup kejadiannya dan sedap makan kudapan macam tu sahaja tak perlu nak cicah sos dah. Meh la ana kongsikan dengan korang kut-kut lah ada yang nak try buat cendawan enoki goreng dan juga cendawan tiram goreng tepung yang rangup dan sedap ni :) 


cendawan enoki goreng 


Cendawan enoki goreng 


Bahan-bahan untuk tepung goreng rangup cendawan enoki :

- Tepung gandum & tepung beras nisbah 2:1 ( maknanya kalau dua senduk tepung gandum, 1 senduk tepung beras ) ikutlah banyak mana kuantiti cendawan yang korang nak goreng tu .

- Serbuk cili 
- Garam
- Cendawan enoki
- Minyak untuk menggoreng

Cara goreng cendawan enoki 


- Cendawan enoki potong bahagian bawahnya yang berakar tu, bersihkan dan tos kering. 

- Satukan kesemua bahan tepung di atas campurkan serbuk cili dan juga garam. 

- Panaskan minyak.

- Sadurkan cendawan enoki ke dalam tepung dan bila minyak telah cukup panas terus masukkan cendawan. 

- Goreng sehingga garing dalam masa 1-3 minit sahaja jangan sampai hangus. Angkat dan toskan cendawan enoki. Siap untuk di makan. 


Cendawan tiram goreng tepung 


cendawan tiram goreng tepung 

Berbeza dengan cendawan enoki, cendawan tiram ni kita perlu sediakan bahan batter untuk menggorengkannya bersama tepung. 


Resepi dan bahan bahan cendawan tiram goreng tepung :


Cendawan tiram - bersihkan
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukupnya
1/2 cawan air atau secukupnya
Minyak - untuk menggoreng

Cara cara 

~ Satukan semua bahan di atas kecuali air. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya.

~ Celup cendawan ke dalam adunan batter dan goreng di dalam minyak yang panas. Cendawan tiram ambil masa sedikit untuk garing dan masak. 

~ Angakt dan toskan cendawan yang telah garing dan sedap di makan panas-panas barulah rangup,kan :) 

Selamat mencuba naa.. menu sedap sebagai kudapan sekeluarga khasnya yang menggemari cendawan lah kan :) 

Comments

  1. Memang sedap ni kak Ana..salah satu cara juga nak ajar ank kecil makan sayur dan gantikan makanan ringan kepada sayur yang di goreng rangup ni.

    ReplyDelete
  2. Patut saya buat tak berapa sedap cendawan tiram tu, takde campur tpg jagung 😅

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeeee..
    kalo cendawan enoki sy suke buat tomyam.. nyummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana peminat cendawan ni semua pun sodap ezy :)

      Delete
  4. makan panas2 amatlah lazatnya ni ^_^

    ReplyDelete
  5. sedap betul semua tu, memang kalau goreng laju je yang tukang makan...

    ReplyDelete
  6. WOW MMG MKN PANAS2 SEKEJAP JE LANGSAI

    ReplyDelete
  7. Mrs. A anak-anak Mrs. a pun suka cendawan goreng tepung tapi tak pernah cuba buat cendawan enoki lagi.

    ReplyDelete
  8. Suka buat cendawan enoki goreng tepung, azi guna tepung bestari je....

    ReplyDelete
  9. sedap sedap sedap. i love this !

    #1117

    salam kenal. ray follow sini hehe

    ReplyDelete
  10. aduhhhhhh kalau namanya cendawan, saya pun suka sangaaaaaaaat kak ! hehehe

    ReplyDelete
  11. biasa cendawan ekoni buat steamboat je...nk try goreng la lepas ni

    ReplyDelete
  12. nieyl penah try masak enoki tu, x berapa nak jadi la...jadi lembik..nanti nieyl try resepi kak ana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kering nieyl, kalau basah memang jadi lembik kak ana pernah gak jadi macam tu hehe

      Delete
  13. sedapnya cendawan..jarang-jarang nadia beli cendawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap nadia cubalah nanti kalau jumpa cendawan

      Delete
  14. Rabia tak pernah makan lagi cendawan ni

    ReplyDelete
  15. Cendawan tiram mmg biasa buat celup tepung tapi cendawan enoki tak pernah buat lagi . Nnt nak cuba gakla.

    ReplyDelete
  16. enoki tu aida tak pernah try.
    yg tiram tu, biasa jugak. krup krap sedap!
    bila da abis idea nak masak pe utk sayur, goreng cendawan gini, alhamdulillah, abis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann aida masak cendawan laku lah kat rumah ni :)

      Delete

Post a Comment