Khasiat Dan Menu Buah Markisa
Khasiat Buah Markisa
Buah markisa dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.Ia mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sebagai sumber antioksidan.Rasanya masam-masam manis dan buahnya mempunyai biji-bijian halus yang berselaput.
Selain itu, buah markisa juga dapat menyelesaikan masalah pencernaan sistem badan, khususnya yang mengalami masalah sembelit.Kandungan beta karoten dalam buah markisa dapat mendorong perkembangan tulang dan gigi, perbaikan jaringan tubuh, mengurangi risiko arthritis, penyakit Parkinson dan depresi.
Buah markisa dapat membantu dalam menurunkan berat badan kerana mengandung rendah kalori, sodium dan lemak. Walaupun rendah kalori dan juga lemak buah markisa juga kaya akan karbohidrat dan gula alami yang dapat secara cepat meningkatkan stamina setelah melakukan aktiviti riadah. Selain itu buah markisa juga dikatakan mujarab untuk mereka yang mengidap penyakit asma.
Walaubagaimana pun perlu mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang khasiat buah markisa ini dari mereka yang pakar dalam bidang pemakanan dan perubatan.Apa yang ana kongsikan disini adalah secara pembacaan di laman-laman web yang dibimbangi kesahihah sumber rujukannya.
Jus Buah Markisa
Jiran ana yang baru pulang dari bercuti ke Cameron Highland telah memberikan beberapa biji buah markisa.Sebiji kami potong dan makan begitu sahaja, namun rasanya agak masam-masam manis.Untuk menghabiskan beberapa biji lagi baki yang ada, ana dan anak telah menjadikannya sebagai jus minuman ringkas.
Buah markisa dipotong dua dan dikeluarkan biji dan isinya.Kemudian dicampurkan dengan air sejuk dan dikisar lumat.Campurkan air gula secukup rasa dan ditambah ketulan ais.Rasanya sedap dan buah markisa berbau harum.Sekiranya memiliki buah markisa dirumah, boleh mencuba resepi mudah jus buah markisa.
~ berkongsi resepi jus buah markisa disini~
12 Comments
thanks info. :)
ReplyDeletemost welcome zulhilmitempoyak :)
DeleteBlend isi buah sekali dengan biji dia ye kak? Tak keluar ke rasa pahit tu?
ReplyDeleteHaah Sha, tak hancurpun jadi macam selasih tu, sebab dia kan tak ada isi hanya bijian berselaput sahaja Sha .
Deletesedap...ada yang buat cam puding..apa ntah namanya
ReplyDeleteOo ye ke Mar, lain kali kak ana cuba kalau ada lagi buah markisa ni.Tq for the info.
Deletekwn sy suka betul buah markisa ni kak ana hehe
ReplyDeletekak ana kurang pula anamizu, sesekali bolehlah nak merasa :)
Deletemacam rupa isi durian belanda pun ada..
ReplyDeleteSal.. lamanya tak makan buah durian belanda..payah nak jumpa laa ni :)
DeleteCT tak pernah makan yang raw mcm ni.. air pernah gak rasa
ReplyDeletetu pun yang kordial hehehe..
baru-baru ni kak ana pun dapat rasa yang jus markisa dalam botol ni, sedap gak lah.
Delete