sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 8 Mei 2015

Macam-macam Kuih Putu


Di tanahair kita ,bumi bertuah Malaysia tercinta ni, kaya dengan pelbagai kuih muih tradisional mengikut daerah dan negeri masing-masing.Jika kena dengan selera, pasti kuih-muih tradisional ni akan kekal menjadi makanan kesukaan setiap individu.Antara kuih tradisional yang paling ana gemari ialah kuih putu.Sebenarnya kuih putu ni ada macam-macam jenis dan bagi ana yang paling ana suka dan pasti beli jika terjumpa ialah putu piring dan putu Perak.Orang Peraklah katakan, mestilah suka kuih putu Perak.Jom ana kongsikan beberapa jenis kuih putu yang ana kenali dan sukai pada yang tak pernah kenal kuih-muih tradisional Melayu ni.

Kuih Putu Piring

 

kuih putu piring

Kuih putu piring diperbuat daripada bahan asasnya iaitu tepung beras.Manakala untuk intinya diperbuat daripada kelapa parut yang digaul dengan secubit garam bersama gula merah.Putu piring menggunakan acuan putu piring yang ditutupi dengan kain muslin, atau kain putih jarang dan dimasak dengan teknik kukusan. 

Kuih Putu Perak

 

kuih putu perak
Putu Perak -kredit foto:zarinashafie.blogspot.com

Kuih putu Perak adalah sama seperti putu piring dari segi resepi, bahan dan teknik masakannya.Cuma yang berbeza dengan kuih putu piring ialah inti kuih putu Perak tidak mengandungi gula merah.Sebaliknya hanya menggunakan kelapa parut putih bersama secubit garam. Tiba-tiba rindu nak makan kuih putu Perak dari pasar malam di bandar kesayangan ana , mana lagi kalau bukan di Teluk Intan,Perak.

Kuih Putu Bambu

 

kuih putu bambu
Kuih putu bambu-kredit foto:infomakan.com

Putu bambu pula bentuknya lain dari putu piring dan putu Perak, kerana menggunakan acuan dari batang buluh untuk mengisi adunan tepung berasnya.Bahan dan rasa yang sama seperti putu piring serta teknik masakan juga sama secara kukusan, bezanya menggunakan acuan dari potongan buluh kecil dan kerana itu ia dipanggil putu bambu kerana bambu ialah buluh.

Acuan putu bambu - kredit foto: Google Image

Putu Mayam

 

Putu Mayam-foto:wikipedia

Putu Mayam berlainan sedikit dari kuih putu yang ana ceritakan di atas.Putu mayam merupakan makanan tradisi kaum India asalnya namun kini ramai orang Melayu yang telah pandai menyediakannya di pasar-pasar tani atau pasar-pasar malam.Masih bahan asas yang sama iaitu tepung beras cuma menggunkan acuan yang berbeza dan dikukus dengan teknik yang sama.Putu mayam dimakan bersama kelapa parut dan campuran gula merah dan tidak berinti seperti kuih tradisional Melayu putu-putu di atas.


Acuan putu mayam (Google Image)

Kuih Putu Kacang

 

putu kacang
Kuih putu kacang-kredit foto:buletinmutiara.com

Putu kacang pula sejenis lagi kuih tradisional yang lazimnya disajikan ketika musim perayaan sahaja seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.Namun kini ia mudah didapati di kebanyakkan kedai kuih tradisional dan ada juga menjadikannya sebagai salah satu pelengkap dulang hantaran pertunangan atau perkahwinan.Menggunakan bahan asas dari tepung kacang hijau dan dijemur sehingga kering dan tidak perlu dimasak kerana bahan tepung kacang hijau telah disangrai terlebih dahulu.

Setakad ini sahaja perkongsian ana kali ini mengenai satu lagi juadah tradisional Melayu yang menjadi kesukaan ana iaitu beberapa jenis putu.Jika tidak diketengahkan,lama-kelamaan kuih muih tradisi Melayu ini akan semakin dilupakan oleh generasi muda. 


29 ulasan:

  1. kak ana...favourite tu...tambah2 putu perak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Efa, putu Perak paling feveret nak-nak yang kat pasar malam Teluk Intan tu kan , adoi terliur dah ni.

      Padam
  2. wah banyak nya putu ni kan ana, yang kaknoor pernah makan putu kacang je, lain putu belum lagi dan merasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak noor, macam2 nama je tapi rasanya lebih kurang je kak noor pada ana :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Oo tak pernah ye ewan, nanti boleh cuba kan :)

      Padam
  4. Tak reti pula makan kuih ni. Tapi nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Pojie makan kuih apa je ye, sedap Pojie makan panas2 :)

      Padam
  5. Kita suka putu kacang ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo ye ke mama, kak ana kurang sikit putu kacang ni :)

      Padam
  6. waaaa putu.. walaupun kurang peberet putu.. tapi dah rasa semua jenis

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut selera masing2 kan nizam :)

      Padam
  7. wah putu putu mmg sedap n yummy!!

    BalasPadam
  8. My peberet putu bamboo...g pasar mlm mst cr ni dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kak ana pun Sham, putu piring, putu bambu memang feveret

      Padam
  9. Putu bambu peberet lya tu kak ana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan Lya, makan hat yang panas2 tu :)

      Padam
  10. Ana..semua putu kat atas tu kuih zaman dulukala tu..hahhaa..Kalau mak kepekan jenis2 makanan ni lah yang selalu dia beli. Tapi sekarang kuih putu piring susah sangat lah nak jumpa. Dah berpuluh tahun tak merasanya. Yang lain masih mudah didapati di pasar malam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kak Mala kat Teluk Intan atau sekitar Rawang ni mudah lagi nak makan putu2 ni di pasar tani atau pasar malam .

      Padam
  11. Xpernah rasa putu perak tu..putu mayam n putu piring mmg my feveret...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putu Perak lebih kurang je rasanya Amirrah cuma intinya tanpa gula merah.

      Padam
  12. abah suki mmg penggemar kuih putu ni..tp susah dah nak cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap suki feveret kak ana ni :)

      Padam
  13. Zumal dah try semua jenis kuih putu tu... paling suka putu bambu, kat Perlis dorang sebut putu buluh

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah dengan kak ana Zumal, suka semua jenis putu ni, oh putu buluh ye ,samalah namanya bambu dan buluh. :)

      Padam
  14. Putu kacang tu sedap,klu raya duk cari bnda tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu kuih tradisional yang semakin dilupakan CN hanya di kampung2 masih terdapat di meja ketika raya kan :)

      Padam
  15. kat kelantan kuih putu piring tu. best kalau mkn time hujan2. kat kwsn rumah aina ada yg jual kuih putu tu tapi klau nk memng kena beratur Q lah. huuuu

    BalasPadam