Once upon a time, dahulu zaman sekolah rendah memang rajin beli 'stickers' ni buat koleksi.Bila dah beli tu, bukan main seronok dapat tampal kat kotak pensil, bekas minuman dan pada kotak pensil warna.Tapi pada era 80-an dahulu tak banyak pilihan 'sticker' yang ada.Paling banyak pun gambar Mickey Mouse, Minie Mouse,Donald Duck, Tom and Jerry, Tweety Bird dan Slyvester dan lain-lain lagi watak kartun yang wujud pada masa tu.

Gambar di atas ialah koleksi 'stickers' Adik Ika semasa dia berada di sekolah rendah.Waktu tu kami tinggal di Ukay Perdana dan anak-anak bersekolah di SK AU Keramat.Setiap kali balik dari sekolah pasti ajak singgah di gerai depan sekolah untuk beli 'sticker' ataupun anak patung kertas (paper doll). Tak mahal, setakad RM 1 ke RM1.50 sahaja sekeping.

Masa tu sekitar tahun 2006-2009, dan antara watak kartun yang disukai anak-anak ana waktu tu ialah Barbie, Strawberry Shortcake, Marrie (kucing putih gebu tu ),Hello Kitty,Spongebob dan kawan-kawannya, Winnie The Pooh dan karektor dari filem High School Musical.

Sehingga hari ini, masih ada lagi dalam simpanan failnya.Kadang-kadang Adik Ika akan mengira semula bilangan 'stickers' yang dimilikinya. Anak-anak ana memang suka mengumpul bahan-bahan yang mereka minati dan akan menjaganya sebaik mungkin.Itu antara sikap yang sering ana ajarkan pada mereka supaya menghargai barangan milik sendiri baik anak patung,buku-buku cerita, majalah, aksesori dan sebagainya.Kita sebagai ibu perlulah menunjukkan tauladan yang baik supaya menjadi ikutan anak-anak.


Koleksi 'stickers' Adik Ika


~berkongsi hobi suatu masa dahulu disini~