sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 23 Januari 2014

SAPS: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semak keputusan peperiksaan sekolah anak:

Tahun lepas ana mula menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak melalui online.Ianya seperti melihat 'report card' anak-anak pada bila-bila masa dan mudah untuk kita membuat perbandingan keputusan dengan peperiksaan yang lepas-lepas.

Jika sebelum ini ada di kalangan anak-anak yang kurang cemerlang dalam keputusan peperiksaan merahsiakan 'result' mereka dengan tidak membawa pulang kad laporan , kini secara online ibu bapa boleh membuat semakan setiap kali selepas pihak sekolah menghantar data ke pusat analisis berpusat ini.

Masih ramai ibu bapa yang belum mengetahui kewujudan sistem ini mungkin kerana tidak didedahkan oleh pihak sekolah ataupun anak-anak belum memaklumkan.Ibu bapa yang mempunyai anak-anak samada peringkat sekolah rendah dan menengah kini bolehlah melayari ke laman web: sapsnkra.moe.gov.my

sapsnkra.moe.gov.my
Klik di bahagian : semakan ibubapa

semakan slip peperiksaan pelajar di sapsnkra.moe.gov.my

Masukkan no kad pengenalan anak.

Klik samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.

Masukkan Tahun pilihan.

Klik Semak Laporan.

Keputusan akan dipaparkan di skrin anda.


~berkongsi info disini~


6 ulasan:

  1. Ibu bapa senang untuk pantai prestasi anak-anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kelebihannya kan.TQ Tetamu Istimewa

      Padam
  2. saya jd guru kelas..so kena isi markah pelajar dalam saps.skrg ne pelajar yg x datang sek pun akan dpt sms dari sek jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. canggihkan sekarang ni Nick Nashran namun bebanan guru makin bertambah hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan guru2..

      Padam
  3. wahh terima kasih info, sekarang jugak nak check

    BalasPadam