sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 11 Mei 2015

Apabila Perkongsian Kita Sampai


Apabila kita menulis entri blog pastinya sebagai penulis kita ingin menyampaikan sesuatu kepada pembaca.Dan pengunjung blog pula ada dua kategori yang ana ketahui selama pengalaman berblog.Satu dari pengunjung setia iaitu di kalangan follower, dan satu lagi dari mereka yang singgah dari carian enjin untuk mendapatkan maklumat atau info.Dan sebagai penulis blog pastinya bila perkongsian kita sampai kepada pencari adalah sesuatu yang sangat mengembirakan.




Dalam seminggu dua ni antara carian dari keywords search yang melekat ke blog Anajingga ialah yang berkaitan dengan kemasukkan pelajar ke IPTA. Ini kerana sebelum ini ana seringkali berkongsi info-info dari pengalaman ana menghantar anak ke UiTM tahun lepas.Antara yang pernah ana kongsikan ialah berkaitan medical check-up, barang-barang keperluan ke IPT, kampus UiTM Tapah, kampus UiTM Kuala Pilah dan sebagainya.

Disamping itu beberapa informasi lain yang turut ana kongsikan juga mendapat maklum balas dari pengunjung blog.Ada yang meninggalkan ucapan di ruang komen dan ada juga yang email dan pm di FB.Alhamdulillah.

Dan menerusi perkongsian ana , semoga dapat memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan untuk mereka yang mencari informasi.Untuk mempastikan perkongsian kita sampai dan berada di carian enjin, ketika menulis entri, pastikan menggunakan teknik SEO blog supaya berada di muka pertama carian.In Shaa Allah.

Lebih rasa gembira lagi apabila menerima ucapan-ucapan terima kasih dari mereka yang telahpun memperolehi maklumat daripada entri-entri kita.Ini membakar semangat untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman menerusi blog.Semoga sumbangan kita  yang kecil ini mendapat ganjaran pahala dariNya jua.In Shaa Allah.






22 ulasan:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
    #click2 nufnang#
    #www.azirahman.com#

    BalasPadam
  2. terima kasih perkongsian dalam EFG. Done follow blog..

    BalasPadam
  3. betul tu sis..ikut niat nak dtg blog tu nak wtpe...nak cari info or nak jalan2 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan suki..yang penting perkongsian kita sampai bila ada yang memerlukannya.

      Padam
  4. betul2x, sekarang musim orang google ipta, nak start new sem,nervous2 . hehe. let's spread dakwah by join my contest http://eyranasrin.blogspot.com/2015/05/mini-contest-non-stop-muslim.html :)

    BalasPadam
  5. Tahniah... sumbangan anda dihargai.... sekurang2nye bile ditanya apa sumbangan anda dlm blogging , ni dah boleh jawab.. kan

    BalasPadam
  6. betul tu..apa yang kita kongsikan kadang kala membantu orang lain juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Mar.. seronok rasanya kan :)

      Padam
  7. terima kasih atas perkongsian :-)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Alhamdulillah Min, perkongsian kita sampai :)

      Padam
  9. Blogger Dan ilmu tidak dapat dipisahkan.

    Singgah mlm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Mardiana abu darin

      Padam
  10. Tujuan cn berblog pun adalah berkongsi info dan cerita ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah CN sambil berkongsi-kongsikan :)

      Padam
  11. alhamdulillah. tahniah kak Ana. ^_^

    BalasPadam