Masak lemak pucuk ubi , petai dan tempoyak
Baru-baru ini kak ana ke Pekan Sehari di Temerloh. Viral pasar pagi ni yang merupakan pasar pagi yang terpanjang di Malaysia dalam rekod Malaysia Book of Record. Kami sampai pun dah lewat dalam pukul 10 pagi lebih kurang tetapi masih ramai orang dan masih beroperasi sehingga jam 12 tengahari.
Banyak juga kak ana memborong sayur-sayur kampung antaranya jeruk maman, tempoyak, petai , ikan pekasam , jagung manis dan makanan tradisional . Memang seronok sangat ke pekan sehari Temerloh untuk mengimbau kenangan di desa kelahiran dan eranya yang lalu dengan sayur-sayur kampung. Entrinya kak ana terbit kan di Pasar Pagi Pekan Sehari Temerloh
Masak lemak pucuk ubi , petai dan tempoyak
Dah selera orang kampung di usia-usia gini, masakan kampung lah yang jadi kesukaan, bertambah nasi kata orang tua-tua. Pucuk ubi, petai dan tempoyak yang kak ana beli tu, kak ana satukan dalam periuk jadilah menu makan tengahari kami masak lemak.
Inspirasi dari masakan orang negori tuh, cuma kak ana olah dengan citarasa kami yang tak makan podeh-podeh . Masakan ni mudah sangat , sama sahaja macam ampa masak gulai lemak sayur yang lain, cuma pucuk ubi tu sahaja yang perlu di celur terlebih dahulu dan kemudian satukan dengan semua bahan. Meh la kak ana kongsikan resepi nya , moga-moga ada manfaat.. In Syaa Allah...
Bahan-bahan masak lemak pucuk ubi , petai dan tempoyak
1 ikat pucuk ubi
3 papan petai - ikutlah berapa yang ada , kan
3 sudu tempoyak
beberapa biji cili api - ikut pedas sendiri naa
serbuk kunyit atau kunyit hidup
segenggam ikan bilis
1 cawan santan cair
1 pek santan pekat
garam secukup rasa
Cara masak lemak pucuk ubi , petai dan tempoyak
1. Siang pucuk ubi , ambil bahagian pucuk dan dahan keduanya sahaja. Basuh dan celur dalam air hingga empuk.
2. Dah empuk buang air , bilas dan perah pucuk ubi segumpal dan hiris nipis kecil-kecil.
3. Dalam periuk atau kuali, satukan hirisan pucuk ubi bersama petai dan tempoyak secukupnya.
4. Bahan tumbuk kasar - cili api dan serbuk kunyit serta ikan bilis. Boleh juga masukkan udang kertas kalau suka.
5. Masukkan santan cair atau santan kedua terlebih dahulu dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan pula santan pekat dan masak sekali didih lagi, boleh lah rasakan dengan garam secukupnya.
Siap lah menu orang kampung , masak lemak pucuk ubi, petai dan tempoyak versi kak ana. Biarkan sejuk baru sedap di makan bila ia jadi makin pekat dengan rasa tempoyak di kuahnya.
Tengahari tu , kak ana makan dengan pekasam talapia goreng sahaja, Masyaa Allah.. Alhamdulillah rezeki dari Allah swt yang menyedapkan masakan kita. Memang padu... Try naa !!
8 Comments
Berselera tengok resipi ni la Ana....
ReplyDeleteaduhaiiiii...lauk kak ana ni mmg boleh buat bertambah nasi ni
ReplyDeletemak aih menu k.ana ni boleh menambah2 nasi..hehe..
ReplyDeleteNi macam nak mintak uncle kensel diet je ni...?
ReplyDeleteKalau jumpa lauk ni dekat kedai, confirm saya akan cedok ke pinggan. Sedap ni lagi2 ada rasa tempoyak tu 😃
ReplyDeleteIni pun masakan fav sayaaa kak. Tp di sini biasa disebut gulai daun ubi. Kadang pakai tempoyak, kadang tidak.
ReplyDeleteTapi karena saya orang Sumatera, kami lebih suka pedas 😄. Kalo mama dah buat masak daun ubi , beuugh, lauk daging pun saya tak terlalu sentuh yg ada 😄
ooo cara kak ana celur dulu pucuk ubi tu. Sebelum ni saya try masak ikut resepi yang tak perlu celur. tq resepi ni kak.
ReplyDeleteNI biasa balik kg baru dpt makan... kalau makan dah tak pandang yg lain hihii
ReplyDelete