Sunway Putra Mall - Kuala Lumpur
Sunway Putra Mall
Jalan-jalan hujung minggu bersama keluarga sambil cuci-cuci mata atau window shopping kata omputih. Lokasi minggu lepas ana ke Sunway Putra Mall yang dahulunya dikenali sebagai The Mall atau Putra Place. Banyak kenangan ana disini sebenarnya.Sejak dari zaman bujang lagi disini lah tempat feveret kami berjalan dan makan-makan bila dapat gaji. Dari sepupu ana kecil lagi suka ke sini dengan menaiki teksi dari Taman Keramat waktu itu. Ini kerana ketika itu ana bekerja di salah sebuah bangunan terkemuka berhampiran The Mall ni. Once upon a time ...di sini jugalah tempat ana berdating dengan suamiku encik segak tu..pujilah kan siapa lagi nak puji kalau isteri bukan upahan ni.. abaikan ..:)
Sunway Putra Mall (kredit foto : wikipedia ) |
Sebelum ini dikenali sebagai The Mall atau Putra Place (kredit foto : Google Image ) |
Setelah hampir setahun lebih ditutup untuk proses ubahsuai, kini Sunway Putra Mall kembali dibuka dengan wajah baru.Seratus peratus berubah dan kini bertambah lebih mewah, elegan dan merupakan salah satu kompleks membeli belah yang bertaraf lima bintang di kawasan Jalan Putra ,Kuala Lumpur. Mudah dikunjungi umum kerana terletak berhampiran dengan stesen LRT STAR ( Putra ) serta dihubungkan juga secara jejantas pejalan kaki dari stesen Komuter ( Putra ) .Berhadapan dengan hotel Seri Pasifik serta Pusat Dagangan Dunia Putra. Kesemua bangunan ini dihubungkan dengan jejantas pejalan kaki yang berbumbung dan moden.
Seperti kebanyakkan pusat membeli belah yang ada di bandar-bandar, Sunway Putra Mall juga terdiri daripada pelbagai shoplot jenama terkemuka antarabangsa dan dalam negara. Turut terdapat Parkson dan pelbagai restoran terkemuka disini. Sediakan sahaja lah fulusnya untuk membeli belah atau kalau tidak pun boleh sahaja makan angin sambil berselfie kerana disekitar mall terdapat banyak props yang cantik-cantik untuk kaki-kaki selfie bergambar. Jom ana kongsikan beberapa sudut yang sempat ana rakamkan dan anak-anak ana memang sakan bergambar disekitar lokasi menarik ini.
Terdapat Capricorn di ruang legar Sunway Putra Mall...zodiak ana |
Kalau dah jemu dengan mall yang biasa dikunjungi apa kata lepas ni ronda-ronda di Sunway Putra Mall sambil posing-posing sekitar kompleks.Ana pasti ketika pelbagai acara pameran yang berlangsung di PWTC, pasti ramai orang akan turut singgah ke sini untuk menjamu selera, membeli belah atau sekadar jalan-jalan cuci mata. Sekadar perkongsian untuk semua di anajingga.com.
33 Comments
dating sini ya kak Ana... tak berkesempatan lagi nak ushar2 sini letak kesian lama dia close dulu... dulu selalu jgk pergi dekat dgn stesen bus putra tu... tapi bila stesen bus tu tutup langsung tak jejak lagi mall ni..hihihihih...
ReplyDeletehihi kisah dolu-dolu tuu IY..betullah hentian putra tu dah tutup sekarang ni :)
Deletekena pergi ini sebab nampak menarik..sebelum renovation tak best..sekarang nampak elegan..hehe
ReplyDeleteYup LZ, sekarang ni nampak dan memang 200% berbeza dari dahulu :)
Deletesalam singgah kak ana.. amboi window shopping ye, tershopping tak?. selamat berhujung minggu kak
ReplyDeleteterjugalah dengan anak-anak Yana..hihi tapi yang mampu milik jelah :)
DeleteLaa.. dah jadi lain dah mall ni. Lama benor tak pi KL. :)
ReplyDeleteHaah Yati lain dah..kena lah mai KL nak shopping2 sini hihi :)
DeleteEsok ingat nak singgih sana alang alang nak gi pwtc :D
ReplyDeleteNani pii Expo Buku Malaysia kan kat PWTC hihi :)
DeleteWall mallhoping kak. Dah lama saya tak buat.
ReplyDeleteJom anis.. kita mall hopping sama-sama hihi :)
DeleteSalam singgah hujung minggu...
ReplyDeleteterima kasih Bunda :)
DeleteWah...banyak yang unik tentang mall ni rupanya....kalau ke sana rasa nak ke sana nanti....Capricorn tu macam dalam cerita The Museum pula (ala-ala)....jangan malam2 di boleh bergerak sudah...
ReplyDeleteWah wah seraaammmm tu Fida :)
DeleteTak perah lagi pergi mall ni Ana.dah tahu ni boleh lah jln2 sini pulak
ReplyDeletehaah KY bolehlah jenjalan sambil berselfie hihi :)
Deletewow cantik...bila la dapat nak pergi ke sana ni
ReplyDeletein shaa Allah satu hari nanti boleh bawa cik puteri main2 kat sini :)
DeleteCantiknya... Zumal tak pernah sampai pun lagi...
ReplyDeleteIn shaa Allah ada rezeki nanti bolehlah sampai sini Zumal :)
Deletebestnyaaa.. kagum lissa tengok.. hee. sebab dekat tempat Lissa takda mall macam ni.. hik
ReplyDeletehihi KL ni banyak sangat mall Lisa :) macam2 tarikan yang ada .
Deletecanggih la!.. nmpk cool n style
ReplyDeleteHaah Cik EN memang stylo dah mall ni sekarang :)
Deletebangunan baru dia memang versatile...
ReplyDeletekalau orang tak tau, mesti ingat building baru... padahal telah diubah suai..
kan Zaf :) bangunan lama yang di ubahsuai :)
DeleteBanyak perubahan..dulu selalu gak dating kat The Mall..hehehe..
ReplyDeleteHamboiii pecah tembelang CP hihi :)
DeleteJambatan tu memg trus ke mall tu ke??
ReplyDeleteNak gi sabtuu harap awak reply
DeleteHi Fadhlin, Yup..jejantas tu terus ke Mall sama ada dari LRT PUTRA atau pun Komuter..Happy Shopping :)
Delete