Nota Purba

“Would you like to know your future?" If your answer is yes, think again. Not knowing is the greatest life motivator.

blog nota purba

Masa depan bukan kerja kita sebagai insan untuk menentukan, sebagai hambaNya kita disuruh berusaha, berdoa dan tawakkal dan apa yang bakal terjadi adalah urusanNya Yang Maha Esa. Kupasan yang dapat ana simpulkan dari secebis nota di sebuah blog seorang blogger yang ana panggil adik didalam keluarga besar Exchange Feed Group. Siapakah pemilik blog yang amat istimewa untuk ana ketengah hari ini?

Beliau ialah Fendi Rocka atau dikalangan adik beradik EFG dikenali sebagai FR.Unik - hanya satu FR didalam dunia blog, unik kerana FR menulis dengan nada yang amat santai namun isinya amat mendalam.Kisah yang disampaikan kisah lumrah harian namun mesejnya boleh menjadi pengajaran.Realiti kehidupan yang di ceritakan adakala suka, seram, sinis dan yang paling tak akan ana lupakan bila bercerita tentang Nota Purba ialah kelakar.

FR di alam maya yang kami kenali amat kelakar dengan gurauan-gurauan bersahaja dan sinis.Kalah Maharaja Lawak yang ada kalanya memang tak lawak pun.Nota Purba adalah FR dan FR mengisi Nota Purba dengan pelbagai genre penulisannya.Rugi jika tak singgah ke sana dan mengikuti setiap entri yang diterbitkan.Bak kata pepatah moden 'macam-macam ada'.

FR telah lebih awal di dunia blog sebelum anajingga lagi, cuma berhenti seketika kerana sebab-sebab teknikal katanya.Kini selepas menjadi sebahagian dari keluarga EFG ,FR kembali mewarnai dunia blog.Sokongan padu dan semangat yang kami keluarga besar EFG berikan di kalangan adik-beradik telah membakar semula semangat FR malah seluruh EFG untuk terus menulis dan berkongsi pelbagai kisah, pengalaman, informasi dan apa sahaja yang kami rasakan baik serta memberi manfaat kepada semua.

Di akhir kalam, kak ana doakan FR akan semakin banyakkan penulisan, ceriakan hari-hari kami di EFG dan semoga Nota Purba akan terus menjadi salah satu dari blog yang akan terus menyinar di dunia blogger.In Shaa Allah.Dan pada yang sedang membaca nukilan ana ketika ini, jom singgah ke NOTA PURBA dan rasai sendiri garapan perkongsian FR yang jarang kita temui di lain-lain niche blog.Semoga terus sukses buat Fendi Rocka dan Nota Purba akan kekal mewangi di alam cyber.Aminn.

33 Comments

  1. hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR

    ReplyDelete
  2. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  3. memang misteri orangnya.. jom kita bongkar ^_^

    ReplyDelete
  4. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  5. Penulisan di Nota Purba yang bersahaja, suspens, penuh lawak jenaka, dan diselitkan juga kisah2 yang memberi pengajaran sangat sesuai dibaca oleh semua golongan. Semoga Fr diberikan lebih banyak idea untuk mewarnai dunia penulisan menggunakan medium blog....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, teruskan perkongsian kita bersama Mia :)

      Delete
  6. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  7. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ye CikT kak ana suka gaya penulisan FR :)

      Delete
  9. Purba di alam cyber..itu mmg menarik kak ana hehehe

    ReplyDelete
  10. amin... :) penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  11. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya CN penulisan yang sangat santai dan sinis :)

      Delete
  12. Nota purba ...blog yg bersahaja tp penuh dgn maksud yg tersirat...

    ReplyDelete
  13. tak kenal maka tak cinta...bila kenal baru tahu siapa FR dan Nota Purba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kenal terus menjalin ukhuwah bersama adik beradik EFG :)

      Delete
  14. Boleh menulis novel nampaknya FR ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif sangat Linda ,FR ni tak jemu membaca catatannya:)

      Delete
  15. k.ana..bila tengok entry memang,tajuk memang unik..bila baca memang tak jemu..terbaik EFG...

    lupa nak ucap tahniah..blog dah makin cantik dan kemas..keep it up k.ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Khaty, semua ni semangat dari EFG..maju bersama In Shaa Allah.

      Delete
  16. penulisan fr sering membuat pembaca tak kering gusi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dari blog hinggalah ke group EFG ada je lawak jenaka bersahaja dari FR :)

      Delete