Ini rupanya mee siput Muar ..
Pernah dengar pasal mee siput , tapi tak pernah lah rasa atau tengok mana rupanya. Waktu kak ana makan angin ke Muar hari tu pun tak terlintas pun nak cari mee siput. Sehingga lah baru-baru ni jiran kak ana , Man bagi sepaket mee siput.
Kena goreng dulu kak , katanya. Nasib bagitau kalau tak kak ana ingat dah boleh terus makan hehe :) Selang beberapa hari, kak ana goreng lah dalam minyak yang panas dan hasilnya dapatlah merasa makan mee siput Muar.
Mee siput Muar makan bersama sambal kicap
Sekali dengan sepaket mee siput, Man sertakan sebotol sambal kicap. Rupanya mee siput ni di makan bersama sambal kicap atau sambal pedas. Kak ana carilah juga info di internet sebelum menerbitkan entri ini.
![]() |
mee siput mentah |
Kat atas tu adalah sepaket mee siput mentah yang Man berikan pada kak ana tempoh hari. Keras kekung je , lebih kurang macam yee mee yang selalu kita beli di pasaraya. Datang dalam bentuk gulungan keping-keping.
Kak ana tengok kat vtt ada yang di jual dah siap di goreng. Kak ana goreng dalam minyak yang panas sehinggalah garing dan rangup di makan, Mee siput ni adalah makanan kudapan macam jajan tu rupanya. Bukannya menu makanan utama. Ermm.. baru tau!
Cara pembuatan mi siput
Dari carian di internet ada menyatakan , * bahan-bahan asas yang digunakan adalah tepung gandum, tepung sagu, air, garam serta ubat mi atau dikenali sebagai air abu.
“Campuran adunan itu akan diuli sehingga menjadi doh yang keras, apabila siap ia akan dileperkan dan dipotong-potong seperti mi sebelum direbus sehingga masak.
Apabila mi siput itu sudah masak, kita akan mula mencetak menggunakan pencetak khas berbentuk bulat dan menyusunnya di atas pengalas jaring untuk dijemur di bawah matahari terik.
“Tapi mi siput ini tidak akan kering sepenuhnya di bawah sinaran matahari sebab itu saya reka ketuhar khas menggunakan gas untuk proses pengeringan yang lebih efektif namun mengambil masa yang lama di antara 14 hingga 15 jam.
![]() |
mi siput |
Rasanya lebih kurang makan keropok tepung, sedap jugalah sebagai kudapan. Goreng pun kena sedang-sedang sahaja, kalau terlalu garing nanti ia rasa keras. Yang memberikan rasa pada kak ana adalah pada sambal kicap atau sambal pedas yang di cicah.
Menarik kan, kita mengenali sesuatu yang baharu dalam perjalanan hidup ini. Kak ana suka merasai pelbagai makanan dari setiap pelusok tanahair. Raikan perbezaan rasa dan pemakanan, meriah tanahair kita ni dengan kepelbagaian menu.
Selagi ianya Halal dan bersih serta tidak memudaratkan kesihatan, cuba lah nikmati pelbagai juadah yang ada. Makanan adalah rezeki yang amat di syukuri. Kalau kena dengan selera boleh repeat dan makan lagi di lain ketika, jika tak pun kita dah di berikanNya kesempatan untuk merasa. Alhamdulillah...
4 Comments
Mi siput ni saya lebih suka makan dengan sambal tumis.
ReplyDeleteDah lama jugak tak makan.
mee siput femes di muo. Sambal tumis atau sambal kicap pun sedap makan bersama.
ReplyDeletePernah makan juga ni kat Sate 7 Pagi. Mi Siput goreng tak cicah apa pun sedap.
ReplyDeleteoo... mie siput macam keropok.. baca tajuknya saya ingat mie siput macam mie goreng gitu hehe..boleh try nanti
ReplyDelete