sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 30 Jun 2015

Nostalgia Kad Hari Raya

Nostalgia Kad Hari Raya 

 



Di Pagi Aidil Fitri -Rosmaria

Kau kirimkan sekeping kad ucapan
Bagai pengganti diri engkau tiada di sisi
Kutatapi azimat yang bererti
Penawar hati pemikat janji

Dikau tiada kini
Daku bersendiri menunggu merindu
Tak tertahan air mata
Membasahi di pipi di pagi aidil fitri
Kusedari tak harus ku berduka
Di hari raya hari bahagia
Apalah daya kutelah mencuba
Namun kepiluan menguasai jiwa

 Bila terpandang kad hari raya, maka terdengar sayup-sayup alunan lagu raya nyanyian Rosmaria di atas. Wah sinonim pula kan.Sebenarnya kad hari raya ni memang satu daripada kenangan indah ketika ana di zaman sekolah dahulu. Memandangkan sekolah ana merupakan sekolah aliran Inggeris dan kebanyakkan murid-murid pula terdiri daripada bukan Melayu, setiap kali tiba bulan puasa dan menjelang hari raya, pasti ana banyak menerima kad ucapan hari raya dari kawan-kawan.Itu tak termasuk 'secret admire' lagi. Haha..

Dan pastinyalah seronok bila berpuluh kad ucapan hari raya yang diterima itu , ana jadikan hiasan dengan menggantungkannya di dinding rumah pada rernting kering.Nostalgia sungguh.Pasti kita ingat dengan pantun dua kerat yang sinonim dengan kad ucapan hari raya iaitu: pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas.

Namun tahun ini, ana ingin mengembalikan nosalgia kad hari raya dengan mengirimkan beberapa keping kad untuk adik-adik EFGiers tersayang dan juga sahabat-sahabat blogger yang lain.Berkobar-kobar rasanya ketika membeli kad hari raya, kemudian ke pejabat pos untuk mengirimkannya. Harga setem untuk pengeposan kad raya tahun ini ialah 50 sen sekeping. Dan pagi semalam 12 Ramadan, telah ana masukkan ke dalam peti pos di Pejabat Pos Aeon Anggun,Rawang. Harap-haraplah akan sampai ke tangan penerima dalam sehari dua lagi.

Sebenarnya pada ana, kiriman kad ucapan hari raya ini lagi dekat dan bererti dari kiriman ucapan melalui aplikasi moden yang lain.Ia boleh di simpan dan dijadikan kenang-kenangan sampai bila-bila. Namun dunia makin canggih, segalanya dihujung jari, dan mungkin kah mudahnya komunikasi antara insan yang cepat dan pantas itulah juga kesannya pada perhubungan manusia kini yang cepat dan pantas juga berakhir.Semudah men'delete' mesej, semudah itulah juga luput dari ingatan seseorang.

Alhamdulillah, di kalangan dunia blogger kini, ana lihat satu perkembangan positif bila ramai di antara rakan-rakan blogger yang kembali menghidupkan budaya kad ucapan hari raya .Ada yang dengan budjet lebih menempah kad-kad ucapan sendiri untuk di kirimkan kepada rakan-rakan.Sesuatu yang amat positif bagi ana. Apapun tak salah kita kembalikan era kegemilangan kad-kad ucapan Aidil Fitri supaya 'mood' raya akan lebih dirasai.In Shaa Allah.


25 ulasan:

  1. Bestnya bila dpt kad raya kan kak ana...SA pun dlm proses mencari kad raya...separuh dh pos dah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm kak tunggu kad dari SA haha :)

      Padam
  2. seronok dapat kad raya dulu2..sekarang xde dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Ami, jom kita hidupkan semula :)

      Padam
  3. bertahun dah x beli kad hari raya.. nak cari pon dah susah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye yoorin, ada tapi tak banyak dah dijual sekarang ni :)

      Padam
  4. last bli kad raya thun 2002.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. amvvoiiiii... lama sangat dah tu...
      sekarang ni kenal lagi ke kad raya....? :p

      Padam
    2. lama ke ain, kak ana lagi lama tak terima kad raya hihi :)

      Padam
  5. Guna kad raya company aje ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji ada mrs A, jimat lagi tuu :)

      Padam
  6. dah lama tak dapat kad raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa dah jadi nostalgia sekarang ni kad raya kan Fuza :)

      Padam
  7. mmm...dulu2 kad raya ni wajib..tapi sekarang dah tak peduli lansung. Kak sendiri tidak ingat sudah berapa lama tidak hantar dan terima kad raya ni kecuali yang orang hantar untuk syarikat tempat kerja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak mala, sebab tu rasa macam nak menghidupkan semula tradisi kad raya di kalangan rakan blogger ni.

      Padam
  8. kad raya menggamit kenangan
    tringat zaman sekolah rendah dulu..wajib bg kengkwn kad raya..siap suruh balas lagi
    bila masuk sekolah menengah kad raya makin berkurangan
    bila dah besar mcm ni lagi la,,xde kiriman kad raya
    dulu2 ada kad raya mp3..bez je tengok n dengar

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo yumida kad raya yang ada lagu tu kan ,besar lak tu haha :)

      Padam
  9. Seronok sekali sekala bertkar kad raya ni :)
    Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terima kad raya dari nani, kad dari kak ana otw agaknya.In Shaa Allah nani kuat dan tabah dalam menempuh ujian dariNya kali ini.Kak ana akan tetap bersama nani dalam apa jua keadaan.In Shaa Allah adik.

      Padam
  10. bestnya kalau dapat anta kad raya kat kawan-kawan kan. Rasa lebih puas kalau nak compare dengan anta msg guna fon je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom lah mia kita mulakan di EFG dahulu haha :)

      Padam
  11. Sha pon dh lama xpegg kad raya k.Ana...huhhu,,,lau sekolh dlu..sedih kalau kad raya mkin kurg dr tahun sebelumnya,,,koje nunggu posmen dtg umah je...hik4

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Sha, suka je tengok kad raya bertimbun tu comel2 masa tu kan :)

      Padam
  12. alaaaa... nak kad raya jugak.....!!
    seronok lain macam kalau dapat kad raya sekarang ni... rare...!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuu laa lambat, tunggulah second batch ain, harap2 sampai sebelum raya haha :)

      Padam