sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 20 Mei 2015

Asam Pedas Daging Tetel

Resepi Asam Pedas Daging Tetal

Bila kita tinggal berjiran di dalam satu komuniti taman perumahan, pastinya terdiri daripada pelbagai asal usul dan latar belakang.Dan yang menjadi keseronokkan kami suri rumah di sini, sering kali bertukar-tukar juadah apabila memasak sesuatu yang istimewa dari biasa.Bila dah merasa kesedapannya , pasti akan bertukar-tukar resepi.Salah satu yang ana paling suka makan setiap kali ke Melaka ialah asam pedas daging tetel.Melalui jiran ana, Zura yang berasal dari Melaka ana pelajari resepi memasak asam pedas daging tetel.


resepi asam pedas daging tetel

Resepi ini sama sahaja dengan resepi asam pedas yang lain dan ana catatkan disini selain daripada untuk perkongsian bertukar-tukar idea masakan, ia juga sebagai rujukan ana di masa akan datang.

Bahan-bahan untuk memasak asam pedas daging tetel ialah:


*Bawang merah - ana gunakan bawang besar dalam sebiji
*Bawang putih   - dua ulas
Cili kering        - ikut tahap kepedasan masing-masing (dikisar )
*Kunyit hidup    - satu inci 
*Lada hitam      - ana gunakan beberapa biji sahaja
*Lengkuas        - satu inci
Serai               - satu batang (diketuk)
Air asam jawa - mengikut kepekatan kuah
Daun limau purut
Air 
Daging tetel

Cara memasak Asam Pedas Daging Tetel:


1.Kesemua bahan bertanda * hendaklah ditumbuk lumat di dalam lesung batu.Boleh juga menggunakan pengisar.
2.Panaskan kuali dan tuang minyak masak sedang-sedang.
3.Tumiskan bahan kisar atau yang di tumbuk tadi hingga naik bau.
4.Masukkan cili kering yang di kisar.
5.Masukkan serai.
6.Masukkan bahan perisa garam dan gula jika terlalu pedas.
7.Kemudian masukkan daging tetel yang telah dibersihkan.Biarkan mereneh sehingga empuk.Tambahkan air jika ia terkering.
8.Apabila cukup empuk dan lembut masukkan air asam jawa dan perelokkan rasanya mengikut kesesuaian masing-masing.
9.Akhirnya masukkan cebisan daun limau purut untuk mendapatkan aroma asam pedas yang lazat.

* Petua untuk melembutkan daging tetel dengan cepat ialah masukkan sudu atau garfu ke dalam masakkan.Angkat apabila selesai proses memasaknya. Selamat mencuba.


~berkongsi resepi disini~


11 ulasan:

  1. Feveret nie.. tapi belum berjaya lagi nak masak..
    Hehehe..
    Thanks share resepi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shahida, ada masa boleh cuba kay, senang ye,campak2 siap hehe :)

      Padam
  2. Terliur nampak! Dah lama tak makan asam pedas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pojie suka juga ye asam pedas ni :)

      Padam
  3. Balasan
    1. sedap leyla, feveret kak ana gak ni :)

      Padam
  4. Tak penah masak huhu..nampak menarik jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelah pantai timur memang jarang masak asam pedas kan, ni menu orang Melaka Lya, sedap.

      Padam
  5. CT rasa tips tu mmg berkesan kot.. mak selalu buat..
    n mmg kalo mak masak daging akan lembut.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah mak-mak ni tahulah petua2 ibunda macam ni Ct :)

      Padam
  6. SA mohon share resepi ye..abah SA asyik suruh buat masak asam daging tetel ni tapi selalu buat tak jadi...

    BalasPadam