sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 1 Julai 2015

#Cabaran20Hari - Pengalaman Pahit di Bulan Puasa


Pengalaman Pahit di Bulan Puasa

Hari ini ketika entri ini ditulis berakhir sudah 14 Ramadan 1436H.Pantas detik-detik waktu meninggalkan kita.Meneruskan #cabaran20Hari kali ini berkisar tentang pengalaman pahit di bulan puasa.Sejujurnya, tiada pengalaman pahit yang ana tempuhi setiap kali tibanya Ramadan.Semuanya Alhamdulillah, indah-indah belaka.Cuma apa yang pahit dan menyedihkan bila tibanya Ramadan ialah ketika merasa rindu akan kehilangan insan-insan yang pernah sama-sama melalui Ramadan sebelum ini.

kredit foto:www.abufairuz.com


Ramadan yang tiba setiap tahun dengan izinNya pasti mengimbas kenangan-kenangan indah bersama arwah tok, arwah opah, we dan wan .Insan-insan istimewa inilah yang banyak mendidik ana dari kecil erti berpuasa selain mak dan abah.Bercerita kisah-kisah Ramadan, bersahur dan iftar bersama, menyediakan juadah berbuka yang istimewa dan seribu satu kisah yang sangat indah sebagai sebuah catatan melayari kehidupan.Satu demi satu, mereka pergi menemui TuhanNya. Dan tahun demi tahun yang berlalu, kenangan bersama masih segar di ingatan.Al Fatihah.

Tahun lepas juga, Ramadan pertama tanpa kak long dirumah.Agak sedih juga hati kecil ibu kerana setiap kali sahur dan iftar hati akan tertanya, apa kak long makan sahur pagi ni, apa juadah iftar kak long petang ni.Sehinggakan ana tidak lagi mengupload sebarang masakan atau menu di media sosial kerana bimbang anak akan teringin masakan ibu.Begitulah naluri dan kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya.

Apapun setiap yang terjadi pasti ada hikmat disebaliknya.Anggaplah segala pengalaman pahit atau manis di sepanjang Ramadan sebagai satu pengalaman didalam mendewasakan insan.Semoga setiap amalan kita akan diterimaNya dan berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari.In Shaa Allah.

12 ulasan:

  1. Salam singgah kak ana .. Skeejap je puasa kan dah separuh ramadan dah... Wani pun terasa gitu jugak teringat insan2 yg telah pergi lagi menggamit rindu rasanya huu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh Wani, pantasnya kita melalui hari-hari di bulan yang indah ini, pasti setiap kehilangan adalah satu kenangan yang akan kekal di ingatan.

      Padam
  2. Benar kehilangan seseorang yang disayang akan menjadi rindu. RIndu melahirkan rasa pahit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pahit namun tetap manis untuk di ingati kan aRz Moha :)

      Padam
  3. naluri seorang ibu memang deep...
    bila anak2 tak ada depan mata, ibu yang sedih lebih... hehehehee... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah ain, tahun ni pun sama, cuma rasa lega sikit sebab kali ni kak long di Tapah, hujung minggu balik rumah tok opahnya di Teluk Intan,tak lah terasa sangat .

      Padam
  4. Betul tu... sayu je rasa bila puasa, org2 yg kita saya tak de bersama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh rindu kadang-kadang datang bertandang di waktu sebegini kan Nora :(

      Padam
  5. Hidup memang begini, apa yang dimulakan akan tamat.. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, itulah namanya kehidupan kan YS :)

      Padam