sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 7 Februari 2015

Ikan Pekasam @ Wadi


Ikan Pekasam @ Wadi :

Ikan Pekasam @ Wadi
Ada yang tak kenal, tak tahu dan tak pernah rasa makan ikan pekasam atau juga di sebut wadi. Rasanya sama macam ikan masin jeruk. Ia biasanya dibuat daripada ikan-ikan air tawar yang dipancing dari sungai atau parit-parit sekitar sawah padi.

Cara-cara nak buat ikan pekasam:

 

Biasanya ikan yang digunakan untuk membuat pekasam ialah ikan air tawar seperti sepat, talapia, puyu dan lain-lain lagi.Ikan-ikan ini akan disiang bersih, kemudian di toskan kering sebelum di perap dengan garam untuk dua hari.

Selepas proses pemerapan, bersihkan semula ikan dan toskan sekali lagi sehingga kering airnya dan di lumur dengan beras goreng yang telah dihancurkan serta sedikit asam keping atau asam jawa.Ia disimpan di dalam bekas kedap udara yang kering dan bersih selama dua minggu .


Ikan Pekasam Goreng

 

Menu Ikan Pekasam

 

Selalunya ana akan menggoreng sahaja ikan pekasam dengan menambahkan hirisan bawang besar dan juga hirisan cili api. Sangat menyelerakan bila di makan dengan nasi putih panas-panas.


~berkongsi info ikan pekasam atau wadi disini~

36 ulasan:

  1. ada nama kawan dayah aswadi and kitorang panggil wadi..pasni nk pnggil pekasam je la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, janganlah dayah..wadi tu sedap lagi kalau pekasam mau tak menyahut dia nanti :)

      Padam
  2. yan tak pandai makan ikan pekasam :-))
    kata orang makan dengan nasi panas2 sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Yan, tak pe ianya macam ikan masin jugaklah, cuma dijeruk terlebih dahulu :)

      Padam
  3. ikan pekasam goreng garing garing memang sedaaap ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai gak Nani makan pekasam ye, betul tu goreng garing2 kan :)

      Padam
    2. amboi nani pun pandai makan perkasam. Saya tek pernah cuba lagi

      Padam
    3. tu lah pandai aweks cun ni makan pekasam kan hehe :) cayalah Nani.

      Padam
  4. pekasam gelama pun sedap juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ye pekasam gelama SS, tak pernah cuba lagi..:)

      Padam
  5. sedappp kak noor suka ikan puyu goreng garing wallah kalau ayam daging semua ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak noor, kadang-kadang jemu juga asyik menu yang sama, sesekali kita tukar selera pula kan :)

      Padam
  6. goreng dengan bawang aromanya sampai kerumah jiran..perhh sedap bau dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang satu taman aromanya sampai PCL hehe :)

      Padam
    2. kena jemput jiran jiran sekali tau hehehe

      Padam
    3. Jenuh lah macam tu aRz :)

      Padam
  7. mak saya suka buat pekasam ni hehe sedapp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai mak FIrzanah buat ye, sedap gak sesekali makan kan :)

      Padam
  8. Perghh ikan pekasam..memang suka sangat..makan dengan nasi panas-panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka juga ye CP, biasanya orang2 utara macam kita yang suka makan pekasam ni kan :)

      Padam
    2. kak ana orang utara? saya tak pernah cuba lagi.

      Padam
  9. tak pernah mkn la kak ana... mcm mne la agaknye rase dye..huhu

    BalasPadam
  10. Saya tak pandai makan ikan pekasam... ikan masin pun xberapa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak ana faham Nora, ramai yang tak pernah makan, lebih kurang ikan masin jugalah rasanya :)

      Padam
  11. bila agaknya dapat cuba perkasam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pi beli ,goreng rasalah...laa ni orang jual online pun ada dah pekasam ni aRz :)

      Padam
  12. saya suka makan pekasan. makan dengan nasi panas-panas.. fuh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah pandai Nurul Ain makan makanan ibunda ni ye..hehe :)

      Padam
  13. Wadi ni memang famous kat area-area kampung yang banyak bendang. Dulu, kat bendang memang banyak-banyak ikan-ikan air tawar. Sekarang ni, saya tak tau la macam mana bila orang sekarang ni tuai padi pakai mesin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SY, sepupu kak ana ada berbendang di Sungai Manik dan kini ikan-ikan air tawar ni kebanyakkannya di tangkap di longkang-longkang keliling sawah tu... :)

      Padam
  14. sedapnya makan dengan nasi panas :)

    BalasPadam