Ais krim Malaysia (asam boi dan bandung)
Cuaca panas di luar ditambah dengan jerebu petang Ahad ni. Semoga hujan akan turun suatu hari nanti dengan IzinNya jua.Semalam anak-anak cuti dan agak bosan tiada aktiviti lain ana belikan plastik ais krim panjang.Bancuh air bandung dan air asam boi pekat-pekat dan isi dalam plastik, ikat ketat-ketat.Dan jadilah ais krim Malaysia.

Jika zaman sekolah rendah dulu, memang rajin beli ais krim Malaysia ni kat 'bus stop' sementara tunggu bas sekolah sampai.Masa tu harganya 10 sen saja.Sekarang ni tak pasti dah ada lagi ke jual ais krim ni.Rasanya sekolah menengah tak makan dah ais krim ni kut, tak glamor lah kan.

Bila buat sendiri  di rumah ni, kita gunakan air masak jadi lebih terjamin kebersihannya.Bila nak buka peti sejuk,pilih perisa dan hisap sajalah.Ana suka yang asam boi , masam-masam rasanya.Anak-anak kecil suka yang perisa Milo atau bandung sebab warnanya yang 'pink' tu agaknya.Satu lagi bila buat sendiri,boleh buat bancuhannya pekat-pekat, baru tak hilang rasa bila di hisap.Begitulah perkongsian ana kali ini.


~sekadar berkongsi kisah~