Apabila mereka terlalu prihatin..

by - Friday, March 13, 2015

Realiti kehidupan dalam masyarakat:

 

kredit foto:gilerkentang.com



Inilah kehidupan..apabila kita dikelilingi oleh mereka yang terlampau ambil berat.Hingga serba salah untuk meneruskan perjalanan hidup kita sendiri. Adakah kita perlu hidup untuk puaskan hati orang disekeliling, atau hidup atas prinsip kita sendiri.Bak kata orang Perak, 'jenuh aih' nak ikut kan pandangan masyarakat dan orang sekeliling ni.

Contohlah paling mudah, hal rumahtangga kita misalnya.Apabila ada pasangan yang belum dikurniakan Allah swt zuriat, masyarakat mula bertanya, bila nak dapat anak?Merancangkah?Dah berapa lama berkahwin?Pernah tak terfikir jika yang bertanya tu berada di tempat mereka, apakah perasaannya.

Kemudian situasi kedua, apabila pasangan yang dikurniakan anak yang ramai.Masyarakat keliling yang perihatin akan berkata, ramainya anak, tak nak merancang ke?Erm salah juga kan.Ana sendiri pun dah letih nak menjawab persoalan yang sebegini sebenarnya.Ana dikurniakan Allah swt dua orang cahaya mata perempuan yang dah semakin meningkat remaja.Soalan cepu mas yang ana terima ialah, tak nak beranak lagi ke? cukup ke dua sahaja?Tak nak anak lelaki ke? Jawapan yang sering ana beri hanyalah sekuntum senyuman manis terukir dibibir.Malas nak jawab dengan kata-kata.

Begitu juga bab jodoh pertemuan, yang berkahwin awal sering dipersoalkan 'mudanya kahwin' dan yang lambat sampai jodohnya pula, diberikan pelbagai gelaran dan sindiran. Dan seribu satu persoalan lagi yang timbul dikalangan masyarakat yang terlbih perihatin.

Terfikirkah dalam hati kita semua, bahawa jodoh pertemuan, zuriat, ajal maut semuanya di tangan Allahs swt.Siapalah kita sebagai hambaNya yang hina lagi kerdil ini untuk menentukan segalanya.Berapa kuat kita merancang akhirnya Dia juga yang menentukannya.Berapa banyak kita berusaha sekalipun ditanganNya juga yang mengizinkannya.Hanya Dia.

Sebagai peringatan buat diri ana sendiri dan masyarakat disekeliling amnya, tak perlulah menunjukkan keperihatinan yang terlampau sehingga mencampuri urusan rumahtangga orang lain.Berbataslah dalam mempersoalkan perihal orang lain.Dan ingatlah sentiasa Yang Baik itu semua datang dari Allah swt dan yang tidak adalah dari kekerdilan diri kita sebagai hambaNya jua.


~perkongsian bersama disini~
 



You May Also Like

26 comments

  1. terlampau prihatin sehingga jadi menyibok..hehee..wasatiah lah dalam setiap perbuatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat Irra, bersederhanalah kan .

      Delete
  2. perkara biasa dah tuh. Takkan habis sampai bila2. Dari belum kahwin sampai la dah beranak pinak.

    ReplyDelete
  3. Memang susah nak puaskan hati semua orang kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana itu Bonde kita hidup dengan prisip kita sendiri asalkan tidak salah disisiNya .

      Delete
  4. betul tu sis..suki dah alaminya sekian lama..sedih sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke suki, tabahkanlah hati menghadapi lumrah kehidupan ini .

      Delete
  5. busy body sangat pon payah ..kan kadang tu merimaskan hurm.

    ..singgah dari #exchangefeedgroup thnks utk Blog List EFG .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang merimaskan,lebih baik kita layan blog kan PCL, wah spotcheck ye hehe :)

      Delete
  6. kadang terlalu amik kisah pun annoying jgk ..apa pun besederhanalah

    ReplyDelete
  7. Betull sangat. Sha selalu kena mcm tu, terlebih prihatin T_T.
    Kadang-kadang nak aje balas, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah, tapi, haish, sabar je lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar je lah Sha,dah lumrahnya sebegitu .

      Delete
  8. lumrah hidup ;)

    #ExchangeFeedGroup

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakikat kehidupan kan CN

      #exchangefeedgroup juga :)

      Delete
  9. takde yang bagus bila berada di depan mata orang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mimin, mencari segala kekurangan yang ada kebanyakkan manusia ni ,supaya mereka nampak lebih sempurna.

      Delete
  10. terlampau perihatin, sedangkan tak sedar mengguris perasaan orang yang ditanya tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sal, itulah yang dikhuatiri terjadi .

      Delete
  11. perangai orang kita..buat betul orang kata, buat salah lagi la dikata..tak buat apa2 pun kena kata jugak..haishhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nick...serba tak kena je jadinya :)

      Delete
  12. biasalah kak Ana, semuanya nampak tidak sempurna di mata mereka, yang penting kita lakukan terbaik di mata Allah... kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Eny, biarlah asalkan sempurna disisiNya.

      Delete
  13. Susah hidup kita kalau duk dengar cakap orang ja. Baik buruk kita biarlah kita tentukan dan kita tanggung sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan mama, begitulah yang akan kita lakukan untuk meneruskan kesinambungan kehidupan :)

      Delete