Sepetang di Pantai Remis,Selangor

by - Friday, February 06, 2015

Pantai Remis,Jeram,Selangor.

 

pantai remis selangor

Cuti hari Thaipusam yang lalu, kami bercadang untuk makan angin sekitar dekat-dekat dengan Rawang ni sahaja. Setelah mengGoogle dan singgah di blog Relaks Minda saudara Bin Muhammad, macam menarik juga untuk kami ke Pantai Remis yang terletak di Jeram, Selangor.Sebelum ini, ana tak tahu pun di Selangor juga ada tempat bernama Pantai Remis, sebab yang popular ialah Pantai Remis di Perak.

Perjalanan tak jauh dari Rawang, melalui Ijok dan ke Jeram dalam masa setengah jam lebih kurang.Pantai Jeram ada dua, satu pantai Jeram di mana terdapat restoran Aroma Ikan Bakar yang popular itu dan yang ana kunjungi ini ialah Pantai Remis yang terletak di Jeram.



Sampai disini, hampir jam lima petang, kami singgah solat Asar dahulu di surau yang terdapat di tepi pantai.Selesa, walaupun ruang solat untuk wanita agak kecil tetapi bersih.Ana memang suka sangat dengan ombak, pantai dan lautan, jadi bila sampai ke sini pastinya menghirup udara segar sambil dibuai angin bayu yang sangat mendamaikan.Indahnya ciptaanMu, Yang Maha Sempurna dan saling melengkapi peredaran kehidupan.



Kecuali Morib, kebanyakkan pantai-pantai di Selangor ni, ana dapati tidak sesuai untuk mandi manda.Mungkin kerana faktor-faktor geografinya yang menyebabkan air laut tidak jernih dan berbatu-batu di sepanjang pantai.Pantai Remis airnya lebih bersih dan sekitarnya lebih cantik dari Pantai Bagan Lalang, Sepang yang baru-baru ini ana kunjungi.



Kawasan letak kereta juga banyak terdapat disini dan ianya percuma.Disekitar pantai, selain dari duduk berkelah dan menghirup angin petang, terdapat juga mereka yang bermain layang-layang di sebuah kawasan lapang yang dikhaskan.




Sesuatu yang unik di Pantai Remis ialah terdapatnya cengkerang kulit kerang terdampar dicelah batu-batuan besar di pantainya.Cantik, bersih dan sangat unik dan jarang terdapat di kawasan pantai lain yang pernah ana kunjungi.Lazimnya kita hanya dapat mengutip kulit-kulit siput yang dibawa arus ombak ke pantai sahaja.



Disini juga terdapat gerai-gerai makanan dan menurut peniaga disini, setiap hujung minggu dan cuti umum terdapat pasar petang atau pasar tani yang menjual pelbagai makanan, kuih muih tradisional, hasil laut seperti mentarang, kepah,kerang dan sebagainya, sayur-sayur kampung, pakaian dan lain-lain lagi.





Kami berada disini sehingga hampir jam 7 malam, dan sempat menikmati keindahan pemandangan indah ketika matahari sedikit demi sedikit terbenam di ufuk barat.Satu panorama yang sangat menakjubkan melihat kebesaran Ilahi mentadbir alam semesta.










~berkongsi tempat menarik di Pantai Remis, Selangor, disini~

You May Also Like

52 comments

  1. Indahnya ciptaan Allah..memang cantik pantai tu..best sangat bila dapat rilekskan pkiran sini kan Kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Wana, kak ana memang suka dengan pantai ni, amat mendamaikan jiwa :)

      Delete
  2. cantiknya panorama alam..indah sangat ciptaanNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan CT Faezatun,ciptaanNya yang amat sempurna .

      Delete
  3. cantik sekali kalau namanya pantai tu... tapi kalau nak mandi manda tempat yg best, datang lah Sabah... terlalu banyak pantai yg suci muci kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang betul NA, pantai yang suci murni tu banyak kat Sabah kan dari pembacaan kak ana di perkongsian IG dan rakan2 blogger,In Shaa Allah ada rezeki sampailah ke sana suatu hari nanti.

      Delete
  4. cantikkan tempatnya Ana. lama ky tak kesana. sebelah malam makanan di gerai pun sedap terutama mee udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga gerai-gerai kat sini KY, katakan yang sedap kerang bakar tapi sebelum Maghrib dah balik dah ,lain kali kut ana cuba datang selepas Maghrib makan-makan :)

      Delete
  5. kerang bakar dekat medan situ sedap..kalau dtg lagi, cuba lah..ramai org suka dtg sini sbb nak makan kerang bakar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wanie, kak ana pun baru tahu tentang kerang bakar tu..In Shaa Allah lain kali kak ana cuba ye ,tq share info best ni :)

      Delete
  6. acik pun baru je pergi Ana..tapi tak jalan2 tepi pantai pun..cuma pergi makan di Aroma ikan bakar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aroma ikan bakar tu kat pantai jeram acik, yang ni pantai remis, dua lokasi berbeza tetapi tak jauh antara satu sama lain,:)

      Delete
  7. subhanallah..indahnya ciptaan ALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha Suci Allah, indahkan iryanty ::)

      Delete
  8. salams kak ana
    cantiknya....1st time tau jugak ada pantai remis kat sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Mieja, selalunya kak ana tahu kat Perak je ada Pantai Remis ni :)

      Delete
  9. sedapnya fishballs yg banyak jenis tuuu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa itu yang Hanis nampak ye hehe :)

      Delete
  10. Ana, cantiknyaaaaa......terus rasa teringin nak pegi jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom pi Linda, makan angin petang-petang kat sini :)

      Delete
  11. datang membalas kunjungan dan follow.. wahh kena pergi ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ZueZulaikha, nanti kak ana jejak semula, In Shaa Allah :)

      Delete
  12. selalu ke tempat makan-makan disitu hari malam je... seronok dapat tengok laut disana... memang berbeza dengan Morib

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan SS pemandangan nya indah disini, makan-makanpun banyak gerai-gerainya :)

      Delete
  13. Ana, wa belum pernah sampai ke pantai remis tu walaupun jeram tu selalu jugak kami pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat je pantai jeram dengan sini wa, kalau kita dari utara sampai pantai jeram dulu, kalau arah selatan jumpa pantai remis ni dulu :)

      Delete
  14. Salam kenal...

    Indahnya panorama pantai... Bonde suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Bonde, pasni keraplah kita berkunjung ye.. :)

      Delete
  15. suka jalan jalan pantai. tenang je rasa. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan kak ana nani, suka sangat dengan lautan :)

      Delete
  16. cantiknya pemandangan..untung siapa yang duduk dekat2 kawasan tu..hari2 boleh lihat keindahan pantai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tapi kalau dah selalu jemu lak kan ,lumrah manusia mmg cam tu,yang jarang tu kita suka :)

      Delete
  17. Tu lah kan Kak Ana, igtkan pantai remis tu di perak, rupanya selangor pun ada.. bestnyaa kalau dapat beli kupang dan mentarang.. kalau tengok pantai tu penuh kulit siput agaknya banyak lah hasil laut cengkerang dari situ kan... bila lah nak sampai hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak dijual disini Eny, next entri kak ana sambung pasal makanan laut kat sini ye :)

      Delete
  18. aduhh bestnyee kak ana.. suka tempat cmnie..

    ReplyDelete
  19. ya la ingat Pantai Remis Perak...teringin jgak nk pi sana, pcl kalau Morib dah sealu sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, sama pula nama pantainya, bolehlah ke sini PCL sambil makan ikan bakar di Aroma ,pantai Jeram dkat dah dengan pantai Remis ni :)

      Delete
  20. Selalu tertukar dengan Pantai Remis Perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana rasa Pantai Remis di Perak tak ada pantai camni,cuma kampung nelayan je kan :)

      Delete
  21. Anak2 saya pun sangat suka dgn pantai... kalau dpt ke pantai... memang mereka akan celup kaki... lepas tu terkekek-kekek dua beradik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok anak-anak kecil bermain ombak kan Nora, cuma perlu sangat-sangat pengawasan dari kita orang-orang dewasa ni :)

      Delete
  22. saya pun ingat pantai remis hanya di perak. perkongsian yang baik berserta gambar yang cantik kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aRz, pemandangan yang sungguh indah ciptaanNya jua :)

      Delete
  23. Wah...dah dekat dgn Umah mak cikla.... Hehe.... My hometown...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke..bestnya kampung kat tepi laut Cik La :)

      Delete
  24. Setiap hari minggu je ke pasar tu bukak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana rasa memang buka waktu hujung minggu sahaja nur ain , kurang pasti tentang tu :)

      Delete