sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 17 April 2015

Cara Nak Block Game Invitation Facebook


Cara Nak Block Game Invitation Di Facebook :

Sebenarnya tak salah pun nak main games di facebook bagi yang berminat.Terserahlah facebook masing-masing kan.Cuma bagi yang tak bermain nilah yang agak terganggu dangan jemputan-jemputan dari kawan-kawan di Facebook untuk bermain sama. Pernah sampai satu tahap, ana terpaksa update status di timeline meminta agar rakan-rakan Facebook tidak menjemput atau menghantar game invitation kepada ana.Mungkin ada yang berkecil hati dengan status sedemikian, ada yang menyatakan bahawa games invitation itu dihantar secara auto oleh applikasi games mereka.

Namun baru-baru ini ana ada terbaca perkongsian di Facebook tentang cara-cara untuk block game invitation di facebook atau dalam bahasa mudahnya menghalang dari menerima sebarang jemputan bermain game di Facebook.Ana kongsikannya di sini.



Walaubagaimana pun dari pencarian di Google tidak dapat merujuk sumber yang asal mengenai perkongsian ini. Ianya di kongsi dari satu blog ke blog yang lain dan apa yang ana kongsikan disini adalah dari laman Facebook rakan.Berikut ialah cara-cara untuk Block Game Invitation di Facebok kita.

1.Pergi ke akaun setting Facebook:



2.Kemudian terus ke bahagian Apps:



3.Lihat pada ruang Platform:



4.Klik kan ke Off kerana biasanya ia akan berada pada status On: 


Tunggu dan lihat sama ada ia berjaya atau tidak menghalang kita dari menerima lagi game invitation dari rakan-rakan. Ana sendiri pun baru lagi mencubanya, setakad ini tiadalah sebarang invitation lagi. Tak salah kita cuba kan, mana tahu lepas ni tak ada terus gangguan yang sedemikian dan tak perlulah nak marahkan rakan kita yang suka bermain tu kan.


~Selamat mencuba dan berkongsi tips disini~

19 ulasan:

  1. salam kak .. sampai naik marah gak game invitation ni banyak sanggat hii.. bukan jenis main game .. mujurlah ada tips nak block jemputan ..tq nanti nak cuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh, baru tahu..good sharing kak

      Padam
    2. Cubalah Wani..kak ana pun baru try tapi setakad ni tak ada dah masuk invitation lagi..Ok CN :)

      Padam
  2. mmg geram jgk kdg kdg dpt noti game ni huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Eny, dapat gak selalu naik boring gakkan :(

      Padam
  3. Betul tips ni. Sha pun dah buat jugak. Baru invi games tak masuk fb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ye Sha, jadi ye..Ok dah kan :)

      Padam
  4. alaaaaaa... baru nak ajak kak ana main Candy Crush...!! hahahahahaa... :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain dulu mula2 ada fb kak ana gila main farmville hehe :)

      Padam
  5. hai hai hai.. CT singgah sini..
    thank you.. aman la notification lepaih ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha semoga aman tenteram ye siti :)

      Padam
  6. Balasan
    1. tu lah pasni dah ok dah kut Suki, kita block games bukan kawan kita kan :)

      Padam
  7. ohh baru tahu..good sharing kak ana :D

    BalasPadam