Asam Pedas Daging Tetel
Resepi Asam Pedas Daging Tetel
Bila kita tinggal berjiran di dalam satu komuniti taman perumahan, pastinya terdiri daripada pelbagai asal usul dan latar belakang.Dan yang menjadi keseronokkan kami suri rumah di sini, sering kali bertukar-tukar juadah apabila memasak sesuatu yang istimewa dari biasa.Bila dah merasa kesedapannya , pasti akan bertukar-tukar resepi.Salah satu yang ana paling suka makan setiap kali ke Melaka ialah asam pedas daging tetel.Melalui jiran ana, Zura yang berasal dari Melaka ana pelajari resepi memasak asam pedas daging tetel.
Resepi ini sama sahaja dengan resepi asam pedas yang lain dan ana catatkan disini selain daripada untuk perkongsian bertukar-tukar idea masakan, ia juga sebagai rujukan ana di masa akan datang.
Bahan-bahan untuk memasak asam pedas daging tetel ialah:
*Bawang merah - ana gunakan bawang besar dalam sebiji
*Bawang putih - dua ulas
*Cili kering - ikut tahap kepedasan masing-masing (dikisar )
*Kunyit hidup - satu inci
*Lada hitam - ana gunakan beberapa biji sahaja
*Lengkuas - satu inci
Serai - satu batang (diketuk)
Air asam jawa - mengikut kepekatan kuah
Daun limau purut
Air
Daging tetel
Cara memasak Asam Pedas Daging Tetel:
1.Kesemua bahan bertanda * hendaklah ditumbuk lumat di dalam lesung batu.Boleh juga menggunakan pengisar.
2.Panaskan kuali dan tuang minyak masak sedang-sedang.
3.Tumiskan bahan kisar atau yang di tumbuk tadi hingga naik bau.
4.Masukkan cili kering yang di kisar.
5.Masukkan serai.
6.Masukkan bahan perisa garam dan gula jika terlalu pedas.
7.Kemudian masukkan daging tetel yang telah dibersihkan.Biarkan mereneh sehingga empuk.Tambahkan air jika ia terkering.
8.Apabila cukup empuk dan lembut masukkan air asam jawa dan perelokkan rasanya mengikut kesesuaian masing-masing.
9.Akhirnya masukkan cebisan daun limau purut untuk mendapatkan aroma asam pedas yang lazat.
* Petua untuk melembutkan daging tetel dengan cepat ialah masukkan sudu atau garfu ke dalam masakkan.Angkat apabila selesai proses memasaknya. Selamat mencuba.
~berkongsi resepi disini~
11 Comments
Feveret nie.. tapi belum berjaya lagi nak masak..
ReplyDeleteHehehe..
Thanks share resepi..
Shahida, ada masa boleh cuba kay, senang ye,campak2 siap hehe :)
DeleteTerliur nampak! Dah lama tak makan asam pedas!
ReplyDeletePojie suka juga ye asam pedas ni :)
Deletesedap nye k.anna .
ReplyDeletesedap leyla, feveret kak ana gak ni :)
DeleteTak penah masak huhu..nampak menarik jer
ReplyDeletesebelah pantai timur memang jarang masak asam pedas kan, ni menu orang Melaka Lya, sedap.
DeleteCT rasa tips tu mmg berkesan kot.. mak selalu buat..
ReplyDeleten mmg kalo mak masak daging akan lembut.. hehehe..
haah mak-mak ni tahulah petua2 ibunda macam ni Ct :)
DeleteSA mohon share resepi ye..abah SA asyik suruh buat masak asam daging tetel ni tapi selalu buat tak jadi...
ReplyDelete