sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 9 Mac 2014

Ais Krim Malaysia


Ais krim Malaysia (asam boi dan bandung)
Cuaca panas di luar ditambah dengan jerebu petang Ahad ni. Semoga hujan akan turun suatu hari nanti dengan IzinNya jua.Semalam anak-anak cuti dan agak bosan tiada aktiviti lain ana belikan plastik ais krim panjang.Bancuh air bandung dan air asam boi pekat-pekat dan isi dalam plastik, ikat ketat-ketat.Dan jadilah ais krim Malaysia.

Jika zaman sekolah rendah dulu, memang rajin beli ais krim Malaysia ni kat 'bus stop' sementara tunggu bas sekolah sampai.Masa tu harganya 10 sen saja.Sekarang ni tak pasti dah ada lagi ke jual ais krim ni.Rasanya sekolah menengah tak makan dah ais krim ni kut, tak glamor lah kan.

Bila buat sendiri  di rumah ni, kita gunakan air masak jadi lebih terjamin kebersihannya.Bila nak buka peti sejuk,pilih perisa dan hisap sajalah.Ana suka yang asam boi , masam-masam rasanya.Anak-anak kecil suka yang perisa Milo atau bandung sebab warnanya yang 'pink' tu agaknya.Satu lagi bila buat sendiri,boleh buat bancuhannya pekat-pekat, baru tak hilang rasa bila di hisap.Begitulah perkongsian ana kali ini.


~sekadar berkongsi kisah~

20 ulasan:

  1. wah..sedapnyee aiskrim bandung.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. anizz suka yang bandung ye..nanti kak ana poskan hehe

      Padam
  2. Assalamualaikum kak ana, sheila time2 rajin memang akan buat aiskrim Malaysia sendiri. memang puas hati sebab kat kedai luar jarang jumpa dah ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam dik sheila:buat sendiri kan lebih puas menikmatinya..

      Padam
  3. kalau akak nak tahu, saya tiap2 malam pegi 7 eleven sbb beli aiskrim..huhu..mkn tembikai pun elok jugak time panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Nick: tapi musim panas ni susah kak ana nak jumpa tembikai pulak,memang dah lama nak makan tembikai ni..

      Padam
  4. Cedaaappnyee ais krim asam boiii....
    Milo pon sedaapp...
    mang best wt sdri kak...jiran sha de jual..tp xberapa pure la rasa..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha, nk power bancuh pekat2 buat sendiri..baru puas hati.hehe

      Padam
  5. Sedapnye kak Anaaa.... Bak mai satu kat saya :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok Wafee..sat lagi sampai no..hehe

      Padam
  6. uii...besh ni...ada yg bubur kacang x..yg 2 besh sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm betul tu Tiqi, kalau ada lebihan bubur kacang pun boleh kita keraskan jadi aiskrim kan..nanti kak ana buat..

      Padam
  7. yang asam boi tu menusuk qolbu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama taste dengan kak ana Fuza, asam boi..

      Padam
  8. dulu masa saya kecil sekupang je kak... skrg dah dkat 30 sen... dah la pendek.. he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan sobri..dulu memang sekupang je harganya..

      Padam
  9. sedapnya ais krim asam boi tu..dah cair air liur ni tengok gambar ais krim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe Desa Permai... jom pakat buat nak..makan puas2..

      Padam