sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 30 Januari 2015

Koleksi Sticker Kanak-kanak







Once upon a time, dahulu zaman sekolah rendah memang rajin beli 'stickers' ni buat koleksi.Bila dah beli tu, bukan main seronok dapat tampal kat kotak pensil, bekas minuman dan pada kotak pensil warna.Tapi pada era 80-an dahulu tak banyak pilihan 'sticker' yang ada.Paling banyak pun gambar Mickey Mouse, Minie Mouse,Donald Duck, Tom and Jerry, Tweety Bird dan Slyvester dan lain-lain lagi watak kartun yang wujud pada masa tu.

Gambar di atas ialah koleksi 'stickers' Adik Ika semasa dia berada di sekolah rendah.Waktu tu kami tinggal di Ukay Perdana dan anak-anak bersekolah di SK AU Keramat.Setiap kali balik dari sekolah pasti ajak singgah di gerai depan sekolah untuk beli 'sticker' ataupun anak patung kertas (paper doll). Tak mahal, setakad RM 1 ke RM1.50 sahaja sekeping.

Masa tu sekitar tahun 2006-2009, dan antara watak kartun yang disukai anak-anak ana waktu tu ialah Barbie, Strawberry Shortcake, Marrie (kucing putih gebu tu ),Hello Kitty,Spongebob dan kawan-kawannya, Winnie The Pooh dan karektor dari filem High School Musical.

Sehingga hari ini, masih ada lagi dalam simpanan failnya.Kadang-kadang Adik Ika akan mengira semula bilangan 'stickers' yang dimilikinya. Anak-anak ana memang suka mengumpul bahan-bahan yang mereka minati dan akan menjaganya sebaik mungkin.Itu antara sikap yang sering ana ajarkan pada mereka supaya menghargai barangan milik sendiri baik anak patung,buku-buku cerita, majalah, aksesori dan sebagainya.Kita sebagai ibu perlulah menunjukkan tauladan yang baik supaya menjadi ikutan anak-anak.


Koleksi 'stickers' Adik Ika


~berkongsi hobi suatu masa dahulu disini~

40 ulasan:

  1. salams kak ana

    nostalgia.....turun temurun stickers ni:)
    anak2 saya pon suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... selalunya anak-anak gegirl yang suka benda-benda kecil ni :)

      Padam
  2. bagus lah kak Ana bagi sokongan kat anak yg kumpul sticker... mak saya dulu beli benda2 mcm ni dia bising hehehe.. kenangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak kak ana dulu pun marah gak Eny, tapi kak ana tak kisah sebab depa suka kumpui dan simpan elok-elok:)

      Padam
  3. assalamualaikum ana...betul tu dulu mak2 yg suka skg ni anak2 pula yg suka...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, kan dulu-dulu kitapun ada hobi yang sama pastu masa anak-anak kecil mereka pula suka sticker ni.. :)

      Padam
  4. hehe..masa sek rendah dulu sanggup x makan kat kantin sebab balik nanti nak beli stiker tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa ye ke nick, cayalah rajin gak kumpul sticker rupanya.. :)

      Padam
  5. Suka betul budak kalau nampak koleksi sticker ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah, lepas dapat mesti nak lekat-lekat, tapi anak-anak kak ana depa tak buka sticker ni simpan elok je buat koleksi :)

      Padam
  6. time kecik2 memang suka kumpul sticker..macam2 sticker ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Wana suka kumpul banyak-banyak,sebab comel-comel :)

      Padam
  7. sticker comel2..tringat zmn kecik2 dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai juga penggemar sticker disini , tq Shyue Kim :)

      Padam
  8. masa kecik suke beli stiker lpastu jual balik...hahaha
    jemput singgah blog sy =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak aii lagi terre Saljiah boleh buat bisnes dari kecik2 lagi hehe :)

      Padam
  9. masa kecik cik anggur pun rambang mata tengok sticker kartun yang comel-comel dan berwarna-warni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Cik Anggur singgah ke sini, comelkan :)

      Padam
  10. ingat lagi tengok adik main sticker pastu tampal kat dinding. pastu kalau i ngat paper doll. pergh nostalgic nyaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm adik-adik Khai pun suka tampal sticker ye, and yes paper doll tu selalu tercabut kepala kan hehe :)

      Padam
  11. salam singgah .. sticker macam ni nostalgia zaman kecik2 nih hiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Wani, singgah ke sini :)

      Padam
  12. hai kak.. ina singgah sini.. :)

    pernah dulu zaman sekolah kumpul sticker.. lastly pindah rumah tak tahu taruk mana... hehehe... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak ana rasa kebanyakkan gegirl memang suka kumpul sticker ni masa sekolah kan..terima kasih sudi ke sini Keyna :)

      Padam
  13. Anak sedara CP lekat habis kat barang-barang kesukaan CP..saja nak bagi CP marah huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiannya dah kena marah ye...pasni CP buatkan dia buku skrap, nanti suruh dia tampal kat buku skrap tu,boleh buat koleksi hehe :)

      Padam
  14. lekat kat dinding...hehee
    saya dah follow, 789#

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Cik Sal, sudi follow di sini :) nanti kak ana jejak kembali,In Shaa Allah :)

      Padam
  15. hobi yang sama bagi semua budak2 kan sis =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kak ana pun rasa kebanyakkan gegirl ada minat suka simpan sticker ni kan Suki :)

      Padam
  16. Subhanallah..bagusnyaaa....pandai Ana ajar anak2 menghargai dan menyimpan barang2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Linda, mungkin sebab ana sendiri punyai hobi suka mengumpul, setiap koleksi yang ana ada mereka pun ada minat yang sama walaupun bukanlah barang-barang yg mahal..tapi kami suka mengumpul :)

      Padam
  17. AS'SALAM...
    samela dgn yaya dulu..suka kmpul sticker..hehe
    lama jgk simpan..skrng xtau mne p buku sticker tu...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lama agaknya entah ke mana perginya dah kan Cik Yaya..:)

      Padam
  18. sama macam anak saya la suka simpan sticker..dulu masa kecik dia suka main sticker tu..tampal kat tv la.kat peti ais..dah besar ni jadi minat kumpul pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu DR, galakkan dia kumpul koleksi kesayangannya elok-elok, nanti bila mereka membesar, mereka akan menghargainya sangat-sangat , banyak nostalgianya :)

      Padam
  19. bakal menajadi koleksi yang berharga tu kak ana.
    Pandai menajga barang

    BalasPadam
    Balasan
    1. koleksi peribadi anak-anak kan, bila dah besar nanti boleh imbas semula zaman kanak-kanak mereka :)

      Padam
  20. anis mase kecik2 pon suke kumpul2 semua nie.. paper doll pon banyak..huhu.. gigirl sgt..huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah gegirl semua suka main kumpul sticker dengan paper doll kan :)

      Padam