sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 30 Oktober 2014

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

Laman Seni S7,Shah Alam

 

Lukisan mural di Laman Seni Seksyen 7 ,Shah Alam

Menerusi aktiviti rutin kita sebagai blogger iaitu 'blogwalking', banyak perkongsian dan pengetahuan yang dapat kita perolehi selain dari mengenali blogger-blogger lain.Dari siri 'blogwalking' yang ana lakukan di setiap kesempatan masa yang terluang , ana mengetahui kewujudan tempat ini, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam.Sebuah lokasi yang sangat menarik untuk di kunjungi khasnya anak-anak remaja kita yang gemar 'berselfie' di samping melihat hasil seni mural dalam pelbagai bentuk dimensi yang menakjubkan.

Lokasi Laman Seni,Seksyen 7,Shah Alam


Sangat mudah untuk ke sini, ana melalui Lebuhraya Guthrie dari Rawang dan menghala ke Stadium Shah Alam kemudian ke Seksyen 7 yang berhampiran dengan kampus UiTM Shah Alam, ataupun berdekatan dengan I-City Shah Alam.Laman Seni terletak di deretan belakang kedai-kedai butik Fareeda,Pearl Haya, Sugarscarf dan tidak jauh dari bangunan Jakel.

Lokasi yang paling tepat untuk set GPS ialah di Jalan Plumbum Q 7\Q,Seksyen 7, Shah Alam.

Yang menarik di Laman Seni 


Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 

Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.

Antara lukisan mural di Laman Seni S7


Disini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan ketika berada di Laman Seni, Seksyen 7, Shah Alam .


























Turut di adakan pertunjukan permainan gasing dan tarian tradisional


Terdapat acara-acara permainan untuk kutipan amal

Pada pendapat ana, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak Majlis Perbandaran Shah Alam untuk mengindahkan lorong-lorong belakang di samping menghargai hasil-hasil seni lukisan mural yang sangat cantik dan berbakat di kalangan masyarakat sekitar.



~berkongsi info Laman Seni S7 disini~


43 ulasan:

  1. wahhhhh ada yer tmpt mcm ni d shah alam he3.... nmpk sgt x explore wpon dekat je kawasan tu dgn rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lia, kak ana pun tahu melalui entri2 rakan2 blogger khasnya Uzu cik emas putih yang cun melecun tu hehe..:)

      Padam
  2. Assalamualaikum Kak Ana..Selamat Pagi..
    Gud info..sebab sha pun suka mural2 kt dinding2 ni,,tp xbpeluang lg nk selfie ngn mural menarik nii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam adindaku Sha, kak ana jawab selamat malam lah ye sebab malam baru online ni hehe..Insyaa Allah ada kesempatan nanti Sha datang sini posing2 dengan zaryth ye..hehe :)

      Padam
  3. Sebelum ni tengok pic kat IG kak ana sikit je. kat sini banyak & ada info sekali..tq akak share info ni..menarik tempat ni..

    BalasPadam
  4. oooooooo... kat sini la anak2 akak amek gmbr dlm IG tu yeeee... baru tau... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah wafee, kat sini lah depa duk posing2 ari tu hehe..:)

      Padam
  5. assalamualaikum kak ana wahh lama tak jenguk blog hehe...
    dulu tak hbs round shah alam. bear sangat tempat tu..tp pernah jugala photoshoot dekat area shah alam. lupa da apa nama tempat tu,lain kali nak jugala p sini hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam dik Liza, kat mana tu photoshootnya, mesti tempat yang cantik gak kan..yelah, lama gak menyepi dari blog kak ana faham Liza busy dgn tugas, IG dan Akim kan hehe..:)

      Padam
  6. Cantik dan bagus sekali ada tempat yang sebegini terutama untuk anak-anak muda. Sekurang kurangnya mereka mendapat inspirasi untuk tujuan yamg baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak mala, disini pelbagai aktiviti seni berlangsung di hujung minggu, sangat menarik sambil2 tu boleh shoping2 tudung di butik2 berhampirannya hehe..:)

      Padam
  7. ckp menarik & sgt2 kreatif ler diarong ni !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya mural2 yang memenangi peraduan yang di anjurkan di lukis disini KA, sangat kreatif :)

      Padam
  8. Lama tak jalan jalan Shah Alam, InshaAllah kalo berkesempatan, tringin juga ke laman seni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom eMMe, kita posing2 kat sini dengan anak2 :)

      Padam
  9. kkak ana,

    menariknya....tq kak share info:)
    dekat Penang pon ada mural mcm nie tapi semua kucing:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa ye ke Mieja, lagi best kan mural kucing2 comel .. :)

      Padam
  10. Belum berkesempatan untuk kesana....seronok kalau dapat lihat sendiri kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah nanti ada rezeki Ozie bolehlah singgah ke sini.. :)

      Padam
  11. teringin nak pergi.. takde kesempatan lagi.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe Izzati Amira, ada kesempatan boleh aje ke sini nanti..:)

      Padam
  12. cantik nye sis... teringin nk pegi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik untuk sessi bergambar eyda... jom jenjalan sini pula..:)

      Padam
  13. Ooo, kat shah alam pun ada juga... berseni dan kreatif orang yang melukis mural ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada Nurul, memang kreatif lukisan2 mural disini :)

      Padam
  14. kat machang,kelantan pun ade jugak macam ni.
    yg ni dekat je ngan umah..shah alam jauh nak p..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ada Nick, kak ana ada singgah satu blog yang share entri mural di Kelantan ni.. :)

      Padam
  15. Ramai blogger dah pi sini.
    Saya mula-mula baca ni kat blog Amy J.
    Saya jugak yang belum pi.
    Thanx share location & all the nice pics.
    Doakan asben saya sihat.cepat boleh jalan.
    Teringin sangat nak bawak anak pi sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, semoga suami Shikin cepat2 sembuh hendaknya, Insyaa Allah nanti bolehlah ke sana, kak ana pun dapat info dari IG emas putih, cik Uzu kita..:)

      Padam
  16. Salam ana, rasa nak juga ambik gambar kat sini, tersangat cantik dan rupanya tak jauh daripada bangunan jakel ye. Kalau begitu bila pergi jakel kat sana bolehlah meronda kat lorong belakang ni. Tq ana share info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya aina, tak jauh dari Jakel tu.. belakang deretan shoplot butik Fareeda..ok nanti sambil shoping2 kat Jakel boleh berselfie ye..hehe :)

      Padam
  17. teringin jugak nak ke sini. kawan2 sume dah pernah pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe Teena, nanti sampailah ke sini nanti :)

      Padam
  18. bestnya tp amat jarang ke shah alam..jauh hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok suki kalau ada rezeki ke Shah Alam, bolehlah singgah sini pula kan :)

      Padam
  19. Bestnya.. entah bilalah saya dapat sampai ke sana.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada rezeki satu hari nanti sampailah Faarihin :)

      Padam
  20. dekat jer dgn rumah KY, tapi belum pernah lagi kesana. seronok juga baca review dari blogger lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY kadang2 bila dekat tu lah yang payah nak sampai nya hehe :)

      Padam
  21. ingatkan kat seksyen 2 jer ada

    Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    BalasPadam