Sambal Kicap Ikan Keli

by - Wednesday, October 07, 2015



Ikan keli ni memang ikan feveret kat rumah ni, selalu juga ana beli di pasar dan masak kan pelbagai menu.Salah satu menu yang ana ambil dari mak ialah sambal kicap ikan keli ni. Cara penyediaannya mudah dan ringkas, cuma prosesnya sahaja yang ambil masa.Ye lah kan, nama lagi ikan keli, bermula dengan proses menyiang dan membersihkannya pun agak rumit supaya ia benar-benar tidak hanyir.


Petua hilangkan hanyir ikan keli

Ana telah mencuba beberapa petua yang dikongsikan oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat maya di blog masing-masing.Antara yang sering kali ana gunakan ialah petua mak ana sendiri iaitu membasuhnya dengan air bilasan beras.Tetapi sebelum itu ana bersihkan dahulu dengan perahan air limau tak kiralah limau kasturi atau limau nipis, janji limau supaya hilangkan bau hanyirnya.

Resepi sambal kicap ikan keli

 


Terlebih dahulu ikan keli yang telah dibersihkan sepenuhnya di gaul dengan garam dan kunyit dan di goreng garing.Bahan untuk sambal kicap ialah :

Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Air asam jawa
Kicap pekat
Garam

Sukatannya ikut jumlah ikan keli yang kita masak.Bahan tumisan seperti biasa cili api,bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk atau dipecah-pecahkan sahaja. Tumis di dalam minyak panas. Kemudian masukkan kicap pekat ikut kesesuaian masing-masing. Masukkan air asam jawa supaya ia tidak terlalu pekat, rasakan dengan sedikit garam.

Lumurkan semula bersama ikan keli yang telah disiap di goreng tadi dan sangat sedap di makan panas-panas bersama nasi putih sahaja. Selamat mencuba.

p/s : sesuatu yang ana paling tak suka bila menggoreng ikan keli ni ialah hasil letupannya.Jika ada sebarang petua untuk menggelakkan gorengan ikan keli dari meletup bolehlah tinggalkan di ruang komen ye..terima kasih.



You May Also Like

26 comments

  1. Saya pun suka ikan keli kak ana.. kak ana, mak saya selalu gaul dengan tepung sikit supaya tak meletup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo okay eny, terima kasih atas petua mak ye..kak ana akan mencubanya nanti, in shaa allah .

      Delete
  2. Betul kak ana...bila goreng ikan keli...haaa penuh percikkan minyak satu dapur..cuba akak masukkan kelapa (isi kelapa yang dah tua)sikit je buat syarat ke dalam kuali masa goreng ikan tu..in sya Allah ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi kelapa parut ye PC, terima kasih berkongsi petua kak ana akan mencuba nya nanti, in shaa allah.

      Delete
    2. menarik petua ni..thanks share!biasa mak saya taruk garam kasar je

      Delete
    3. oo boleh juga ye Sal taruk garam kasar, tq Sal kongsi sekali kat sini :)

      Delete
  3. Saya suka keli goreng dan masih panas. Cicah dengan sambal lada..fuh........

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm patutlah sentiasa panas haha : )

      Delete
  4. nyum-nyum saya suka sambal kicap ... tapi tak makan ikan keli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah Zie makan sambal kicap dia je lah ye ikan keli kak ana makan :)

      Delete
  5. pakar masak simple menyelerakan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mana ada pakar etuza :) simple simple je kak ana masak .

      Delete
  6. dalam family CT je makan ikan keli.. mak ayah x makan.. lawak je rasa..
    tah mana belajar tah.. masuk uni kot mula makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pelik tu CT, mungkin lah kan bila bergaul dengan kawan-kawan dari serata tempat asal usul memang mudah terikut dengan citarasa mereka kan :)

      Delete
  7. tak pernah masak kicap..biasa buat sambal, atau goreng macam tu je...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat ni sambal kicap Sal, bukan masak kicap biasa ;)

      Delete
  8. ikan keli tu feveret lelaaaaa

    ReplyDelete
  9. ikan keli!! sedap tu... tapi mummy jarang masak kicap, selalu masok lomak cili padi.. nanti leh try resepi kak Ana lak la... hehehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe try kay mummy keli masak sambal kicap lak :)

      Delete
  10. mmm...tak boleh komplen apa..keli memang my feveret...

    ReplyDelete
  11. Bestnya ikan keli.. x pernah lagi cuba masakan gini.. nak kena try nie tapi sha guna ikan lain, aci dak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa suka hati lah sha,hihi janji sedap :)

      Delete
  12. Sedap tu.. kat rumah, tak dak orang makan keli, kecuali saya..

    so, kat rumah, memang tak masak keli.. siang pun tak reti.. makan ja reti.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke, baik beli je zaf kalau dah camtu lagi senang : )

      Delete