Resepi Buah Rotan

Buah rotan adalah sejenis kudapan atau dalam isitilah makanannya sebagai snack yang sedap dimakan sambil menonton TV atau lain-lain aktiviti riadah.Rasanya lebih elok kita makan kudapan tradisional sebegini daripada jajan yang dijual dipasaran kerana ianya tidak mengandungi bahan perisa yang tidak sihat.Buah rotan sedap kerana rasanya seperti mengunyah kacang namun bahannya tidakpun mengandungi kekacang.Unik kan..jom ana kongsikan resepi untuk membuat kudapan buah rotan.


kudapan buah rotan

Mudah sebenarnya nak membuat kudapan buah rotan ni.Bahannya pun tak banyak. Cepat dan boleh tahan lama jika disimpan di dalam balang kedap udara.

Bahan-bahan untuk membuat buah rotan:

4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
bijan secukupnya
1 cawan air

Cara-cara membuat buah rotan:

Tepung pulut digaul dengan telur.
Masukkan santan dan uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut,bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan

Senang kan..selamat mencuba. Kredit resepi asal dari:   http://my-resepi.blogspot.com

14 Comments