sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 24 Disember 2014

Ubi Kayu Parut Goreng


Ubi Parut Goreng

Juadah minum petang ketika ana di kampung halaman hujung minggu lepas yang disediakan oleh mak saudara ana, Wancu.Sangat mudah untuk disediakan dengan hanya bahan asas ubi kayu yang diparut atau kami di Perak panggil disagat halus-halus.Kemudian campurkan sedikit garam sebagai menambah perisa.Letakkan sedikit minyak di atas kuali dan taburkan parutan ubi tadi.

Tekan sedikit dengan senduk dan balik-balikkan sehingga garing.Sedap dimakan panas-panas dan selalunya ana suka mencicahnya dengan gula.Ini ialah resepi ringkas lama yang sering disediakan suatu ketika dahulu, dan kini memang jarang dan makin pupus untuk dinikmati selain ketika balik ke kampung halaman di Teluk Intan.

Ubi Parut Goreng di dalam kuali


~berkongsi resepi lama~

10 ulasan:

  1. assalamualaikum ana...menarik resepi ni...selalu buat goreng slice...mama x pernah buat mcm ni lg...mcm sedap jer ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama,simple sangat lebih kurang ubi goreng biasa tu cuma di parut pula kali ni :)

      Padam
  2. First time tengok ubi parut ni...nanti nak cuba buatlah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm first time ye Farah, boleh lah cuba kalau ada ubi kayu nanti kan hehe :)

      Padam
  3. kak Ana, tak penah makan pun.. kak ana penah makan pengat roti kapal? tu makanan tradisi org perak tuuu... mak ayah saya org Perak, tapi roti kapal ni, belah mak saya la yg perkenalkan, heeee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. roti kapal tu kak ana tahulah eMMe, tawar je rasanya,kalau pengat pula kak ana selalunya makan pengat pisang,bolehlah nanti shared ye..tanya mak ayah resepinya hehe :)

      Padam
  4. Wah menarik resipi ni kan Ana. Selalunya kat tempat kak rebus makan dengan nyior yang dicampur gula dan garam. Nanti kalau jumpa ubi kayu kat pasar malam bolehlah cuba buat resepi ni pula. Kadang2 resepi begini simple pun tak terpikir dek akal..thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. most welcome kak mala, memang 'rare'pun resepi sebegini,hanya mak2 je yang tahu buat hehe :)

      Padam
  5. mcm hashbrown kan... mesti mat saleeh yg tiru kita ni hehehehe.. rasa mesti sedap kan kak Ana...nanti nak minta mak mertua buatkan lah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha pulak ye.. cubalah senang sangat buatnya Eny :)

      Padam