ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA

Sementara kak long sedang cuti sem ni, seronoklah bawa anak-anak makan angin hujung-hujung minggu.Bila tanya nak ke mana, dua beradik ni jawab tempat yang tak pernah pergi lah ibu.Anak-anak ana ni pula memang suka bergambar, jadi teringat beberapa rakan blogger pernah upload di Instagram berlatar belakangkan seni bina Morocco, dan selepas mencari maklumat di internet terjawablah lokasinya di Astaka Morocco,Putrajaya.

astaka morocco, putrajaya


Lokasi Astaka Morocco,Putrajaya

Astaka Morocco terletak di sekitar Taman Botani ,Presint 1, Putrajaya.Kami ke sana menggunakan GPS kerana memang dah jadi kelaziman setiap kali ke Putrajaya, wajib sesat.Setiap kali ke sana pasti jalan datang dan jalan balik adalah berbeza.Mungkin kerana jarang-jarang ke Putrajaya.Namun dengan khidmat GPS memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa.

Di Astaka Morocco, memang terdapat banyak ruang parkir disedia dan ia adalah percuma.Cuma untuk masuk ke ruang istana Morocco dikenakan bayaran RM3 dan perlu membeli tiket di kaunter di kawasan Taman Botani.Ana tidak membeli tiket dan hanya mengambil gambar bersama anak-anak disekitar kawasan luar Astaka Morocco sahaja.Iapun sudah memadai kerana rekabentuk lanskapnya sangat cantik dan bercirikan senibina Morocco.

Jom kita lihat beberapa foto yang sempat ana rakamkan disekitar kawasan luar Astaka Morocco di Putrajaya.Semoga dapat memberikan serba sedikit gambaran bagi yang belum pernah ke sana.


astaka morocco,putrajaya


astaka morocco


astaka morocco


astaka morocco


astaka morocco


astaka morocco




astaka morocco


astaka morocco




Semoga sedikit info dari ana dapat memberikan gambaran tentang satu lagi tempat menarik yang ada di sekitar kawasan Putrajaya yang sememangnya dikelilingi lanskap-lanskap yang indah.

~berkongsi info Astana Morocco disini~

14 Comments

  1. Ain yang duduk dekat dengan Putrajaya pun tak pernah sampai lagi tempat ni kak ana..... hehehehehee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang camtu ain, klu dekat memang tak pi, hat jauh yang sampai dulu kan :)

      Delete
  2. Banyak rupanya attraction di Putrajaya. Patutlah ramai pelancong datang. Sha first time baru tahu ada Astaka Morocco ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha,kak ana suka juga jenjalan Putrajaya ni,mendamaikan.

      Delete
  3. eh ehh cantiknye Morocco pavillian ni kak ana!
    sy ni lagi la x pernah lg sampai kat sana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah ada rezeki sampai nanti anamizu :)

      Delete
  4. sesuai buat tempat shoot wedding.. berbasikal pun sesuai kan.. sbb sebelah je taman botani tu.. p petang2 ok.. kalo dak panas lew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ct masa kak ana kat sini pun ada yang sedang shoot perkahwinan disini, cantik.

      Delete
  5. Wah....tq for this sharing sis...Elly yang keje kat Putrajaya pun xtau ada astaka ni..hihihi... nnt nk pegi laa..

    nak pegi morocco betul2...nth bile..kite amk feel dulu ek..hahahah..

    Salam perkenalan dari Elly..
    Jemput laa...
    AWET MUDA WALAUPUN ANAK 3!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama elly terima kasih juga singgah ke anajingga.com :)

      Delete
  6. Boleh saya tau sebenarnya dibenar mengambil gambar atau tidak ye dekat astaka Morocco ni? Sebab nak buat pre convo. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina, boleh disekitar kawasan taman kecuali di dalam bangunan istana di kenakan bayaran masuk..tempat yang kak ana ambil gambar2 di atas semua boleh bergambar dan sangat cantik persekitarannya. :)

      Delete
  7. chantek., mcm wak nak terjah je nih ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. chantek wak...wajib terjah wak bawa kamera canggih wak pasti foto-fotonya meletopsss gituuu :) nanti shared balik kat blog ye :)

      Delete