sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 21 Februari 2015

Bunga Apa Ni ??



Nampaklah pula buahnya .. inilah bunga belimbing buluh. Balik kampung hari tu, lebat sungguh bunga dan buahnya di belakang rumah mak. Comel bunga-bunganya yang berwarna merah kecil-kecil.

Buah belimbing buluh sangat masam rasanya.Selalunya ana akan masak lemak dengan telur itik atau pun sambal tumis dengan ikan bilis sebagai menu.Ada juga yang makan sebegitu sahaja dengan mencicah garam. Memang penggemar asam yang tegar sahaja boleh makan mentah macam tu.

Mak ana selalunya akan menjeruk buah belimbing buluh ni untuk dijadikan salah satu bahan didalam masakan acar buah.Ini kerana , mak sering kali memasak acar buah untuk majlis perkahwinan saudara-mara sebagai juadah tambahan.


Buah Belimbing Buluh


~berkongsi kisah bunga dan buah belimbing buluh disini~

28 ulasan:

  1. Akk..dlu sya pun suka amik belimbing ni mkn dgn garam..sedap..hehe..tp skrg mcm ssh sgt nk jmpk pkkoknya..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di bandar payah dah nak jumpa pokok ni Yana, tapi di kampung2 masih banyak, belakang rumah kak ana ada pokok je buah tak ada langsung dah bertahun dah hihi :)

      Padam
  2. wah dah lama benau tak makan belimbing hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. belimbing betul tu sedaplah Sayidah, kalau hat ni memang masam ya amat lah hihi :)

      Padam
  3. belimbing pucung kata orang brunei Ana banyak kat umah kaknoor ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo belimbing pucung panggilan orang Brunei ye Kak Noor, mesti Kak Noor banyak menu yang lazat2 untuk buah belimbing ni kan :)

      Padam
  4. wahhh. hahaha dulu kecik kecik kt kg selalu petik buah ni buat makan. sekarang dah takde dah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuat makan asam rupanya Sakinah Kamal ni ye.. :) hehe

      Padam
  5. nenek nani ada pokok belimbing buluh ni belakang rumah ^^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm kat kampung memang banyak lagi Nani pokok belimbing buluh ni.

      Padam
  6. lamanya wana tak makan belimbing ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wana suka ke makan buah belimbing buluh ni, masam ni kan :0

      Padam
  7. rindu zaman dahulu kala curi-curi petik buah belimbing belakang rumah jiran haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha nakal ye Pojie, biasalah zaman kanak-kanak kan, pasti antara memori terindah sepanjang kenangan kan hihi :)

      Padam
  8. Balasan
    1. terima kasih Intan Safiya Nor Azuairi :)

      Padam
  9. Akak baru menuai belimbing nì..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha menuai ye SS..banyak tu.. :)

      Padam
  10. bunga belimbing buluh.. saya ada ambil gambar buah belimbing ni kat rumah mentua.. nanti saya share hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Eny kak ana tunggu entri eny nanti :)

      Padam
  11. Kecur air liur....nad suka masak lemak ikan dengan belimbing ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Nad, memang kecuq tengok buah asam ni, betul tu boleh gak masak lemak dengan ikan .

      Padam
  12. buah belimbing buluh ... serius kecur air liur

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Lela, kak ana pun peminat asam tapi buah ni memang kak ana kalah nak makan macam tu :(

      Padam
  13. dulu suka main msk2 dgn daun belimbing ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha main masak2 dekat pondok kan Dayah :) mesti comel masa tu.

      Padam