Nasi Kerabu Yang Sedap:


nasi kerabu yang sedap
Nasi Kerabu

Malam Ahad yang lalu, jiran sebelah rumah ana mengajak kami sekeluarga untuk makan malam hidangan nasi kerabu yang istimewa katanya. Agak jauh dari kediaman kami, kiranya jalan-jalan cari makanlah ni kan.Terletak di Lot 89-G,Jalan SG Prima 3,Prima Seri Gombak,Batu Caves.Sebuah restoran yang agak popular dengan hidangan nasi kerabu yang sedap dan ada kelainannya iaitu House of Nasi Kerabu atau ringkasannya HONK.


nasi kerabu yang sedap

Mengambil masa juga untuk kami sampai ke sini kerana terdapat kesesakan trafik yang lazim di MRR2, namun kerana memikirkan menu nasi kerabu yang sedap kami akhirnya sampai agak lewat lebih kurang jam 9:30 malam.Namun masih terdapat ramai pelanggan yang sedang makan disini.Cuma banyak menu istimewa yang ada telah habis jadi terpaksalah kami memesan menu yang masih ada sahaja.

nasi kerabu yang sedap
Antara menu yang terdapat disini

Nasi kerabu yang biasa cuma dipelbagaikan sajian sampingannya.Selain menikmati nasi kerabu yang sedap, terdapat juga menu pencuci mulut yang enak khasnya dari negeri Pantai Timur, seperti tapai pulut,durian creap,bubur pulut hitam dan sebagainya.


Teh Tarik Madu Special HONK

Untuk yang tinggal berhampiran Gombak,Selayang dan Batu Caves bolehlah ke sini untuk menikmati kelainan rasa nasi kerabu yang sedap dan berbeza dari yang biasa kita nikmati di gerai-gerai lain.


~berkongsi tempat makan yang menarik disini~

37 Comments

  1. nasi kerabu warna kuning? first time tengok.. kalau yang warna biru pernah laa.. tetiba lapar nasi kerabu plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak ana pun 1st time makan nasi kerabu kaler kuning ni, sama je rasanya pun izzeyda :)

      Delete
  2. Boleh cuba nanti. Kakcik suka makan nasi kerabu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia agak sedap kenalah dengan selera ana Kakcik, ramuan kerabu yang banyak ulam-ulaman disamping menu sampingan yang pelbagai.

      Delete
  3. lama x makan nasi kerabu..nyum3

    ReplyDelete
  4. sedapnya teh tarik madu tu..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa lahaii. terliur tengok :D

    ReplyDelete
  6. mak aihh.. nasi kerabu kaler kuning... kena try niii.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha selalu yang kaler biru kan LU, ni nasi kerabu diraja kut hehe :)

      Delete
  7. Replies
    1. tak perasan pula kak ana, suki boleh check kat website mereka : house of nasi kerabu ataupun FB page.

      Delete
  8. tengkiu info... nampak sedap dan menyelerakan tapi bab traffic jem tu memang sedih sikitlah... mungkin ramai yang akan fikir banyak kali nak datang... welll mungkin satu hari nanti akan di cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. jem di MRR2 memang biasa NA, tak boleh nak elak..tapi mungkin ada waktu2nya jalan ok je..:)

      Delete
  9. fullaweii....bestnya....blh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom ewento marcello kak ana belanja nak hehe :)

      Delete
  10. uishh sedapnyee..anis memang suke nasi kerabu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun suka juga aniss sekali sekala kan, :)

      Delete
  11. assalamualaikum ana...sedapnya nak jugakkk...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, mama mesti pandai buat ni :)

      Delete
  12. ikut menu yang kita pilih DR, ada macam-macam menu,harga agak mahallah juga, bergantung pada menunya.

    ReplyDelete
  13. Cikgu Sha baru aje makan nasi kerabu untuk sarapan pagi tadi. Sedapnye, uhuhuhu.
    Cikgu Sha dah follow ye. Mohon tunjuk ajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Sha, sedapkan..tq nanti kak ana follow back ye, Welcome to EFG :)

      Delete
  14. kehadapan k.ana yg dirindui..kih3...chewaahh...
    amboi2 meriah nmpk pinggan tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Sha...lamanya menyepi..sihat dah hendaknya ye.. :)

      Delete
  15. macam menarik teh tarik madu tu kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sama dengan CP ,tergoda dengan teh tarik madu :)

      Delete
  16. Salam,

    Nasi Kerabu kuning tu khas untuk Nasi Kerabu Tumis. Di HONK ada dua jenis Nasi Kerabu. Satu tanpa kuah tumis (berwarna biru) dan lagi satu dengan kuah tumis (nasi berwarna kuning)
    Btw, resepi nasi kerabu di HONK lebih kepada rasa Nasi Kerabu Thai :)

    ReplyDelete
  17. Oh nasi dagang ada juga dijual. Nasi kukus ayam berempah pun ada. Boleh kunjungi HONK Gombak ataupun cawangan Shah Alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, wah detail maklumat Shada S tentang HONK :)

      Delete
  18. First time dlm hidup dari kecik sampai besar ..ni laa kali pertama tgk nasi kerabu berwarna kuning..kuakuakua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak ana pun pertama kali disajikan nasi kerabu berwarna kuning ni Lya :)

      Delete
  19. kak naa jangan seksa kakcik dengan makanan haha

    ReplyDelete